omniture

2021 Menyaksikan Para Pengguna Membelanjakan Sebanyak $135 Bilion pada Mudah Alih mengikut App Annie

App Annie
2021-12-09 03:48 41

SAN FRANCISCO, 9 Disember 2021 /PRNewswire/ -- App Annie, penyedia analisis dan data mudah alih terkemuka hari ini mengumumkan bahawa 2021 merupakan tahun yang cemerlang dengan jumlah perbelanjaan pengguna di seluruh iOS dan Google Play yang meningkat hampir 25% Tahun ke Tahun (YOY) hingga mencecah $135 bilion. Muat turun juga meraih pencapaian baharu dengan peningkatan sebanyak 8% YOY hingga mencecah 140 bilion.

Top Apps Worldwide by Growth in 2021
Top Apps Worldwide by Growth in 2021

Syarikat ini turut menyediakan maklumat terperinci tentang aplikasi yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi sejak 12 bulan yang lalu:

Perkongsian video dan aplikasi penyuntingan menyaksikan pertumbuhan tertinggi pada tahun 2021 di seluruh dunia:

  • CapCut, MX TakaTak dan Moj menyaksikan pertumbuhan tertinggi dari segi muat turun kerana pengguna ingin membangunkan kandungan video asal. 
  • Perbelanjaan pengguna telah didorong oleh aplikasi penstriman langsung dan kandungan seperti YouTube, Disney+, TikTok dan Twitch kerana pengguna ingin berhibur dan memberi ganjaran kepada para penstrim langsung kegemaran mereka. 
  • Aplikasi perniagaan seperti Zoom, Microsoft Office dan Teams menerajui pertumbuhan dari segi penggunaan apabila model bekerja dari rumah dan perniagaan hibrid menjadi trend utama.

Permainan kasual hiper mendominasi aspek muat turun:

  • Muat turun telah didominasi oleh permainan kasual hiper - Bridge Race, Hair Challenge dan Project Makeover.
  • Permainan utama yang mendominasi perbelanjaan didorong pembelian dalam aplikasi - Genshin Impact dan ROBLOX, yang menyaksikan pertumbuhan tertinggi.
  • Roblox, AmongUS, Pokemon Unite menyaksikan peningkatan yang tinggi dari segi penggunaan kerana permainan ini membolehkan pengguna bersosial secara peribadi atau secara maya.

"Salah satu penyumbang utama ialah populasi global yang melakukan penyesuaian terhadap pandemik ini dengan gaya hidup mudah alih. Sektor yang menunjukkan prestasi yang baik ialah yang dapat mendekatkan orang ramai bersama-sama secara maya dan secara bersemuka." Lexi Sydow, Ketua Pemahaman Maklumat, App Annie

Sektor penting lain yang telah berkembang pada peranti mudah alih ialah sosial dan janji temu:

  • TikTok menerajui pertumbuhan perbelanjaan aplikasi sosial di seluruh dunia diikuti dengan BIGO LIVE dan Discord. Aplikasi video terkenal lain yang menyaksikan pertumbuhan terbesar termasuk Likee dan Azar.
  • Tinder mengungguli carta pertumbuhan perbelanjaan pengguna di seluruh dunia dalam kalangan aplikasi janji temu dengan diikuti oleh Bumble yang menyaksikan perbelanjaan pengguna seumur hidup baru sahaja melepasi $1 bilion serta Hinge yang baru-baru ini mengatasi perbelanjaan sebanyak £250 juta.  

Sila layari blog kami untuk membaca laporan penuh.

Tentang App Annie
App Annie ialah piawaian untuk mudah alih. Misi kami adalah untuk menjadi yang pertama menyatukan data pengguna dan pasaran bagi menjana pemahaman dan hasil yang memanfaatkan kuasa AI sepenuhnya.

Top Games Worldwide by Growth in 2021
Top Games Worldwide by Growth in 2021

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1703289/Top_Apps_Worldwide_by_Growth_in_2021.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1703288/Top_Games_Worldwide_by_Growth_in_2021.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: App Annie
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Telecommunications Survey, Polls & Research Data Analytics