omniture

Perisian inovatif "CAAS vFFR" Pie Medical Imaging untuk penilaian fisiologi bukan invasif bagi lesi koronari pertengahan iaitu subjek FAST III, ujian klinikal berbilang pusat Eropah yang menyelidik keberkesanan revaskularisasi vFFR berbanding FFR

Pie Medical Imaging
2021-12-09 21:00 58

MAASTRICHT, Belanda, 9 Disember 2021 /PRNewswire/ --  Pie Medical Imaging ("PMI"), sebuah peneraju global dalam pengimejan jantung dan sebahagian daripada Esaote Group, hari ini mengumumkan permulaan bagiFASTIII, sebuah ujian klinikal rawak berbilang pusat yang akan menyelidik penggunaan rizab aliran pecahan saluran berasaskan angiografi (CAAS vFFR) terhadap pesakit yang menjalani prosedur revaskularisasi koronari.

CAAS vFFR for real-time in cathlab non-invasive calculation of lesion significance
CAAS vFFR for real-time in cathlab non-invasive calculation of lesion significance

Ujian FASTIII tersebut yang diketuai oleh Dr. Joost Daemen (pakar kardiologi di Thoraxcenter di Pusat Perubatan Universiti Erasmus, Rotterdam, Belanda) ialah sebuah ujian antarabangsa yang dimulakan oleh penyelidik, dijalankan secara rawak berbilang pusat dan bukan inferioriti yang bertujuan untuk mendaftarkan sejumlah 228 orang pesakit di 7 buah negara Eropah dan 35 buah hospital serta ditaja oleh Institut Penyelidikan Kardiovaskular Eropah (ECRI).

Kajian FAST III tersebut bertujuan untuk menunjukkan bukan inferioriti bagi revaskularisasi berpandukan CAAS vFFR berbanding revaskularisasi berpandukan FFR yang berasaskan wayar invasif konvensional pada pesakit yang menghidap sama ada sindrom koronari stabil atau infarksi miokardium dengan peningkatan segmen bukan ST dan lesi arteri koronari pertengahan.

vFFR boleh menilai sama ada penyempitan arteri koronari adalah teruk dari segi fungsi dan memerlukan rawatan. CAAS vFFR membolehkannya berbuat demikian tanpa memerlukan wayar invasif – yang merupakan sebahagian daripada amalan rutin untuk mengukur kecerunan tekanan (FFR) – dan adenosina.

Ketepatan diagnostik CAAS vFFR yang tinggi yang mengira penurunan tekanan dan nilai vFFR hanya menggunakan imej angiografi sahaja, baru-baru ini telah disahkan oleh hasil kajian FAST I, FAST Extend dan FASTII yang mengesahkan vFFR sebagai sebuah alat yang tepat dan mudah digunakan untuk menilai fisiologi koronari.

"Kami yakin bahawa kajian baharu ini akan membawa kepada penggunaan kaedah yang lebih luas berdasarkan imej angiografi untuk penilaian yang selamat dan tepat terhadap keparahan dan peratusan stenosis arteri" kata René Guillaume, Pengarah Urusan PMI.

Ujian ini dibiayai oleh geran penyelidikan daripada Pie Medical Imaging (Maastricht, Belanda) dan Siemens Healthineers GmbH (Erlangen, Jerman).

Tentang Pie Medical Imaging 

Pie Medical Imaging BV ialah peneraju dunia dalam analisis dan visualisasi imej kardiovaskular di Maastricht (Belanda), ia menjadi tuan rumah jualan global untuk barisan produk CAAS dan 3mensio. PMI dan 3mensio Medical Imaging merupakan sebahagian daripada Esaote Group, peneraju dalam sektor peralatan bioperubatan.  Maklumat lanjut tentang PMI boleh didapati di www.piemedicalimaging.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1704306/CAAS_vFFR_real_time_cathlab.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1511581/PMI__Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Pie Medical Imaging
Keywords: Biotechnology Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries