Ecolution Bakal Perkenal Teknologi di Kawasan Bandar St. Paul, MN dan Bandar Berkembar; Tubuhkan Ibu Pejabat Serantau
NAPLES, Florida, 10 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Ecolution Power Company (Ecolution) sebuah syarikat teknologi tenaga bersih, telah menandatangani LOI untuk berkolaborasi dengan Levo Mobility LLC (Levo) untuk membantu mewujudkan bandar pintar pertama yang mencapai emisi karbon sifar bersih. Ecolution merancang untuk melaksanakan bukti konsep Sistem Respons Aktif Modul (Module Active Response System, MARS) di Greenville, SC, berikutan pelancaran teknologinya di Minnesota untuk tahun 2022.
Teknologi MARS Ecolution menuai tenaga kinetik daripada gerabak kereta api bergerak dan treler trak, menjana leketrik bersih yang mampu milik yang dimuat turun ke dalam grid mikro di stesen kereta api, di bangunan-bangunan di bandar, atau diletakkan secara terus ke dalam grid elektrik pusat. Tenaga kinetik bergerak ini juga akan menjadi sumber untuk mengecas bas sekolah elektrik. Terdapat kira-kira 5,000 bas sekolah dan 1,000 bas perbandaran dan transit massa di kawasan lebih luas Minneapolis-St. Paul yang boleh beralih kepada elektrik emisi sifar di masa hadapan.
Melalui usaha sama projek khusus yang mungkin dibiayai oleh Levo, Ecolution merancang untuk membekalkan St. Paul dan kawasan Bandar Berkembar di Minnesota dengan kenderaan elektrik dan stesen pengecas kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh teknologi rel ke grid miliknya.
"Memanfaatkan kuasa tenaga bersih adalah penting untuk membina masa depan yang mampan untuk bandar kita," kata Datuk Bandar Melvin Carter. "Tatkala kami meneruskan kerja penting ini, kami menantikan peluang untuk mengalu-alukan Ecolution ke dalam komuniti kami."
"Kereta api menggunakan tenaga yang amat banyak. Teknologi kami mengitar semula tenaga tersebut, dan dalam proses itu mengurangkan kos elektrik dan emisi karbon," kata Johanne Medina Then, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Ecolution. "Proses transformatif ini kini menjadi kenyataan dengan sokongan rakan kongsi kejuruteraan kami, Day & Zimmermann dan KTM Engineering di South Carolina."
Ecolution baru-baru ini melaksanakan surat hasrat yang tidak mengikat dengan Levo yang mana Ecolution akan mendapatkan sehingga $30 juta modal daripada Levo untuk membiayai pembelian bas elektrik dalam fasa satu projek Minnesota. Ecolution kini dalam proses untuk menubuhkan ibu pejabat di St. Paul.
"Levo komited untuk mengurangkan pemisi CO2 dengan memanfaatkan teknologi dan menyediakan pendekatan yang mampu milik dan mudah untuk elektrifikasi. Kami menguruskan keseluruhan proses hujung ke hujung untuk pelanggan kami supaya mereka boleh mengelektrifikasi dengan cepat dan yakin," kata Maggie Clancy, ketua pegawai komersial Levo. "Bekerjasama dengan Ecolution membantu kami memenuhi misi kami dengan cara yang baharu dan inovatif, dan kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan Ecolution Power Company dan Bandar St. Paul untuk mencapai matlamat mereka."
"Semua laluan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih mesti melalui sektor pengangkutan," kata Craig Bouchard, pengasas bersama & pengerusi eksekutif Ecolution. "Perkongsian ini mewujudkan rangka tindakan bagaimana kawasan metropolitan utama boleh mencapai matlamat karbon sifar bersih."
