omniture

Hohem iSteady V2 Menang Rekod Inovasi Perusahaan Shenzhen (Global) ke-20

Hohem
2021-12-06 08:51 119

SHENZHEN, China, 6 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Anugerah Rekod Inovasi Perusahaan Shenzhen ke-20 telah diumumkan pada 26 November 2021. Shenzhen Hohem Technology Co. Ltd (selepas ini dirujuk sebagai Hohem) memenangi Rekod Inovasi Perusahaan Shenzhen (Global) ke-20 untuk produknya iSteady V2 dan paten produk ini dalam inovasi, reka bentuk dan utiliti.

Acara semakan dan keluaran Rekod Inovasi Perusahaan Shenzhen (Global) ke-20 dilancarkan secara rasmi pada 28 April tahun ini. Sejumlah 144 syarikat mengambil bahagian daripada lebih 32 industri termasuk bahan baharu, perubatan biologi dan kecerdasan buatan. Lebih 200 projek telah dikemukakan. Antaranya, 147 merupakan projek pembangunan produk sains dan teknologi, 25 projek pengeluaran dan pembuatan dan 28 projek industri perkhidmatan moden. 11 daripada projek yang dilaporkan memenangi Rekod Inovasi Perusahaan Shenzhen di peringkat kebangsaan, wilayah atau perbandaran. Projek-projek ini telah memenangi 86 Rekod Inovasi Perusahaan Shenzhen, 15 Rekod Inovasi Perusahaan Shenzhen (Guangdong), 86 Rekod Inovasi Perusahaan Shenzhen (China) dan 13 Rekod Inovasi Perusahaan Shenzhen (Global) secara keseluruhan. 138 syarikat dan 188 projek telah disenarai pendek selepas semakan awal.

Terdapat dua ciri cemerlang bagi projek yang dikemukakan pada tahun ini. Pertama, terdapat banyak inovasi asli yang mana syarikat-syarikat memiliki hak harta intelek bebas mereka sendiri. Antara 188 projek yang menjadi calon, 124 projek diberikan paten yang menyumbang 65.9% daripada jumlah keseluruhan projek dan menunjukkan keupayaan inovasi bebas yang cemerlang daripada syarikat-syarikat ini. Kedua, hasil dalam teknologi utama adalah luar biasa. Sesetengah syarikat bukan sahaja membangunkan teknologi baharu secara bebas, tetapi produk mereka dikeluarkan dengan tahap teknologi yang tinggi.

Hohem iSteady V2 ialah penstabil telefon pintar yang menampilkan reka bentuk lipat dan sensor visual AI. Ia mempunyai sensor AI terbina dalam serta fungsi pengesanan dan pengangkapan objek waktu sebenar untuk pengguna merakam kedudukan objek. MCU tunggal yang sangat ringkas, generasi algoritma penstabilan pintar yang baharu, digabungkan dengan program kawalan motor yang lebih baik bagi memastikan kestabilannya; perkakasan Bluetooth dan APP yang dikemas kini sekali gus meningkatkan prestasi kestabilan, dapat digunakan untuk penangkapan jarak jauh tanpa wayar dan memudahkan APP, meningkatkan dengan ketara pengalaman pengguna dalam keadaan yang berbeza. Ia merupakan yang pertama daripada rakan sejawat antarabangsanya yang memenangi Rekod Inovasi Perusahaan Shenzhen (Global) ke-20.

Tambahan pula, Hohem memegang rekod luar biasa di seluruh dunia selain daripada rekod pencapaian inovasi domestiknya. Hohem menyumbang separuh daripada 10 produk terbaik paling laris terjual keseluruhan di Amazon Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol dan laman sesawang Amazon yang lain menerusi produknya semasa acara 'Amazon Black Friday' 2021. Beberapa produk ini juga merupakan produk yang laris terjual di Amazon.

Hohem diperbadankan pada tahun 2014, mengkhusus kepada pembangunan sistem penstabilan imej pintar berprestasi tinggi dan menyediakan produk penstabil pintar yang revolusioner dengan prestasi serta pengalaman pengguna yang unggul. Syarikat ini berjaya melancarkan pelbagai penstabil untuk telefon pintar, kamera sukan, kamera DSLR profesional dan peranti pengimejan pintar yang lain. Sejumlah besar produk cemerlang, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa, mengekalkan pengguna sebagai keutamaan. Berjuta-juta pengguna menggunakan Hohem merentas lebih 50 negara.

 

Source: Hohem
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Awards