omniture

NEOM dan Volocopter mewujudkan usaha sama untuk mencipta sistem mobiliti eVTOL awam ditempah khas yang pertama di dunia

NEOM; Volocopter
2021-12-03 04:27 52

NEOM, Kerajaan Arab Saudi, 2 Disember 2021 /PRNewswire/ -- NEOM, sebuah pusat pembangunan serantau yang pintar dan lestari di barat laut Arab Saudi dan Volocopter, perintis mobiliti udara bandar, telah menubuhkan syarikat usaha sama (JV) untuk mereka bentuk, melaksana dan mengendalikan sistem mobiliti menegak awam ditempah khas yang pertama di dunia di NEOM. Perkhidmatan teksi udara dan logistik menegak ini akan disepadukan sepenuhnya dengan keseluruhan sistem transit awam berbilang mod dan pelepasan karbon sifar di NEOM. Syarikat JV ini akan menjadi pengendali tunggal bagi laluan transit awam peringkat awal di seluruh NEOM, sambil mendayakan ekosistem eVTOL (Pelepasan dan Pendaratan Vertikal elektrik) terbuka untuk perkhidmatan mobiliti menegak termasuk logistik, tindak balas kecemasan dan pelancongan. NEOM telah menempah sebanyak 15 buah pesawat Volocopter yang disahkan untuk memulakan operasi penerbangan permulaan dalam tempoh 2-3 tahun akan datang.

Left to Right: Nadhmi Al-Nasr, Chief Executive Officer NEOM, and Christian Bauer, Chief Commercial Officer Volocopter
Left to Right: Nadhmi Al-Nasr, Chief Executive Officer NEOM, and Christian Bauer, Chief Commercial Officer Volocopter

Nadhmi Al-Nasr, Ketua Pegawai Eksekutif NEOM, berkata: "Dalam merancang bandar besar dan infrastruktur bandar abad ke-21, mobiliti merupakan suatu keutamaan. Melalui usaha sama dengan Volocopter ini, kami menunjukkan kepada dunia bahawa NEOM merupakan rantau yang sesuai untuk melaksanakan mobiliti udara bandar dengan pantas dan mewujudkan sebuah ekosistem mobiliti menegak yang bersepadu sepenuhnya. NEOM sedang melaksanakan misi untuk menjadi sebuah makmal hidup global bagi mobiliti masa depan dan kami sangat teruja untuk melihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan sambil kami berkembang maju."

Kerjasama antara NEOM dan Volocopter ini akan menerajui reka bentuk dan pembangunan sistem pengangkutan awam tiga dimensi yang sebenar, memajukan penyelesaian teknikal, kawal selia dan infrastruktur untuk operasi eVTOL di seluruh NEOM. Usaha Sama ini akan menawarkan perkhidmatan mobiliti menegak sebagai sebahagian daripada sistem mobiliti awam pelbagai mod dan pelepasan karbon sifar NEOM yang menyediakan kesalinghubungan yang lancar kepada para penumpang dan barangan.

Florian Lennert, Ketua Mobiliti NEOM berkata: "Kami amat teruja dan berbangga dapat bekerjasama dengan Volocopter untuk menjadikan mobiliti menegak suatu kenyataan di NEOM. Volocopter diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana inovasinya yang terkemuka dalam industri eVTOL dan merupakan padanan yang sempurna kepada matlamat kami yang tinggi untuk mewujudkan sistem mobiliti bersepadu pertama di dunia yang benar-benar lestari, dikongsi bersama dan lancar. Kepakaran, pengalaman dan visi Volocopter akan membolehkan kami menerajui reka bentuk dan pelaksanaan operasi eVTOL di seluruh rantau dan dunia. Saya benar-benar berharap dapat merevolusikan mobiliti bersama-sama."

Volocopter dan NEOM telah mempersetujui tempahan permulaan sebanyak 10 buah pesawat penumpang VoloCity dan 5 buah pesawat logistik VoloDrone bagi menyokong pengaktifan operasi penerbangan peringkat awal. Syarikat JV ini akan meningkatkan aktivitinya bermula pada awal tahun 2022 bagi inkubasi mobiliti udara bandar (UAM) di rantau ini dan memupuk ekosistem mobiliti menegak. Kerjasama ini merealisasikan misi NEOM untuk menjadi sebuah makmal hidup global bagi mobiliti masa depan dan sebuah pusat kecemerlangan untuk inovasi dan industri eVTOL.

