![]() |
HOUSTON, 9 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Ascend Performance Materials telah mengumumkan rancangan untuk membeli kemudahan sebatian di San Jose Iturbide, Mexico, meningkatkan jejak global dan memperluas kapasiti pengeluaran untuk bahan reka bentuk berprestasi tinggi.
Perjanjian pembelian ini merangkumi aset DM Color Mexicana, satu usaha sama antara Dainichiseika dengan Mitsubishi Corp. Urus niaga tersebut dijangka dilengkapkan pada suku kedua 2022.
"Kami terus melabur dan mengembangkan perniagaan bahan kejuruteraan kami dengan fokus terhadap pengeluaran serantau," kata Phil McDivitt, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ascend. "Pengambilalihan ini memantapkan jejak kami di Amerika Latin dan membolehkan kami menghasilkan bahan bertaraf dunia yang lebih dekat kepada para pelanggan global kami."
Ascend, sebuah syarikat pengeluar yang bersepadu sepenuhnya bagi bahan reka bentuk yang tahan lama, telah mengembangkan jejak pengeluaran globalnya dengan empat pengambilalihan dalam tempoh tiga tahun yang lalu.
"Kami kekal komited untuk menyokong pertumbuhan dan inovasi pelanggan kami melalui pelaburan yang berterusan dalam jejak pembuatan global kami, pembangunan bahan baharu dan perkhidmatan serta sokongan teknikal yang dipertingkat," kata Isaac Khalil, Naib Presiden Kanan Ascend untuk poliamida.
Butiran perjanjian ini tidak didedahkan.
Tentang Ascend Performance Materials
Ascend Performance Materials mengeluarkan bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Tumpuan kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memberi inspirasi masa depan yang lebih baik melalui inovasi. Berpangkalan di Houston, Texas dan dengan pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami merupakan penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya dengan sembilan kemudahan pembuatan global di Amerika Syarikat, Eropah dan China. Tenaga kerja global kami seramai 2,600 orang menghasilkan bahan, fabrik, gentian dan bahan kimia reka bentuk yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peranti perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar dan pakaian serta barangan pengguna yang lebih tahan lama. Kami komited terhadap keselamatan, kelestarian, keterangkuman dan kepelbagaian serta kejayaan pelanggan dan komuniti kami.
Ketahui lebih lanjut tentang Ascend di www.ascendmaterials.com.
Sila hubungi: Alison Jahn, +1 713-210-9809
ajahn@ascendmaterials.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1326397/ASCEND_Logo.jpg?p=medium600