omniture

Sektor IT India Bernilai $108 Bilion akan Bertemu pada Bulan November

UBM India
2013-09-06 01:44 115

MUMBAI, India, 6 September 2013 /PRNewswire/ --

Sektor IT bernilai $108 bilion sudah bersedia untuk membincangkan cabaran semasa, penyelesaian dan peluang untuk industri IT semasa Persidangan & Ekspo INTEROP Mumbai ke-5 yang dijadualkan pada 20-22 November 2013 di Pusat Konvensyen dan Pameran Bombay, Mumbai.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130904/638111 )

Tema untuk INTEROP Mumbai tahun ini ialah "IT Mendahului, Perniagaan Berjaya". Bagi menepati tema ini, sesi bertumpu perniagaan dan menegak akan diadakan. Persidangan tiga hari ini akan mempunyai dua trek selari dengan enam ucapan dasar dan bakal melihat format persidangan dan sesi baharu.

Persidangan ini juga bakal melihat sesi bertumpu untuk industri menegak Penjagaan Kesihatan, BFSI, Pembuatan dan Pendidikan ketika mana para penceramah akan bercakap tentang cabaran, peluang dan inovasi teknologi dalam sektor mereka masing-masing.

Satu lagi format baharu untuk tahun ini diberikan nama 'Bersedia Berurus niaga' dan bakal melihat sesi daripada perusahaan terkemuka seperti Kumpulan ESSAR dan Marico. Sesi bertumpu perniagaan ini akan mempunyai eksekutif berpangkat Ketua daripada belah perniagaan (Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan, Naib Presiden, Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Pemasaran dsb) bercakap tentang cabaran, strategi dan objektif perniagaan. Ketua Pegawai Maklumat/Ketua Pegawai Teknologi daripada organisasi yang sama itu akan menerangkan bagaimana beliau menjajarkan IT dengan objektif perniagaan.

Menurut NASSCOM, sektor IT akan mengaut hasil eksport bernilai $84-87 bilion mengekalkan kadar pertumbuhan sebanyak 12-14 peratus dalam tahun kewangan semasa dan mencecah US$ 225 bilion menjelang tahun 2020, maka sesi perniagaan dan perindustrian khas juga sedang dirancang dengan NASSCOM dan BICSI di samping bengkel yang dikelolakan oleh CIO Specialist.

Antara penceramah utama tahun ini ialah:

  • Jay Bavisi, Presiden Global, EC Council
  • Manoj Chugh, Ketua Global untuk Pembangunan Perniagaan, Mahindra Satyam
  • Dinesh Pillai, Ketua Pegawai Eksekutif, Mahindra Special Services Group
  • Dr. Pavan Kumar, Ketua Jabatan Teleperubatan, Nanavati Hospital
  • Dr. Prasad Ramanathan, Naib  Presiden Bersekutu – Penyelidikan dan Inovasi, iGate
  • Sreekanta Aradhya B, Pakar, Sistem Pelaksanaan Pembuatan, Robert Bosch Engineering and Business Solutions
  • DD Mishra, Pengasas, CIO Specialist
  • Alpna Doshi, Ketua Pegawai Maklumat, Reliance Group
  • Bala Meshram, Naib Presiden-IT, The Shipping Corporation of India
  • Shailesh Rao, Pengarah Produk & Penyelesaian Baharu, Google Enterprise
  • Sajid Akhtar, Penganjur, OpenStack India User Group

Tentang penganjur

Tentang UBM India: UBM India ialah subsidiari UBM plc, yang merupakan penganjur pameran bebas kedua terbesar di dunia. Ia merupakan penganjur pameran perdagangan terbesar di India, bertanggungjawab untuk 26 pameran di lokasi berbeza seluruh negara itu. Syarikat itu juga terlibat dalam penganjuran program persidangan di serata India dan untuk penerbitan jurnal serta majalah perdagangan. Untuk butiran lanjut sila lawati laman web UBM India, http://www.ubmindia.in

Untuk maklumat lanjut lawati: http://www.interop.in atau hubungi Suvidha Shetty, conferences-india@ubm.com, +91(0)22-61727001

Sumber: UBM India

Source: UBM India
Keywords: Computer/Electronics Trade show news