LONDON, 10 September 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan Anugerah Mudah Alih Global 2014 kini sudah dibuka untuk penyertaan. Anugerah itu, yang mengiktiraf kecemerlangan dan inovasi dalam seluruh industri mudah alih, akan dibuka untuk penyertaan hingga Jumaat 29 November 2013, dan para pemenang akan diumumkan di Kongres Dunia Mudah Alih GSMA di Barcelona pada hari Selasa 25 Februari 2014.
"Anugerah Mudah Alih Global mengiktiraf peranti, perkhidmatan, app dan teknologi mudah alih yang meneraju di dunia. Pada tahun ini, dengan pelbagai kategori yang mencerminkan arah aliran mudah alih terbaharu, sektor pertumbuhan dan peluang, kami jangkakan persaingan tentu akan jadi lebih sengit berbanding sebelum ini," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran, GSMA. "Saya berani katakan yang sebagai program anugerah yang paling terkemuka dan dihormati dalam dunia mudah alih, Anugerah Mudah Alih Global di Kongres Dunia Mudah Alih menawarkan platform hebat untuk menyerlahkan inovasi yang memacu industri kita."
Anugerah Mudah Alih Dunia untuk 2014 akan dianugerahkan dalam kategori berikut:
GSMA telah memperkenalkan peningkatan penting untuk anugerah 2014 dan sejumlah 38 anugerah akan disampaikan dalam lapan kategori itu, dengan enam anugerah baharu bagi menunjukkan arah aliran yang berubah di seluruh ekosistem mudah alih. Antara kemajuan untuk 2014, kategori 'Telefon Bimbit dan Peranti Mudah Alih Terbaik' kini akan mempunyai dua anugerah telefon pintar, yang pertama untuk telefon pintar berkos tinggi dan satu kategori baharu untuk telefon pintar sub-$15 (borong), mencerminkan pertumbuhan pesat pasaran telefon pintar secara keseluruhannya dan mengiktiraf impak positif untuk peranti mampu milik.
GSMA juga telah memperbaiki kategori 'Teknologi Mudah Alih Terbaik' dengan pengenalan dua anugerah baharu, termasuk 'Penyelesaian Terbaik untuk Memajukan Rangkaian Lebih Kecil atau Bebas', yang akan mengiktiraf penyelesaian teknologi yang berkhidmat untuk pengendali rangkaian yang lebih kecil dan bebas, serta anugerah 'Identiti Mudah Alih, Langkah Perlindungan dan Produk/Penyelesaian Sekuriti Terbaik' yang akan memfokus pada konsep identiti mudah alih, bidang pertumbuhan baharu untuk pengesahan fizikal, digital dan dalam talian serta pengenalpastian pengguna. Kategori ini juga mempunyai anugerah untuk inovasi merentasi prasarana dan teknologi berasaskan awan, serta anugerah untuk 'Sumbangan LTE Unggul', antara lainnya.
Anugerah sulung telah diperkenalkan dalam dua kategori lagi. Kategori 'Pembangunan Sosial dan Ekonomi' akan memuatkan anugerah untuk penyelesaian mudah alih inovatif yang membantu memacu kebolehcapaian dan kemudahan penggunaan untuk pengguna mudah alih kelainan upaya, istimewa dan warga emas. Tahun ini, kategori 'App Terbaik Tahun Ini' akan mengiktiraf pencapaian untuk muzik, permainan atau app TV dengan anugerah 'App Hiburan Terbaik' dan anugerah untuk 'Cabaran App Telefon Pintar' akan disampaikan kepada penyelesaian terbaik yang dapat mempertingkatkan pengalaman pengguna dengan menggunakan sumber rangkaian secara cekap.
Anugerah ini juga akan mengetengahkan kepentingan Kehidupan Terhubung, dengan satu kategori khusus untuk penumpuan mudah alih dengan sektor menegak penting, memaparkan produk dan perkhidmatan mudah alih terbaik untuk automotif, pendidikan, kesihatan, wang mudah alih, penerbitan dan bandar pintar, termasuk anugerah khusus untuk peranti elektronik pengguna yang dibolehkan mudah alih.
Tambahan lagi, program anugerah kerajaan telah diperluaskan menjadi satu suite dengan empat anugerah dan akan disampaikan pada hari Isnin 24 Februari di Program Kementerian di Kongres Dunia Mudah Alih. Bagi mengiktiraf kepimpinan bertaraf dunia, program itu akan memuatkan 'Anugerah Kepimpinan Kerajaan', 'Anugerah Spektrum untuk Jalur Lebar Mudah Alih', 'Anugerah Polisi Ekonomi untuk Pertumbuhan Mudah Alih Mampan' dan 'Anugerah Kerajaan Terhubung'.
Anugerah Mudah Alih Global 2014 dibuka untuk penyertaan syarikat dari seluruh ekosistem mudah alih dan penyertaan boleh dibuat dalam talian; senarai penuh kategori, tarikh akhir dan kriteria anugerah boleh ditemui di www.globalmobileawards.com. Anugerah yang terpilih akan dibuka bagi pencalonan daripada hakim atau oleh panel pakar bebas dan tidak akan dibuka untuk penyertaan dalam talian. Tahun ini, penghantaran video untuk menyokong penyertaan dialu-alukan dan digalakkan oleh hakim anugerah. Penyertaan untuk Anugerah Mudah Alih Global akan ditutup pada hari Jumaat 29 November 2013 dan GSMA akan mengumumkan senarai pendek pencalonan bagi setiap kategori pada lewat bulan Januari 2014.
Anugerah ini akan dihakimi oleh pakar bebas, juruanalisis, wartawan, akademik dan, dalam sesetengah kes, wakil pengendali mudah alih. Tambahan lagi, pemenang anugerah untuk 'Teknologi Mudah Alih Unggul Keseluruhan – Pilihan CTO' akan dipilih oleh satu panel CTO yang menerajui industri daripada komuniti pengendali seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut tentang Anugerah Mudah Alih Global 2014 atau jika anda ingin menjadi penaja, sila hubungi GSMA melalui awards@globalmobileawards.com. Kongres Dunia Mudah Alih 2014 akan diadakan mulai 24 – 27 Februari di Fira Gran Via di Barcelona. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.mobileworldcongress.com.
Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dan lebih 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, dan juga organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com