omniture

Borussia Dortmund dan InstaForex mengumumkan pelanjutan kerjasama yang berjaya

InstaForex
2021-12-03 11:58 22

InstaForex dan Borussia Dortmund melanjutkan kerjasamanya yang sangat berkesan.

LIMASSOL, Cyprus, 3 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Salah sebuah kelab bola sepak Eropah terkenal dan salah satu broker antarabangsa terkemuka, teruja untuk meneruskan kerjasama mereka yang membuahkan hasil bagi meningkatkan kejayaan bola sepak selama tiga musim berturut-turut.

InstaForex and Borussia Dortmund are extending their efficacious cooperation
InstaForex and Borussia Dortmund are extending their efficacious cooperation

InstaForex telah menjadi rakan kongsi rasmi kelab bola sepak tersebut di Asia dan Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS) sejak tahun 2019.

Kerjasama ini telah dilanjutkan selepas kedua-dua jenama tersebut melalui tahun yang cemerlang. Borussia memenangi Piala Jerman untuk kali kelima dan InstaForex telah memperluas pangkalan pelanggannya dengan ketara. Pelanggan InstaForex juga mendapat manfaat daripada kerjasama tersebut dengan menikmati pengalaman VIP di stadium kelab serta majlis amal anjuran bersama legenda kelab, Jan Koller.

"Kami menghargai kepercayaan yang diberikan oleh InstaForex kepada kami dan teruja dengan pelanjutan kerjasama ini. Kami berharap dapat meningkatkan lagi kehadiran kami dan mencapai kejayaan bersama-sama dengan InstaForex," kata Benedikt Scholz, Ketua Perniagaan Antarabangsa & Baharu BVB.

Mengulas tentang pelanjutan kerjasama tersebut, Ildar Sharipov, Presiden InstaFintech Group berkata: "Kami telah membina jalinan kerjasama yang unik dan sangat produktif dengan Borussia. Jadi, kami sangat gembira untuk meneruskannya. Kami sentiasa berusaha untuk membina hubungan yang kukuh dan berpanjangan dengan rakan kongsi kami."

InstaForex menyediakan peluang yang sangat baik untuk berdagang pada platform canggih yang membuka akses kepada pasaran kewangan global. Broker dalam talian ini menggunakan peranti meja dan antara muka mudah alih yang mudah, yang menawarkan pelbagai instrumen dagangan, sumber pembelajaran dan perlindungan data terunggul. Ia sentiasa berusaha meningkatkan kejayaan yang telah dicapainya. Ia sedang memperbaiki mutu perkhidmatan dan produknya untuk bergerak seiring dengan perkembangan dunia kewangan yang kian berkembang dengan pantas.

Tentang InstaForex 

InstaForex ialah broker dalam talian yang menyediakan perkhidmatan kewangan, termasuk dagangan forex, CFD, saham, niaga hadapan, opsyen dan mata wang kripto. Sebagai ahli kumpulan kewangan InstaFintech yang mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun, ia menawarkan persekitaran dagangan yang bermanfaat untuk memenuhi keperluan para pedagang dan pelabur mahir serta pendatang baharu ke pasaran kewangan. InstaForex juga terkenal dengan minatnya terhadap sukan dan bekerjasama dengan atlet berbakat dalam pelbagai bidang sukan. InstaForex Loprais Team dan pemimpinnya, Ales Loprais telah mencapai keputusan yang mengagumkan dalam Rali Dakar, salah satu perlumbaan yang paling berprestij di dunia. Antara rakan kongsi InstaForex ialah 3 kali Pemenang Pingat Olimpik Yulia Efimova, juara Jerman 8 kali, Borussia Dortmund dan Juara Catur Dunia, Viswanathan Anand.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1701042/InstaForex.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1701043/InstaForex_and_Borussia.jpg?p=medium600

InstaForex and Borussia Dortmund are extending their efficacious cooperation
InstaForex and Borussia Dortmund are extending their efficacious cooperation
Source: InstaForex
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements Financial Technology