omniture

Pembukaan Besar-besaran | Pelancaran Produk Baharu dan Persidangan Ekosistem Creality 2021

CREALITY
2021-12-06 08:49 233

SHENZHEN, China, 6 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pada 1 Disember 2021, Creality mengumumkan pelancaran tiga pencetak 3D baharu termasuk CR-10 Smart Pro, Ender-3 S1 dan Sermoon V1 & V1 Pro yang berjaya menarik perhatian peminat pencetakan 3D. "Jalani Kehidupan dengan Keghairahan, Cetak dengan Penciptaan", Creality sentiasa berdedikasi untuk merealisasikan idea kreatif melalui inovasi pencetakan 3D.

Pencetak 3D baharu ini mempunyai pelbagai sorotan, namun kesemuanya mempunyai matlamat yang utama untuk mengoptimumkan pengalaman penggunaan.

Lebih Pintar 

Menjadi pintar merupakan kecenderungan pembangunan produk Creality. CR-10 Smart Pro adalah jauh lebih pintar. Boleh diakses dengan Wi-Fi, Bluetooth atau RJ45, kawalan jauh direalisasikan melalui Creality Cloud App. Hanya dengan satu klik pada telefon, pencetakan bermula! Dengan kamera AIoT HD, pengawasan pada waktu sebenar juga boleh dilakukan secara jarak jauh.

CR-10 Smart Pro telah menerima pakai pengarasan dwi-mod (automatik dan manual) untuk memberi jaminan yang lebih baik kepada ketepatan pengarasan, meningkatkan kadar kejayaan pencetakan. Penyemperit langsung logam penuh serasi dengan pelbagai filamen yang mengekalkan prestasi cemerlang apabila mencetak dengan TPU, PA, gentian karbon dan sebagainya. Antara muka pengguna telah dinaik taraf kepada skrin berbilang sentuh paparan penuh HD 4.3 inci dengan sokongan untuk penaiktarafan dalam talian OTA. Pengoptimuman dan kecerdasan fungsi—inilah apa yang akan membuatkan anda kagum dengan CR-10 Smart Pro.

Lebih Kreatif 

Membolehkan lebih banyak idea hebat menjadi kenyataan merupakan aspirasi Creality. Ender-3 S1 dengan pemasangan dilengkapkan dalam 6 langkah adalah mesra pengguna. Penyemperit langsung "Sprite" yang inovatif memastikan suapan lancar dan ia juga serasi dengan pelbagai filamen. Dengan CR-Touch, ketepatan pengarasan automatik telah ditingkatkan dengan ketara, lalu menjamin agar lapisan pertama akan sentiasa menjadi tepat.

Dengan dua skru dulu paksi-Z, operasi adalah sangat stabil, membolehkan model dicetak dengan kejituan yang lebih tinggi. Ender-3 S1 mempunyai potensi kreatif yang tidak terbatas dengan aksesori seperti kepala ukiran laser, lampu LED, kotak Wi-Fi, kamera dan sebagainya. Creality tidak menetapkan had untuk imaginasi dan sentiasa menggalakkan pengguna untuk meneroka.

Lebih Mudah

Mengagumkan pengguna dengan ciri kemudahan penggunaan merupakan falsafah reka bentuk Creality. Sermoon V1 & V1 Pro telah mengubah konsep kerja persediaan secara revolusioner. Bebas daripada pengarasan dan pemasangan, pengguna boleh mula mencetak sebaik sahaja pencetak dikeluarkan daripada kotak. Mereka boleh mengawal pemberian atau penarikan filamen automatik dengan satu klik pada skrin.

Struktur tertutup sepenuhnya selamat untuk pemerhatian yang dekat dan Sermoon V1 Pro memberi jaminan berganda dengan menangguhkan cetakan apabila pintu dibuka. Justeru itu, jangan bimbang sekiranya kanak-kanak ingin berada lebih dekat atau menyentuh pencetak kerana ingin tahu. Operasi yang senyap merupakan satu lagi sorotan. Kipas yang sangat senyap dan papan utama IC senyap 4-paksi dengan bunyi pencetakan lebih rendah daripada 45dB tidak akan mengganggu pengguna walaupun semasa mereka sedang belajar atau tidur. Sermoon V1 Pro dinaik taraf untuk menyokong pencetakan dan pemantauan jarak jauh dengan kamera yang dilengkapkan. Berhubung kepada Creality Cloud App, satu klik untuk mencetak dan pemantauan masa sebenar bukan lagi suatu angan-angan.

Kini, Creality melancarkan produk baharu ini dalam pasaran global dan peminat pencetakan 3D dialukan-alukan dengan penuh mesra untuk memilih produk kegemaran mereka: https://www.creality.com/activity-news/product-guide.

 

Source: CREALITY
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Computer Accessories New products/services