HONG KONG, 6 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Yidan Prize Foundation, yayasan dermawan global di sebalik penganugerahan pendidikan yang tertinggi di dunia ini, menganjurkan Sidang Kemuncak Yidan Prize 2021 dan Majlis Penyampaian Anugerah semalam.
A toast to our 2021 laureates from our Awards Presentation Ceremony guests, including Mrs Carrie Lam, Chief Executive of Hong Kong SAR and Dr Charles CHEN Yidan, Founder of the Yidan Prize
Acara hibrid global ini menghimpunkan penggubal dasar dan pakar pendidikan untuk berdebat dan berbincang mengenai isu-isu pendidikan yang paling mendesak di dunia serta penyelesaian yang praktikal dan inovatif demi masa depan yang lebih baik. Acara ini turut meraikan dan mengiktiraf secara rasmi usaha perintis oleh penerima-penerima Yidan Prize tahun ini.
Dalam satu siri perbincangan panel, para hadirin membincangkan idea-idea baharu untuk membawakan pendidikan yang adil, boleh dicapai dan berkualiti untuk semua. Tema-tema merangkumi kerugian pembelajaran yang timbul daripada COVID-19, penyelesaian pendidikan boleh diskala dan pembelajaran dengan bermain. Laporan oleh UNESCO mengenai 'Menentukan Semula Masa Depan Kita Secara Bersama: Kontrak Sosial Baharu untuk Pendidikan' turut disampaikan, dengan para hadirin membincangkan kepentingan pendidikan dalam memastikan masa depan yang sejahtera untuk kanak-kanak.
Sidang Kemuncak 'Mencipta Masa Depan Lebih Baik Melalui Pendidikan'
Dalam satu panel, Profesor Eric A. Hanushek, Penerima Yidan Prize 2021 untuk Penyelidikan Pendidikan dan Felo Kanan Paul and Jean Hanna, Hoover Institution of Stanford University, menegaskan peranan kritikal oleh guru dalam memperkayakan kualiti pendidikan. Panel pakar ekonomi yang terkenal menyeru lebih banyak sokongan untuk para guru menangani jurang pengetahuan dalam kalangan kanak-kanak.
Dr Rukmini Banerji, Penerima Yidan Prize 2021 untuk Pembangunan Pendidikan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pratham Education Foundation, berkongsi mengapa beliau percaya kanak-kanak ketinggalan di sekolah dan sama ada kurikulum sekolah terlalu pantas untuk dikejar. Beliau turut disertai oleh Profesor Esther Duflo dan Profesor Abhijit Banerjee, Penerima-penerima Hadiah Nobel 2019 dalam Ekonomi, untuk membincangkan cara untuk melaksanakan perubahan yang bermakna dalam bidang pendidikan—bermula dengan membangunkan penyelesaian yang boleh diskala dan berkesan, sehinggalah menyesuaikan kurikulum mengikut tahap setiap kanak-kanak.
Ahli-ahli panel terdiri daripada Dr Sobhi Tawil, Pengarah, Future of Learning and Innovation, UNESCO; Dr Jaime Saavedra, Pengarah Kanan, Education Global Practice, World Bank Group; dan Profesor Ludger Woessmann, Profesor Ekonomi, University of Munich, antara lain.
Meraikan penerima Yidan Prize 2021
Acara ini melabuhkan tirai dengan majlis penyampaian anugerah bagi meraikan pencapaian luar biasa para penerima Yidan Prize tahun ini. Profesor Hanushek dan Dr Banerji dianugerahkan secara rasmi dengan Yidan Prize 2021 untuk Penyelidikan Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan sebagai pengiktirafan terhadap usaha perintis mereka untuk meningkatkan kualiti dan hasil pendidikan untuk pelajar secara meluas.
Dr Charles CHEN Yidan, Pengasas Yidan Prize berkata: "Hari ini, kita meraikan hasil usaha Profesor Hanushek dan Dr Banerji. Dalam dunia yang sedang pulih daripada pandemik, kita memerlukan inovasi yang lebih berkesan. Ayuh kita tentukan semula masa depan: Masa depan yang mana inovasi dapat membawa perubahan yang sebenar dan memberi impak. Ini merupakan masa depan yang dapat kita wujudkan dan dunia yang mana kita semua akan berasa sangat gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripadanya. Kita bersama-sama dapat mencipta dunia yang lebih baik melalui pendidikan."
Pencalonan untuk Yidan Prize 2022
Pencalonan untuk Yidan Prize 2022 dibuka hingga 31 Mac 2022. Pada 12 Januari 2022, Yidan Prize Foundation akan menganjurkan webinar untuk berkongsi maklumat lanjut mengenai hadiah ini, cara untuk menyertainya dan ciri-ciri yang dilihat oleh hakim pada penerima hadiah ini. Daftar di sini.
Latar Belakang Yidan Prize Foundation
Yidan Prize Foundation ialah sebuah yayasan dermawan global dengan misi untuk mencipta dunia yang lebih baik melalui pendidikan. Melalui jaringan penginovasinya, yayasan ini menyokong idea dan amalan dalam pendidikan—khususnya idea dan amalan yang mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan dan masyarakat secara positif.
Yidan Prize ialah penganugerahan pendidikan inklusif yang mengiktiraf individu atau pasukan yang telah memberi sumbangan besar kepada bidang pendidikan.