omniture

Minggu Air Dunia Ditutup dengan Seruan untuk Fokus Khas terhadap Air dalam Pembangunan

Stockholm International Water Institute
2013-09-09 15:38 115

STOCKHOLM, 9 September 2013 /PRNewswire/ -- Minggu Air Dunia 2013, yang menumpukan terhadap hubungan kerjasama dan perkongsian, ditutup hari ini dengan seruan kepada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk memberi penekanan khas terhadap air apabila ia mempertimbangkan agenda pembangunan global pasca 2015.

Sebagai input kepada Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu lewat bulan ini, Institut Air Antarabangsa Stockholm (SIWI) membentangkan Kenyataan Stockholm semasa upacara penutup Minggu Air Dunia di Stockholm. Kenyataan itu, yang terhasil daripada proses perundingan terbuka dan terangkum sebelum dan semasa Minggu itu, menyeru untuk matlamat khusus terhadap air sambil perbadanan dunia itu mempertimbangkan agenda pembangunan global pasca 2015.

En. Torgny Holmgren, Pengarah Eksekutif SIWI, berkata tentang Kenyataan Stockholm: "Satu usaha kolaboratif yang bagus sebelum dan semasa Minggu Air Dunia telah memberi hasil satu dokumen ramalan tentang peranan yang kami percaya air perlu mainkan dalam membentuk agenda pembangunan masa hadapan untuk dunia kita. Ia merupakan ekspresi tahap tinggi kepakaran dan dedikasi yang saya lihat di sekeliling saya dalam komuniti air."

Kenyataan Stockholm itu menyatakan yang air, diberi kepentingannya terhadap individu, ekosistem dan pembangunan ekonomi, mesti terletak di teras pembangunan global yang mampan. Oleh itu "satu matlamat khusus untuk air adalah perlu untuk dunia yang semua penduduknya boleh hidup dengan selamat dan bermaruah". Menjelang tahun 2030, dunia mesti mencapai tahap produktiviti air global sebanyak sekali ganda, sebuah realisasi hak asasi manusia untuk air minuman yang bersih dan sanitasi, serta daya ketahanan diri lebih tinggi untuk bencana berkaitan air.

Dalam lebih 100 seminar, bengkel dan acara yang diadakan sepanjang minggu itu, lebih 2,600 peserta telah membincangkan dan memperdebatkan cabaran air yang paling mendesak dalam zaman kita, dipayungi tema "Kerjasama Air -- Membina Hubungan Kerjasama".

"Minggu ini telah mengumpulkan bilangan profesional yang tidak pernah dicapai sebelum ini di Stockholm. Kami telah mendengar pendapat pemimpin dunia, wakil kerajaan, saintis, ahli sektor swasta serta masyarakat awam. Setiap satu daripada mereka telah menyumbang kepada usaha terhadap dunia yang lebih bijak air. Tahap tinggi perbincangan dan debat tentang teori, polisi dan penyelesaian kukuh memperkuatkan lagi kedudukan Minggu Air Dunia sebagai tempat pertemuan global utama untuk air dan pembangunan, untuk agenda masa hadapan bagi bencana yang berkaitan dengan air ditetapkan," kata Cik Karin Lexén, Pengarah Minggu Air Dunia di SIWI.

Nota kepada Editor:

Untuk maklumat lanjut: http://www.worldwaterweek.org, http://www.siwi.org

Sumber: Institut Air Antarabangsa Stockholm

Source: Stockholm International Water Institute
Keywords: Environmental Products & Services Trade show news