Mengulas tentang kerjasama baharu ini, Christian Bauer, Ketua Pegawai Komersial Volocopter berkata: "Kerjasama dengan NEOM dan JV baharu yang kami asaskan bersama ini akan menjadi sebuah perjalanan yang menarik. "Memainkan peranan penting dalam mereka bentuk dan mengendalikan ekosistem UAM yang benar-benar baharu dari awal tanpa kekangan infrastruktur atau peraturan yang diwarisi adalah peluang sekali seumur hidup, dan sebagai perintis dalam industri ini, Volocopter berbesar hati menjadi rakan kongsi yang dipercayai untuk menyumbang ke arah visi NEOM yang berpandangan jauh."

eVTOL ialah bahagian yang penting dalam misi mobiliti NEOM yang membolehkan pengangkutan manusia dan barangan tanpa infrastruktur di atas permukaan tanah yang luas. Perkhidmatan mobiliti menegak akan menghubungkan pembangunan bandar NEOM yang utama iaitu THE LINE, bandar perindustrian berwawasan baharu OXAGON dan destinasi serantau yang lain, mengelakkan pembinaan jalan raya yang mengganggu dan seterusnya melindungi persekitaran semula jadinya yang unik.

NEOM melaksanakan sistem mobiliti terhubung pertama yang benar-benar lestari dan lancar yang dikuasakan oleh tenaga boleh baharu secara 100% dengan penggunaan kenderaan pelepasan karbon sifar di seluruh mod mobiliti bandar dan serantau. NEOM akan membentuk masa depan mobiliti dengan menyepadukan infrastruktur pintar serta sistem transit yang canggih dengan penyelesaian mobiliti autonomi, aktif dan dikongsi bersama untuk mengatasi kelemahan bandar berasaskan kereta yang lama. Melalui kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi inovasi, NEOM telah memulakan perkhidmatan mobiliti elektrik yang dikongsi, pengangkutan ulang-alik autonomi, bot elektrik, eVTOL peribadi, dron penghantaran dan hab mobiliti didayakan solar.

Tentang NEOM

NEOM ialah pemacu perkembangan manusia dan sebuah wawasan tentang gambaran Masa Depan Baharu. Ia merupakan sebuah rantau yang terletak di Laut Merah, barat laut Arab Saudi yang dibangunkan dari awal sebagai sebuah makmal hidup – sebuah kawasan perusahaan yang mencorakkan perjalanan Masa Depan Baharu. Ia akan menjadi sebuah destinasi dan tempat tinggal bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi sebahagian daripada pembangunan model kediaman baharu yang menakjubkan, menubuhkan syarikat-syarikat yang berkembang maju dan melaksanakan semula pemuliharaan alam sekitar.

NEOM akan menjadi tempat tinggal dan tempat untuk bekerja bagi lebih sejuta penduduk dari seluruh dunia. Ia akan merangkumi pekan dan bandar, pelabuhan dan zon perusahaan, pusat penyelidikan, lokasi sukan dan hiburan serta destinasi pelancongan yang sangat terhubung dan kognitif. Sebagai sebuah hab inovasi, usahawan, pemimpin perniagaan dan syarikat akan datang untuk melakukan penyelidikan, inkubasi dan mengkomersialkan teknologi dan perusahaan baharu dengan kaedah yang menakjubkan. Penduduk NEOM akan merangkum etos antarabangsa dan menerapkan budaya penerokaan, pengambilan risiko dan kepelbagaian – semuanya disokong oleh undang-undang progresif yang serasi dengan norma antarabangsa dan kondusif bagi pertumbuhan ekonomi. 

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke media@neom.com atau layari www.neom.com dan www.neom.com/en-us/newsroom

Ketahui lebih lanjut tentang Mobiliti NEOM di: www.neom.com/en-us/sectors/mobility

Tentang Volocopter

Volocopter membawa mobiliti udara bandar (UAM) ke bandar-bandar besar di seluruh dunia. Kami berhasrat untuk meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai di bandar-bandar dengan menawarkan mod pengangkutan baharu yang hebat. Untuk itu, kami mencipta ekosistem UAM yang lestari dan boleh ditingkatkan bersama-sama dengan rakan kongsi infrastruktur dan operasi.

Kumpulan pesawat eVTOL Volocopter akan menawarkan penumpang (VoloCity dan VoloConnect) dan barangan (VoloDrone) dengan sambungan yang pantas, selamat dan bebas pelepasan karbon ke destinasi mereka yang disokong oleh VoloIQ, platform perisian ekosistem UAM yang berfungsi sebagai tulang belakang digitalnya untuk pengendalian yang selamat dan cekap.

Sebagai perintis dalam industri UAM, Volocopter bakal melancarkan perkhidmatan komersial dalam beberapa tahun akan datang. Ditubuhkan pada tahun 2011, syarikat ini mempunyai lebih 500 orang pekerja di Jerman dan Singapura, telah melengkapkan lebih 1,000 ujian penerbangan awam dan swasta yang berjaya dan memperoleh ekuiti bernilai €322 juta daripada para pelabur, termasuk Daimler, Geely, DB Schenker, BlackRock dan Intel Capital. www.volocopter.com  

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1700060/Volocopter.jpg?p=medium600

Source: NEOM; Volocopter
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics Passenger Aviation Transportation Travel Joint ventures New products/services