omniture

S&P memberikan OPEC Fund penarafan AA/A-1+, Pandangan Positif

OPEC Fund for International Development
2021-12-03 01:26 67

VIENNA, 2 Disember 2021 /PRNewswire/ -- S&P Global Ratings telah memberikan penarafan AA/A+, pandangan positif kepada OPEC Fund dalam penilaian sulungnya terhadap institusi pembangunan antarabangsa itu, menekankan profil risiko kewangan dan asas modal OPEC Fund yang "amat kukuh" serta kedudukannya bagi pembiayaan dan kecairan yang kukuh. Agensi penarafan itu menggariskan lagi "profil risiko perusahaan yang kukuh" Dana OPEC dan rekod prestasinya yang "sangat kukuh" bagi layanan pemiutang pilihan.

Penarafan itu diperolehi setelah penilaian awal oleh Fitch Ratings pada bulan Julai iaitu AA+ dengan pandangan yang stabil. OPEC Fund merancang untuk mengembangkan operasi pemberian pinjamannya dan oleh itu ia berusaha untuk mempelbagaikan sumber pembiayaannya, satu asas Rangka Kerja Strategik 2030 institusi itu. Ditubuhkan pada tahun 1976, OPEC Fund setakat ini telah mengeluarkan sebanyak AS$22 bilion untuk projek pembangunan di 125 buah negara di seluruh dunia, menguruskan keperluan asas dan menyokong negara-negara untuk mencapai matlamat pembangunan mampan jangka panjang mereka.

Ketua Pengarah OPEC Fund, Abdulhamid Alkhalifa mengalu-alukan penarafan tersebut dan berkata: "Penilaian ini menjadi bukti kepada asas kewangan dan operasi kami yang sangat kukuh serta rekod prestasi kami yang kukuh dalam menyampaikan impak pembangunan. Selama lebih 45 tahun, OPEC Fund telah membuat sumbangan besar dalam mengurangkan kemiskinan, mengukuhkan komuniti dan memperkasakan orang ramai. Ini telah menjadikan institusi kami sebagai salah satu rakan kongsi utama dalam kerjasama selatan-selatan. Penarafan hari ini merupakan blok binaan yang penting dalam strategi kami untuk memperluas lagi operasi kami dan meningkatkan impak kami."

Penolong Ketua Pengarah OPEC Fund, Tarek Sherlala menambah: "Penarafan S&P ini adalah pengesahan kepada bukan sahaja kedudukan kukuh kami tetapi juga kepentingan strategi kami. Penarafan ini akan menjadi pemboleh utama untuk pelaksanaan pertumbuhan pinjaman kami yang dirancang dan seterusnya menyokong usaha kami untuk membantu negara-negara menyampaikan Matlamat Pembangunan Mampan dan menangani kecemasan semasa seperti pandemik COVID-19 dan cabaran iklim."

Tentang OPEC Fund

OPEC Fund for International Development (OPEC Fund) merupakan satu-satunya institusi pembangunan yang dimandatkan secara global yang menyediakan pembiayaan daripada negara anggota kepada negara bukan anggota secara eksklusif. Organisasi ini bekerjasama dengan rakan negara membangun dan komuniti pembangunan antarabangsa untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial di negara berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh dunia. OPEC Fund telah ditubuhkan oleh negara-negara anggota OPEC pada tahun 1976 dengan tujuan yang penting: untuk memacu pembangunan, mengukuhkan komuniti dan memperkasakan orang ramai. Usaha kami adalah berpusatkan manusia dengan fokus kepada pembiayaan projek yang memenuhi keperluan penting seperti makanan, tenaga, infrastruktur, pekerjaan (terutama yang berkaitan dengan MSME), air bersih dan sanitasi, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Setakat ini, OPEC Fund telah komited untuk pembiayaan bernilai lebih AS$22 bilion bagi projek pembangunan di lebih 125 buah negara dengan jumlah anggaran kos projek sebanyak AS$187 bilion. Visi kami adalah untuk mewujudkan sebuah dunia yang menjadikan pembangunan lestari sebagai suatu realiti bagi semua orang.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1584526/OPEC_Fund_Logo.jpg?p=medium600

Source: OPEC Fund for International Development
Keywords: Banking/Financial Service Bond/stock ratings Economic news, trends, analysis