Latar Belakang Ecolution Power Company
Ecolution sedang berusaha untuk menjadi sumber tenaga bersih terbesar industri pengangkutan global. Sejak penubuhannya pada 2016, pasukan usahawan berpengalaman syarikat milik minoriti itu membangunkan dan mempatenkan kaedah inovatif mengitar semula tenaga kinetik 'terbuang' daripada kenderaan bergerak yang dinamakan MARS, yang dicipta oleh CTO dan Pengasas Bersama Johnny Then Gautier. Tidak seperti brek regeneratif, teknologi ini tidak memerlukan enjin. Pembangunan prototaip itu akan membolehkan perbandaran, syarikat kuasa dan logistik menilai faedah ciptaan ini. Pelabur utama dalam Ecolution Power Company ialah Brown Venture Group, LLC yang merupakan firma modal teroka khusus untuk syarikat pemula teknologi Mereka Berkulit Hitam, Latin dan Orang Asli. Untuk maklumat lanjut, lawati www.ecokwh.com
Latar Belakang Levo Mobility LLC
Levo Mobility LLC (Levo) ialah usaha sama yang dibentuk oleh Nuvve Holding Corp. (NASDAQ: NVVE), Stonepeak Partners, dan Evolve Transition Infrastructure LP (NYSE: SMNP) yang menyediakan penyelesaian Kumpulan Kenderaan sebagai Perkhidmatan (FaaS) yang membolehkan kumpulan kenderaan beralih kepada kenderaan elektrik (EV) dengan pantas - tanpa kos pendahuluan dan mempunyai pilihan pembiayaan penuh. Dengan bayaran tetap yang sama rata, Levo menyediakan sokongan siap guna termasuk perancangan tapak, perkhidmatan pembinaan, penempatan EV yang didayakan kenderaan ke grid (V2G) dan infrastruktur pengecasan yang berkaitan, serta penyelenggaraan dan perkhidmatan pengurusan tenaga V2G untuk memindahkan kumpulan kenderaan pelanggan dengan lancar kepada elektrik sambil mengurangkan jumlah kos operasi EVnya. Levo menggabungkan teknologi V2G proprietari Nuvve, perkongsian OEM EV dan kepakaran dalam elektrifikasi pengangkutan dengan modal yang besar dan sumber tambahan daripada Stonepeak dan Evolve untuk merapatkan jurang antara keperluan untuk mengelektrifikasikan pengangkutan dan pelaburan pendahuluan yang besar yang diperlukan untuk berbuat demikian. Misi Levo adalah untuk menjadi rakan kongsi semua-dalam-satu untuk elektrifikasi kumpulan kenderaan dan pada masa yang sama menyepadukan EV ke dalam grid dengan pintar dan meningkatkan penembusan sumber tenaga bersih. Untuk maklumat lanjut lawati www.levomobility.com
Kenyataan Pandang Ke Hadapan
Kenyataan-kenyataan tertentu dalam siaran akhbar ini merupakan "kenyataan pandang ke hadapan." Kenyataan pandang ke hadapan tersebut melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain yang mungkin menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Nuvve Holding Corp. berbeza secara material daripada sebarang keputusan, prestasi atau pencapaian masa depan yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan pandang ke hadapan tersebut. Sebarang kenyataan yang merujuk kepada jangkaan atau pencirian lain bagi peristiwa, keadaan atau keputusan masa hadapan ialah kenyataan pandang ke hadapan. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan keputusan masa depan sebenar dan peristiwa masa depan yang lain berbeza secara material daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan termasuk tetapi tidak terhad kepada yang dinyatakan di bawah tajuk "Kenyataan Pandang Ke Hadapan" dan "Faktor Risiko" dalam pemfailan Nuvve dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), termasuk Laporan Suku Tahunannya pada Borang 10-Q untuk suku berakhir 30 September 2021 yang difailkan dengan SEC pada 12 November 2021 dan dalam laporan lain yang Nuvve telah failkan dan akan failkan dari semasa ke semasa kepada SEC. Nuvve tidak bertanggungjawab untuk mengeluarkan secara terbuka sebarang semakan kepada mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.