![]() |
- Vymo dipercayai oleh institusi kewangan global seperti Berkshire Hathaway, AIA, Generali & BNP Paribas untuk meningkatkan produktiviti jualan & keberkesanan penglibatan.
SAN FRANCISCO, 9 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Vymo (https://www.getvymo.com), platform penglibatan jualan yang terkemuka di dunia untuk Institusi Kewangan, telah disenaraikan sebagai Wakil Vendor oleh Gartner®, sebuah syarikat yang menyampaikan wawasan objektif yang boleh dilaksanakan kepada eksekutif dan pasukannya dalam Panduan Pasaran 2021 untuk Aplikasi Penglibatan Jualan. Kami percaya bahawa 13 syarikat global dalam panduan ini diiktiraf atas daya saing, portfolio produk, liputan pasaran & pertumbuhan perniagaan mereka.
Dalam penemuan utamanya, Gartner® menyatakan bahawa, "Para penjual lebih cekap dan produktif menggunakan aplikasi penglibatan jualan kerana ia memudahkan aliran kerja harian seperti melibatkan pembeli dengan bilangan klik yang minimum, memastikan ia adalah teratur dan memudahkan penggunaan CRM." Dalam beberapa tahun yang lalu, Vymo telah memperluas keupayaan produknya untuk menjadi satu-satunya platform penglibatan jualan yang memenuhi keperluan ejen jualan, pengurus & pemimpin perniagaan.
Dengan Vymo,
"Kami memulakan Vymo dengan misi untuk memanfaatkan potensi penuh setiap jurujual - bagi membantu mereka menjadi penasihat yang dipercayai oleh pelanggan dan rakan kongsi mereka. Selepas lebih 60 penggunaan di seluruh dunia, kami telah menunjukkan bahawa perubahan tingkah laku daripada peringkat bawahan hingga pengurusan tertinggi adalah penting untuk memacu pendapatan perniagaan," kata Yamini Bhat, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Vymo. "Kami percaya ungkapan ini mengesahkan masalah yang dihadapi oleh para pemimpin jualan dalam institusi kewangan dan cara aplikasi penglibatan jualan boleh menjadi pengubah keadaan tersebut."
Dapatkan akses percuma kepada penyelidikan lengkap - https://gtnr.it/3lI61Ce
Mengapakah platform penglibatan jualan penting kepada Institusi Kewangan?
Platform penglibatan jualan, seperti Vymo, merakam aktiviti jualan & penglibatan yang dilakukan oleh pasukan jualan jarak jauh atau teragih secara automatik. Vymo menganalisis terabait gabungan aktiviti, interaksi, mesyuarat secara terperinci & metrik saluran untuk terus mencadangkan tindakan terbaik seterusnya untuk para pegawai jualan, pengurus dan ejen. 92% daripada organisasi pembangunan jualan meletakkan platform penglibatan jualan sebagai sesuatu yang kritikal kepada kejayaan pasukan mereka. (Sumber: Gartner)
Pertumbuhan Vymo selama bertahun-tahun
Vymo telah meluaskan operasinya dengan pantas di Asia, Jepun & Amerika Utara berdasarkan pangkalan pengguna yang semakin berkembang di rantau ini. Lebih 250,000 pengguna di lebih 65 institusi perkhidmatan kewangan global seperti AXA, AIA, FE Credit, Berkshire Hathaway, Generali & HDFC Bank menggunakan Vymo merentas sempadan geografi untuk menguruskan jualan & pengedaran.
Jeff Morris, Naib Presiden Pemasaran & Operasi di Berkshire Hathaway Homestate Companies, berkata, "Kami sedang mencari platform jualan yang membolehkan kami memahami dengan lebih baik dan memenuhi keperluan ejen kami sambil membantu wakil pemasaran kami memfokuskan peluang terbaik. Vymo memeriksa semua ruang yang ada dalam pasukan kami. Kami teruja dengan potensi produk ini untuk membantu kami melangkaui jangkaan para ejen kami."
Baru-baru ini, Vymo telah melantik veteran perunding pengurusan global Deepak Keni sebagai Ketua Pegawai Pelanggan, Asia. Sebagai bekas Ketua Pegawai Maklumat merangkap Naib Presiden Eksekutif, Deepak telah mendayakan transformasi digital untuk organisasi-organisasi Fortune 500 di seluruh dunia dalam perkhidmatan perundingan Teknologi Perniagaan dan Jualan.
Penafian Gartner
Panduan Pasaran Gartner untuk Aplikasi Penglibatan Jualan oleh Dan Gottlieb, Shayne Jackson, Ilona Hansen, 9 November 2021.
Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Tentang Vymo
Vymo (https://www.getvymo.com) ialah Platform Penglibatan Jualan yang menjadi pilihan Institusi Kewangan terkemuka di seluruh dunia dan dipercayai oleh lebih 250,000 orang jurujual merentasi lebih 65 buah perusahaan global seperti Berkshire, AIA, FE Credit, Generali, AXA, Sunlife dan HDFC Bank. Platform tersebut menawarkan penyelesaian untuk kakitangan barisan hadapan, pengurus jualan dan pemimpin perniagaan melalui mobiliti, pemahaman dan buku tindakan industri.
Vymo diiktiraf oleh Gartner® sebagai sebuah Cool Vendor 2018 dalam Jualan CRM dan dibiayai oleh Emergence Capital serta Sequoia Capital.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.getvymo.com.
Sumber Berguna
Saksikan Vymo beraksi - https://youtu.be/9saePnvir4M
Terokai platform Vymo- https://www.getvymo.com/request-a-demo/
Panduan Pasaran Gartner® untuk Aplikasi Penglibatan Jualan - https://gtnr.it/3lI61Ce
Hubungan Media
Gunjan Saha
pr@getvymo.com
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1705559/Gartner_vymo.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1026997/Vymo_Logo.jpg?p=medium600