omniture

"Saya amat mengalu-alukan idea Aspire Fellows Meet Other Sports," kata Arsene Wenger pada Sidang Kemuncak Global Aspire Academy

Aspire Academy
2021-12-07 16:38 28

Prof. Di Salvo:  Sidang Kemuncak Global Academy Aspire Edisi ke-7 merupakan penghubung antara Bola Sepak dan Sukan-sukan lain

DOHA, Qatar,, 7 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Berucap pada Sidang Kemuncak Global Aspire Academy ke-7 tahun 2021 pada hari Khamis dengan tema: 'Aspire Fellows Meet Other Sports', bekas pengurus Kelab Bola Sepak Arsenal merangkap Ketua Pembangunan Global semasa di FIFA, Arsene Wenger menyatakan bahawa peranan jurulatih atau pengurus adalah sangat penting bukan sahaja dalam bola sepak tetapi juga dalam sukan-sukan yang lain.

Tim Cahill
Tim Cahill

"Pertama sekali, saya amat mengalu-alukan idea Aspire Fellows Meet Other Sports, kerana saya berpendapat terdapat banyak idea yang boleh dipindahkan dari satu sukan ke sukan yang lain dan apa yang kita semua mempunyai persamaan dalam pekerjaan kita ialah kita mempengaruhi kehidupan orang ramai dengan cara yang positif," kata lelaki yang berasal dari Perancis tersebut

"Pengurus ialah seorang pemerhati yang dapat mengesan kekuatan pada pendatang baharu yang mungkin tidak menyedari kualiti yang ada pada dirinya. Di sini, kualiti pemerhatian adalah sangat penting untuk seorang jurulatih," tambah warga Perancis tersebut.

"Adalah penting bagi seseorang pengurus untuk mengetahui pemikiran psikologi seorang pemain muda. Gabungan kecerdasan dan motivasi yang baik adalah penting untuk membentuk kerjaya mereka," simpul Profesor Wenger.

Sidang kemuncak ini dimulakan dengan ucapan oleh Valter Di Salvo, Pengarah Prestasi & Sains Bola Sepak, Aspire Academy.

"Dari segi perkongsian pengetahuan, ia merupakan sidang kemuncak yang inovatif. Kami mahu beralih kepada sukan lain dan memahami pendekatan mereka terhadap latihan supaya kami boleh belajar daripada mereka," kata Di Salvo, yang juga Pengarah Eksekutif Aspire dalam Program Felow Dunia dan Sidang Kemuncak Global Aspire Academy.

Matlamat sidang kemuncak ini adalah untuk meneroka metodologi latihan dan bimbingan dalam sukan bola keranjang, bola tampar dan olahraga.

"Saya menyertai bidang kejurulatihan dengan pemikiran berbeza seolah-olah saya bermula dari awal," kata jurulatih pasukan bola tampar wanita AS Karch Kiraly, yang membimbing AS mencapai pingat emas pertama mereka di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Julai-Ogos tahun ini.

Pesara sukan dekatlon Amerika dan juara Olimpik dua kali, Ashton Eaton, bekas ketua daya ketahanan Olahraga British Barry Fudge, pakar bola keranjang Lorena Torres dan bekas bintang bola keranjang Argentina Luis Scola adalah antara penceramah yang terlibat, yang menambah pelbagai pandangan daripada kerjaya hebat masing-masing  semasa 3 sesi panel perbincangan.

Valter Di Salvo
Valter Di Salvo

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1702350/Aspire_Academy_Tim_Cahill.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1702351/Aspire_Academy_Di_Salvo.jpg?p=medium600

 

Source: Aspire Academy
Keywords: Entertainment Sports Conference call announcements