omniture

Panel reagen kajian Sino Biological baru dilancar untuk varian Omicron SARS-CoV-2

Sino Biological, Inc.
2021-12-09 14:29 150

BEIJING, China, 9 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Sino Biological, Inc. (http://www.sinobiological.com; SHE: 301047) hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan panel reagen penyelidikan untuk varian Omicron (B.1.1.529) yang baru dikenal pasti daripada virus SARS-COV-2 yang serta merta menimbulkan kebimbangan di serata dunia ekoran bilangan mutasi tinggi yang dibawa olehnya, terutamanya lebih 30 mutasi pada protein Pepaku.

Barisan produk Omicron baharu Sino Biological ini termasuk protein Pepaku Omicron rekombinan (RBD, S1, dan trimer S-ECD), antibodi monoklon mengecam protein Pepaku Omicron dan perkhidmatan CRO cerakin pseudovirus Omicron. Reagen-reagen ini merupakan alat kajian yang kritikal dan sangat diperlukan untuk saintis dan penyelidik di seluruh dunia untuk memahami impak mutasi Omicron yang baharu pada transmisi virus serta keberkesanan antibodi peneutral terapeutik serta vaksin profilaktik.

Sino Biological newly launched a panel of research reagents for SARS-CoV-2 Omicron variant (B.1.1.529), including includes recombinant Omicron Spike proteins (RBD, S1, and S-ECD trimer), monoclonal antibodies recognizing the Omicron Spike protein, and the Omicron pseudovirus assay CRO service.
Sino Biological newly launched a panel of research reagents for SARS-CoV-2 Omicron variant (B.1.1.529), including includes recombinant Omicron Spike proteins (RBD, S1, and S-ECD trimer), monoclonal antibodies recognizing the Omicron Spike protein, and the Omicron pseudovirus assay CRO service.

"Sino Biological mengeluarkan reagen protein pepaku yang penting dalam tempoh 11 hari yang mencatat rekod pada bulan Januari 2020 dan menyokong ribuan saintis dan penyelidik di lebih 70 negara di seluruh dunia untuk kajian COVID-19 mereka yang membawa kepada hampir 1000 penerbitan setakat ini," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Sino Biological Dr. Jie Zhang, "Dengan teknologi platform yang canggih dan kepakaran yang terkumpul selama lebih sedekad, dalam keadaan kesuntukan masa dan pandemik ini, kami berasa sangat gembira kerana dapat mengeluarkan protein RBD Omicron dengan catatan rekod baharu selama 6 hari, antibodi pengikat pepaku dalam 8 hari, pepaku-S1, protein trimer S-ECD dan pseudovirus dalam 10 hari. Kami akan terus memantau mutasi baharu dan memastikan kami menjadikan alat kajian tersedia untuk saintis secepat yang kami mampu."

Sino Biological mengeluarkan senarai reagen kajian yang komprehensif untuk menyokong perjuangan global dalam memerangi pandemik COVID-19 dengan lebih 400 produk reagen protein dan antibodi. Produk protein dan antibodi Sino Biological juga telah digunakan untuk mengeluarkan ujian diagnostik COVID.

Latar Belakang Sino Biological 

Sino Biological ialah pembekal reagen biologi antarabangsa dan penyedia perkhidmatan. Syarikat ini mengkhusus dalam pengeluaran antigen rekombinan dan pembangunan antibodi. Portfolio produk syarikat yang semakin berkembang termasuk lebih 6000 protein rekombinan, 13,000 antibodi, kit cerakinan ELISA, klon ekspresi, medium kultur sel dan alat biologi molekul yang lain. Syarikat ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan yang disesuaikan, memfokuskan terutamanya kepada pengeluaran rekombinan antigen dan antibodi. Sino Biological mengkhusus dalam penyelidikan virologi dan penyakit berjangkit. Koleksi ProVirTM yang baru dilancarkan merupakan bank antigen virus yang terbesar di dunia, membawa lebih 1000 produk virus daripada 350 strain virus.

Kenyataan Pandang ke Hadapan 

Kenyataan tertentu dalam dokumen ini merupakan "kenyataan pandang ke hadapan" dengan pengertian Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada jangkaan semasa pengurusan dan tertakluk kepada ketidaktentuan dan perubahan keadaan. Keputusan sebenar mungkin berbeza daripada keputusan yang dimasukkan dalam kenyataan ini lantaran pelbagai faktor yang tidak dapat di kawal oleh pihak Biological. Sino Biological tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan ini dan tidak berniat untuk berbuat demikian. Maklumat lanjut mengenai faktor-faktor ini terkandung dalam pemfailan Sino Biological dengan Stock Exchange.

Source: Sino Biological, Inc.
Related Stocks:
Shenzhen:301047
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services