omniture

Huawei Mempamerkan "Rangkaian Tangkas, Dunia Tangkas" di Kongres Perangkaian Perusahaan Huawei 2013

Huawei
2013-09-07 07:40 148

SHANGHAI, 7 September 2013 /PRNewswire/ -- Huawei, peneraju penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global, telah merasmikan Kongres Perangkaian Perusahaan Huawei 2013 (HENC 2013) di Shanghai. Dengan tema "Rangkaian Tangkas, Dunia Tangkas," HENC 2013 menarik kunjungan pemimpin perusahaan, Ketua Pegawai Maklumat, pakar teknikal dan eksekutif teknologi rangkaian daripada pelbagai industri, serta juruanalisis dan media dari seluruh dunia.

"Hari ini, ICT bukan sahaja bertindak sebagai sistem sokongan-perkhidmatan untuk perusahaan; ia telah menjadi satu penunjuk untuk daya saing teras. Rangkaian ialah platform penting untuk prasarana ICT perusahaan dan perusahaan perlu mengubah fokus daripada teknologi dan perhubungan kepada perkhidmatan dan pengalaman pengguna," kata En. William Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Perusahaan Huawei, dalam upacara pembukaan beliau. "Huawei komited dalam kerjasama terbuka dengan rakan kongsi kami dalam memberikan produk inovatif, penyelesaian dan perkhidmatan, mencapai hasil perniagaan sama-sama untung bersama dan mengubah masa hadapan dengan para pelanggan kami."

"Sebagai respon terhadap cabaran yang semakin meningkat daripada pengkomputeran awan, data besar, mobiliti, dan media sosial, Huawei telah melancarkan rangkaian tangkas bagi menyediakan asas penting untuk perusahaan sebagai respon terhadap keperluan perniagaan dan berubah sesuai mengikut perubahan," kata En. Liu Shaowei, Presiden, Barisan Produk Rangkaian Perusahaan untuk Perusahaan Huawei dalam sesi ucapan dasar beliau.

Sewaktu sesi ucapan dasar dan perbincangan panel, sebilangan pakar industri dan rakan kongsi Huawei berkongsi perspektif dan pengalaman mereka dalam inovasi dan pembinaan rangkaian. Penceramah dan ahli panel jemputan termasuklah En. Tim Zimmerman, Ketua Juruanalisis, Gartner, En. Ma Zhiqiang, Arkitek Rangkaian Kanan, Tencent serta wakil daripada IBM, Syarikat Petroleum Kebangsaan China dan ChinaSoft International.

Semasa acara itu, syarikat itu juga telah mendedahkan sistem perlindungannya yang menerajui industri Tembok Api Generasi Seterusnya USG6000 serta mempamerkan rangkaian perusahaan baharu dan penyelesaian hujung ke hujung. Dengan kawalan perkhidmatan yang lebih teliti dan kemampuan perlindungan yang dipertingkat, tembok api generasi seterusnya Huawei membolehkan pelanggan membina strategi keselamatan yang bersepadu.

Dengan lebih 70 sesi dasar, demonstrasi produk, pembentangan, forum, perbincangan, serta sebilangan forum penyelesaian produk rangkaian Huawei, HENC 2013 ialah salah satu acara teknologi rangkaian terbesar di China dan rantau Asia Pasifik.

Tentang Huawei

Huawei ialah peneraju penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global. Kami komited untuk mencipta nilai maksimum bagi pengendali telekomunikasi, perusahaan dan pengguna dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan berdaya saing. Untuk maklumat lanjut, lawati Huawei dalam talian: www.huawei.com

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news