omniture

Coty Inc. Akan Mengadakan Siaran Web untuk Keputusan Kewangan Suku Keempat Tahun Fiskal 2013 dan Setahun Penuh pada 17 September 2013

Coty Inc.
2013-09-10 22:46 112

NEW YORK, 10 September 2013 /PRNewswire/ -- Coty Inc. (NYSE: COTY) akan mengeluarkan keputusan kewangan suku keempat tahun fiskal 2013 dan setahun penuh sebelum pembukaan pasaran ekuiti AS pada pagi hari Selasa, 17 September 2013.

Pada tarikh itu, pada pukul 9:30 pagi Waktu Timur, Syarikat itu akan mengadakan siaran web untuk panggilan persidangannya yang membincangkan keputusan, pandangan untuk masa hadapan, dan kemajuan korporat terbaharu. Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif, dan Sergio Pedreiro, Ketua Pegawai Kewangan, akan mengendalikan panggilan itu.

Sesiapa yang ingin mengakses siaran web itu boleh berbuat demikian di http://investors.coty.com. Siaran web itu akan diarkibkan dalam laman web itu.

Tentang Coty Inc.
Coty ialah peneraju memuncul dalam bidang kecantikan dengan hasil bersih bernilai $4.6 bilion untuk tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2012. Diasaskan di Paris pada tahun 1904, Coty ialah syarikat kecantikan fokus perniagaan tunggal dengan portfolio yang terdiri daripada wangian, kosmetik warna dan produk penjagaan kulit dan tubuh terkemuka yang dijual di lebih 130 negara dan wilayah. Produk yang ditawarkan oleh Coty termasuklah jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

Untuk maklumat tambahan tentang Coty Inc., sila lawati www.coty.com

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
NYSE:COTY
Related Links:
Keywords: Retail Conference call announcements Earnings