omniture

Tangani Cabaran Global melalui Keterbukaan dan Kepercayaan dalam Teknologi

Huawei
2021-12-06 08:54 194

SHENZHEN, China, 6 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengadakan Sidang Kemuncak TrustInTech 2021 secara dalam talian, di bawah tema "Kolaborasi Global demi Nilai Bersama."

Pemimpin-pemimpin dari seluruh dunia menghadiri acara ini termasuk Neil Bush, Pengerusi George H.W. Bush Foundation for US-China Relations, Pascal Lamy, Bekas Ketua Pengarah WTO, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi 2018 William Nordhaus, Timbalan Ketua Setiausaha ASEAN T.Y.T. Satvinder Singh, Duta NASA Solar System Derrick Pitts dan Hou Jinlong, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Huawei Digital Power.

Para hadirin mengakui bahawa manusia telah memasuki era yang mana kepentingan, nasib dan masa depan kesemuanya saling berkaitan dan menyeru usaha yang diselaraskan bagi menangani cabaran umum ini. "Kita perlu mengurangkan penyahglobalisasian bagi mengelakkan dunia ini menjadi tempat yang lebih teruk," ujar Pascal Lamy.

Hari ini, memerangi perubahan iklim merupakan satu misi yang dikongsi bersama di seluruh dunia, dengan banyak negara mengumumkan ikrar rendah karbon. William Nordhaus berkata bahawa kerajaan sepatutnya meningkatkan pelaburan dalam teknologi dan penyelidikan rendah karbon.

Hou Jinlong menyambung lagi, "Dengan mengejar inovasi dalam penjanaan kuasa bersih, pendigitalan tenaga, pengelektrikan pengangkutan, infrastruktur ICT mesra alam dan tenaga pintar bersepadu, kami bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi global untuk membina rumah, kilang, kampus, kampung dan bandar yang rendah karbon."

Setakat 30 September 2021, Huawei Digital Power telah membantu pelanggan menghasilkan 443.5 bilion kWj kuasa mesra alam dan menjimatkan 13.6 bilion kWj kuasa elektrik. Ini bersamaan dengan mengurangkan emisi karbon sebanyak 210 juta tan dan menanam 290 juta batang pokok.

Para peserta memberi amaran bahawa geopolitik tidak seharusnya menjadi penghalang bagi kerjasama dan inovasi teknologi. Neil Bush menyatakan kebimbangan beliau mengenai penyahgandingan global yang semakin berkembang. "Ramai yang menerima mentaliti campur tolak yang berbahaya yang bertentangan dengan pertimbangan akal yang sihat. Kejayaan China tidak merampas kejayaan kita dan begitu juga sebaliknya." Beliau menambah, "Terutamanya dalam bidang teknologi, apabila China dan Amerika Syarikat bekerjasama, kami dapat berinovasi dengan cara asas dan revolusioner."

Kerjasama penyelidikan antarabangsa ini telah menghasilkan kemajuan saintifik. Dr. Derrick Pitts mengambil maklum akan kolaborasi tujuh negara dalam International Brain Initiative, Thirty Meter Telescope dan beberapa projek kerjasama penyelidikan saintifik antarabangsa yang lain. Beliau menekankan bahawa sains berkembang paling baik dalam iklim yang menggalakkan kepelbagaian dan perkongsian silang domain.

Satvinder Singh menyampaikan ucapan penutup di sidang kemuncak tersebut, memberi pujian tinggi kepada peranan penting yang dimainkan oleh syarikat-syarikat swasta seperti Huawei dalam pemulihan ekonomi inklusif dan mampan di seluruh ASEAN dan selanjutnya.

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Telecommunications Trade show news