omniture

GemForex mengumumkan kerjasama dengan ikon sukan global, David Beckham

GemForex
2021-12-03 14:00 27

LIMASSOL, Cyprus, 3 Disember 2021 /PRNewswire/ -- GemForex, platform dagangan kewangan dalam talian yang terkemuka di Asia, terus menetapkan standard baharu, berikutan pengumuman kerjasama selama beberapa tahun dengan ikon sukan, David Beckham. David akan membantu mempromosikan GemForex dan perkhidmatannya di seluruh Asia.

Jurucakap untuk GemForex mengulas: "GemForex dan David Beckham dianggap sebagai yang terbaik dalam bidang mereka dan telah bergabung tenaga untuk menunjukkan kepada para pedagang bahawa mereka juga boleh mencapai satu tahap baharu yang lebih tinggi. David sangat profesional dan hasratnya untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara yang beliau lakukan adalah juga sepadan dengan visi kami untuk GemForex. Kami teruja untuk memulakan kerjasama ini dan merancang untuk mempromosikannya secara aktif dengan beberapa inisiatif utama pada masa hadapan."

David mengulas: "Saya dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama saya dengan GemForex sebagai duta jenama mereka. Adalah sangat menarik untuk bekerjasama dengan sebuah perniagaan seperti GemForex – sebuah syarikat yang ditubuhkan di Jepun, sebuah negara dan budaya yang saya amat kagumi dan tempat yang saya telah lawati beberapa kali. GemForex menawarkan sokongan yang boleh dipercayai kepada para pelanggannya, kempen yang menghiburkan dan berpotensi untuk menjadi broker nombor satu di seluruh dunia dan saya berharap untuk menjadi sebahagian daripadanya." 

Tentang David Beckham 

Salah seorang personaliti yang paling diiktiraf di Dunia, David Beckham, OBE merupakan ikon bola sepak sebenar dengan pengalaman kerjaya selama lebih 20 tahun dengan beberapa kelab terbesar di dunia. Setelah bersara daripada bermain, Beckham telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya, usahawan dan dermawan yang bekerja secara strategik dan kreatif dengan pelbagai jenama terkemuka di dunia termasuk adidas, Diageo dan EA.  Pada tahun 2018  Beckham telah merealisasikan hasrat sepanjang hayat untuk menjadi pemilik kelab bola sepak dan Inter Miami CF telah mula bermain pada tahun lalu. Pada 2019, David telah menjadi pengasas bersama Studio 99, sebuah studio pengeluaran dan kandungan global yang kini memfokuskan pada pembangunan filem, siri dan format tanpa skrip. Syarikat tersebut juga merupakan studio komersial dan  menghasilkan pelbagai kandungan editorial dan pengiklanan untuk jenama-jenama global. Pada tahun 2020, Guild Esports telah diumumkan bersama-sama David sebagai pemilik bersama. 

Beckham memainkan peranan penting sebagai Duta Muhibah UNICEF selama hampir dua dekad, mempromosikan dan melindungi hak kanak-kanak yang paling mudah terkesan di dunia. Beliau melancarkan Dana 7 yang menakjubkan untuk melindungi berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia daripada bahaya. David juga memegang jawatan sebagai Presiden Presiden Duta Besar British Fashion Council, sebuah peranan yang menyaksikan beliau menyokong bakat baru muncul British pada skala global. 

Tentang GemForex 

GemForex ialah broker global yang menawarkan mata wang, CFD, syiling kepada lebih 400,000 pelanggan di seluruh dunia. Dicipta oleh pedagang untuk pedagang, GemForex telah berkembang menjadi jenama global dan terkenal yang menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada setiap pelanggan.

Dengan gabungan unik produk inovatif, GemForex berusaha untuk menyediakan keadaan dagangan yang kukuh kepada pedagang yang berpengalaman dan cukup intuitif untuk para pemula. Walaupun menawarkan salah satu keadaan dagangan terbaik dalam industri dan masa pelaksanaan yang paling cepat, GemForex juga mengutamakan keselamatan dana pelanggan dan keselamatan data.

Bersama-sama dengan pelanggan, GemForex terus mencapai objektif pertumbuhan mereka yang tinggi.

Buka akaun dengan GemForex di sini. 

 

 

Source: GemForex
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology