omniture

Perkongsian Quectel dan Point One cipta modul GNSS berkejituan tinggi yang amat berpatutan, kecil dan mudah digunakan yang mengintegrasikan RTK untuk aplikasi pasaran besar-besaran

Quectel
2021-12-13 09:22 220

SAN FRANCISCO, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal bertaraf global bagi modul dan antena IOT serta Point One Navigation, peneraju bagi teknologi lokasi jitu, hari ini mengumumkan LG69T-AM, penambahan terkini kepada Siri Modul GNSS LG69T. Enjin penentududukan Point One memberi kuasa kepada LG69T-AM dan mengupayakan ketepatan global paras-sentimeter dengan mengintegrasikan GNSS imbuhan dalam modul yang berpatutan lagi mudah digunakan dengan API sumber-terbuka.

Modul GNSS LG69T-AM menampilkan platform penerima penentududukan TeseoV STMicroelectronics dengan 80 pengesanan dan 4 saluran pemerolehan pantas yang serasi dengan GPS, GLONASS, Galileo, BeiDou, QZSS dan NAVIC. LG69T-AM memanfaatkan teknologi RTK dan SSR Point One untuk ketepatan paras-sentimeter dan masa penumpuan yang sangat pantas. Ia direka bentuk untuk penyepaduan pantas dengan modifikasi e-BOM minimum dan amat sesuai untuk penerimaan pasaran besar-besaran tanpa memerlukan pemproses bersama luaran yang mahal. Ekoran saiz pakejnya yang kecil, ringan dan penggunaan kuasa yang sangat baik, ia sesuai untuk aplikasi seperti mobiliti mikro dan pertanian jitu.

Dibenamkan dalam LG69T-AM ialah FusionEngine Point One dan pelanggan perkhidmatan pembetulan Polarisnya. Polaris ialah perkhidmatan pembetulan GNSS Point One yang menyerlahkan lebih baik daripada ketepatan mutlak 10cm dengan jejak seluruh negara di AS dan liputan di seluruh Eropah. Ia menawarkan pelbagai pilihan sambungan termasuk penghantaran melalui selular dan Jalur-L. Rangkaian ini dibina khas untuk pelanggan pertanian jitu dan termasuk anti-jam termaju, pengurangan gangguan, keselamatan hujung-ke-hujung dan pemantauan integriti automatik yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana penyedia lain. LG69T-AM juga serasi dengan perkhidmatan pembetulan berasaskan standard.

"Quectel gembira untuk bekerjasama dengan Point One Navigation bagi menyampaikan penyelesaian GNSS jitu yang berprestasi tinggi dan mudah digunakan," kata Mark Murray, Naib Presiden Jualan untuk GNSS dan Automotif di Quectel Wireless Solutions. "LG69T-AM, berserta FusionEngine Point One dan Polaris membawakan penyelesaian yang benar-benar mengubah keadaan kepada pasaran."

"Rangkaian lengkap penawaran Point One mengupayakan lokasi yang tepat untuk apa-apa sahaja yang bergerak dalam dunia sebenar. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Quectel dan memanfaatkan pengalaman mendalam mereka dalam reka bentuk, sokongan dan penyepaduan modul. Penawaran bersama ini akan mendayakan sistem robotik yang lebih selamat dan lebih berkesan untuk aplikasi pasaran besar-besaran yang sebenar," kata Aaron Nathan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Point One Navigation.

Latar Belakang Quectel 

Kesungguhan Quectel terhadap dunia yang lebih pintar mendorong kami untuk mempercepatkan inovasi IoT. Sebuah organisasi yang amat bertumpu pelanggan, kami mencipta modul dan antena selular dan GNSS berkualiti tinggi yang disokong oleh sokongan dan perkhidmatan yang cemerlang. Pasukan global kami yang semakin berkembang dengan lebih 3000 ahli profesional membantu kami mengurangkan masa pembangunan dan memastikan penyerahan produk kami yang pantas ke pasaran. Tersenarai di Shanghai Stock Exchange (603236.SS), kepimpinan antarabangsa kami dikhususkan untuk memajukan IoT ke serata dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Quectel di quectel.com

Latar Belakang Point One Navigation 

Kenderaan, peralatan dan peranti masa depan memerlukan pengetahuan yang jitu mengenai lokasinya agar selamat dan berkesan dalam dunia sebenar. Point One menyampaikan penyelesaian penentududukan tepat pertama yang menjimatkan kos dan berfungsi di mana-mana sahaja. Navigasi satelit, visi komputer dan gabungan sensor membentuk asas untuk platform lokasi Point One. Point One dapat mengatasi pilihan lain dengan menggandingkan dengan ketat kekuata modaliti sensor yang berbeza dan menggunakan data proprietari dengan pintar. Point One beribu pejabat di San Francisco, California. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Point One di pointonenav.com

Source: Quectel
Related Stocks:
Shanghai:603236
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Semiconductors Telecommunications Licensing/marketing agreements