omniture

Sebuah Portal Berita Instagram NFT yang Terkenal Bernama @HULK Menawarkan Koleksi NFT bagi Pelancaran, Keluaran dan Hadiah Percuma NFT Terbaharu serta Maklumat NFT yang Paling Terkini

HULK NFT
2021-12-02 23:30 78

LONDON, 2 Disember 2021 /PRNewswire/ -- HULK NFT berada di Instagram @HULK dan telah meraih bilangan pengikut yang mengagumkan dengan siaran berkenaan Crypto Bull Society, Bored Ape, Hapebeast dan pelaburan Facebook bernilai $10 bilion ke dalam Metaverse.

HULK NFT
HULK NFT

Peningkatan pesat laman web ini adalah disebabkan gabungan pintar tajuk utama yang mudah difahami yang disusuli dengan perincian mendalam pada teks utama bagi mereka yang mahukannya. Hantaran papan utama individu meraih ribuan tanda suka dan halaman Instagramnya telah menjadi salah sebuah saluran untuk syarikat besar dalam bidang NFT memasarkan koleksi baharu mereka.

Hantaran ini juga menggabungkan ulasan pakar daripada pempengaruh terkemuka dalam bidang kripto NFT yang menawarkan maklumat tambahan.

Dalam beberapa bulan yang lalu, beberapa buah portal berita NFT telah muncul untuk menawarkan maklumat tentang pasaran yang sedang berkembang pesat ini, namun hanya sedikit daripada portal tersebut telah berjaya mendapatkan imaginasi spekulator NFT Generasi Z dan Milenium sepantas @HULK.

Satu perempat daripada khalayak mereka berusia bawah 24 tahun, 29.8% berusia 25-34 tahun, 47.6% berusia 18-24 tahun dan 14.1% berusia 13-17 tahun yang mencipta pasaran utama bagi mempamerkan koleksi. Terdapat pecahan sebanyak 60/40 antara golongan lelaki dan wanita serta 70% daripada khalayaknya berada di AS.

Halaman Instagramnya juga mempunyai ciri arkib untuk pemberitahuan keluaran, Berita NFT, Inventori dan pendidikan NFT yang dikemas kini setiap hari.

Kesatuan kolektif NFT @Crocsleague berkata: "Terdapat beberapa buah laman berita NFT pada media sosial di luar sana tetapi @HULK NFT semestinya merupakan salah sebuah laman terbaik. Ia adalah maklumat yang benar-benar objektif tentang keluaran terbaharu serta berita yang benar-benar terkini. Malah ia juga disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami. Ia sememangnya berkesan untuk kami, dengan hanya dua hantaran di @HULK baru-baru ini telah berjaya menjual NFT @crocsleague berjumlah $800 ribu apabila kami melancarkan edisi pertama animasi buaya Crocs League."

HULK NFT dimiliki oleh Hawk Incorporated dan beroperasi di London, UK serta rancangan perniagaannya pada masa hadapan adalah untuk mendominasi pasaran NFT dengan maklumat NFT yang mesra pengguna dan bermaklumat.

Pada masa ini, kandungan di laman webnya dicipta secara organik oleh pasukan dalaman syarikat dan berdasarkan berita gempar terkini tentang NFT. Ia kini menawarkan peluang kepada artis dan pencipta NFT baharu untuk memasarkan dan mempromosi koleksi digital terkini mereka.

Anda boleh menemui HULK NFT di Instagram di https://www.instagram.com/HULK.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1700252/HULK_NFT.jpg?p=medium600

 

 

Source: HULK NFT
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Social Media New products/services