omniture

Olay meraikan keberanian yang ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan dengan filem yang mempamerkan keberanian mereka sebagai sebahagian daripada kempen baharu

Filem dan kempen ini adalah tanda terima kasih dan penghargaan atas usaha dan khidmat mereka untuk melindungi masyarakat daripada COVID-19
Procter & Gamble
2021-12-10 18:26 83

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Jenama produk penjagaan kulit, Olay, hari ini mengumumkan pelancaran kempen penghargaan baharu untuk pekerja penjagaan kesihatan di Malaysia sambil mereka meneruskan perjuangan menentang COVID-19. Ia telah melancarkan sebuah filem baharu sebagai tanda penghormatan kepada keberanian mereka yang bekerja di barisan hadapan penjagaan kesihatan di tengah-tengah wabak ini. Kempen ini adalah tanda terima kasih dan penghargaan dari Olay atas kerja keras dan dedikasi yang ditunjukkan oleh para pekerja  barisan hadapan penjagaan kesihatan. 


Filem ini melihat perjuangan berterusan para petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan yang masih dihadapi mereka setiap hari dan bagaimana mereka terjejas sejak semuanya bermula. Walaupun dunia menjangkakan pembukaan semula dan pemulihan kepada kehidupan biasa, pekerja penjagaan kesihatan masih sibuk menangani gelombang jangkitan berikutnya yang terus melanda. Filem ini mempamerkan ketabahan pekerja penjagaan kesihatan walaupun mereka terpaksa menanggung pengorbanan peribadi dengan usaha gigih mereka untuk menjaga dan membantu pesakit sehingga pulih.

Dengan penggunaan rakaman sinematik dan kejadian sebenar, filem ini menggambarkan pekerja penjagaan kesihatan dalam pelbagai situasi, serta keadaan fizikal dan emosi mereka seperti kesunyian, keletihan, dan menghadapi tekanan yang kuat. Filem ini turut mengetengahkan banyak ketakutan yang mereka hadapi – daripada ketakutan tidak mempunyai katil yang mencukupi, kepada ketakutan membawa pulang virus kepada keluarga mereka.

Sambil filem ini berterusan, ia menyorotkan perbandingan antara keletihan dan ketakutan dengan keberanian dan daya ketahanan untuk meneruskan. Filem ini meraikan bagaimana walaupun dengan menghadapi begitu banyak ketakutan setiap hari, para pekerja barisan hadapan penjagaan kesihatan masih tetap teguh. Ia juga menggariskan bagaimana mereka menunjukkan pengorbanan dan dedikasi tanpa perasaan takut, demi rasa tanggungjawab mereka kepada masyarakat serta keluarga dan rakan-rakan mereka. 

"Para pekerja barisan hadapan penjagaan kesihatan kita telah menunjukkan berkali-kali kepada kita kekuatan dan daya ketahanan mereka dalam menghadapi wabak ini. Olay kekal komited kepada wira barisan hadapan kita, kita percaya bahawa kita harus meraikan para petugas berani seperti mana yang kita lakukan di awal permulaan COVID-19. Filem ini turut mengetengahkan tentang usaha mereka yang tidak  putus untuk melindungi masyarakat dan peranan penting yang mereka mainkan dalam sistem penjagaan kesihatan kita.", kata Sahil Sethi, Ketua Komersial, Olay Malaysia, Singapura & Vietnam.

Jenama itu juga akan meminta penggunanya untuk mencalonkan petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan dalam hidup mereka, yang mereka percaya patut diraikan juga. Melalui kempen media sosial yang akan berlangsung di pertengahan Disember 2021 dan seterusnya di halaman Facebook dan Instagram Olay, jenama itu akan mengesahkan pencalonan dan menghantar pakej penjagaan kepada pekerja penjagaan kesihatan yang terpilih. Perincian tentang pencalonan dan hashtag kempen akan diumumkan berdekatan tarikhnya nanti.

Olay telah bekerjasama dengan GOODSTUPH Thailand untuk pembikinan filem ini. Pasukan penerbitan menekankan bahawa lebih banyak masa yang mereka luangkan bersama petugas barisan hadapan, lebih banyak pasukan itu menyedari erti sebentar keberanian.

"Setiap kisah tentang petugas barisan hadapan di tengah-tengah wabak Covid-19 ini begitu mendalam, penting dan penuh emosi. Saat yang sangat menyentuh bagi saya adalah ketika sedang mengerjakan salah satu adegan dan salah seorang pelakon mula menitiskan air matanya. Beliau mengatakan bahawa adegan itu terlalu menyentuh hatinya, dan  beliau teringatkan dan merindui keluarganya di rumah.", tambah Clare Chong, pengarah filem itu.

Untuk menonton filem sepenuhnya, sila layari: https://youtu.be/qgS2qF8nugc.

Penghargaan

Agensi: GOODSTUPH Thailand
Pengarah Kreatif Eksekutif: Jeremy Chia & Fajar Kurnia
Pereka bentuk: Suthida Hochueai, Kullanan Wongrawiwan
Pengarah Akaun: Antonia Tan
Penerbitan: Directors Think Tank Pte Ltd
Pengarah: Clare Chong
Pengarah Eksekutif: Pat Singh
Penerbit: Shu Ying
Pos-Produksi: Tank 3 (Malaysia)
Pos-Produksi Audio: VooDoo Hack / DTT Audio

#WeWillGlowOn

Mengenai Olay

Olay ialah peneraju dunia dalam penjagaan kulit dan telah dipercayai oleh wanita selama lebih 65 tahun. Olay terus berpegang pada falsafah asasnya: untuk mengekalkan pemahaman mendalam tentang keperluan wanita yang berubah-ubah dan menawarkan produk yang disokong oleh sains unggul yang memenuhi keperluan tersebut. Pengguna wanita telah menjangkakan prestasi produk unggul ini daripada Olay, kerana ia membuatkan kulit yang kelihatan sihat dan cantik untuk lebih 80 juta wanita di lima benua.

Mengenai Procter & Gamble:

P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan salah satu portfolio terkuat bagi jenama yang dipercayai, berkualiti, jenama peneraju, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G merangkumi operasi di kira-kira 70 negara di seluruh dunia.

Source: Procter & Gamble
Keywords: Computer/Electronics Fashion Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail Corporate Social Responsibility