omniture

Ketua Pegawai Eksekutif CloudMile: Memberi pentas kepada bakat AI baharu penting untuk daya saing antarabangsa

Syarikat pemula mencari dengan aktif arkitek awan untuk menyokong perniagaannya yang semakin berkembang di Singapura dan Malaysia
CloudMile
2021-12-08 09:04 65

SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat awan dan AI yang terkemuka CloudMile sedang mencari bakat pembelajaran mesin (ML) dalam pasaran Singapura dan Malaysia untuk mengukuhkan kedudukannya yang semakin meningkat di wilayah ini. Dengan pejabat di Taiwan, Hong Kong dan Singapura, syarikat pemula ini telahpun membantu lebih daripada 400 syarikat dalam 20 industri berhubung transformasi digital. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CloudMile Spencer Liu, pemupukan bakat serantau ini akan menjadi kritikal untuk pembangunan perniagaan syarikat ini dalam pasaran SEA.


 

Sebagai seseorang yang menemui potensinya sendiri semasa zaman Dot-com, Liu melihat peluang yang terdapat pada era AI ketika ini untuk bakat muda, bukan sahaja untuk mencari pekerjaan yang baik, tetapi untuk mendorong diri mereka sendiri dan berkembang maju.

"Kami bermatlamat untuk mewujudkan model pemupukan bakat yang baharu dalam industri ini," kata Liu. "Kami tidak semestinya mencari individu yang mempunyai kemahiran yang paling mengagumkan, tetapi mereka yang mempunyai penetapan minda pertumbuhan yang kukuh yang bersedia untuk menyahut cabaran baharu. Untuk syarikat pemula, memberi pentas kepada bakat baharu untuk membuktikan diri mereka sendiri adalah penting untuk daya saing antarabangsa."

Sebagai syarikat pemula yang berkembang pesat dan beribu pejabat di Singapura, baru-baru ini CloudMile mengumpul sebanyak US$20 juta dana terkumpul untuk membangunkan pasaran AI dan awan di SEA. Menurut Liu, ini bermakna ahli-ahli pasukan diberikan sumber teknologi yang terbaik untuk membangunkan kemahiran mereka berhubung inovasi disruptif.

Tambahan pula, sebagai pemenang anugerah Rakan Kongsi Sektor Awam Tahunan - APAC Google Cloud 2020, CloudMile menjalin hubungan kerja yang sangat simbiotik bersama Google Cloud. Tidak seperti syarikat-syarikat pemula lain yang memberi tumpuan khususnya kepada aplikasi AI, model perniagaan CloudMile adalah untuk memodenkan terlebih dahulu infrastruktur sesebuah syarikat melalui penyelesaian Google Cloud, kemudian membangun berdasarkan kepada asas data berkenaan bagi mewujudkan model AI yang lengkap untuk aplikasi komersial. Liu menyatakan bahawa ini dapat memberi peluang kepada ahli baharu untuk benar-benar membiasakan diri mereka dengan penyelesaian GCP yang paling terkini.

Liu mengaitkan pilihan rakan kongsi mereka kepada model "Utamakan AI" Google. Namun begitu, matlamat syarikat ini bukanlah untuk bergantung pada Google Cloud untuk membangunkan perniagaannya, sebaliknya agar saling bergantung antara satu sama lain tatkala Google mengambil langkah untuk menggunakan perkhidmatan transformasi digitalnya di seluruh rantau ini.

"Untuk benar-benar berkembang maju dalam industri awan, syarikat pemula seperti CloudMile tidak boleh hanya bergantung pada kemajuan syarikat gergasi," kata Liu. "Anda perlu menunjukkan nilai anda kepada pengusaha besar dan membuatkan mereka memilih untuk bergantung pada anda. Inilah bentuk kedudukan yang ingin dicapai oleh CloudMile dalam industri ini."

Liu menambah bahawa untuk mencapai matlamat ini, CloudMile merancang untuk bekerjasama dengan universiti dan politeknik tempatan di Singapura dan Malaysia bagi menilai cara terbaik untuk memupuk bakat dalam AI, pembelajaran mesin dan analitik data.

 

 

Source: CloudMile
Keywords: Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources