omniture

Pakar Perubatan di Pusat Perubatan St. David Antara Yang Pertama Dalam Negara Yang Mengimplan Teknologi Neurostimulator Untuk Kegagalan Jantung Lanjutan

St. David’s Medical Center
2021-12-13 10:08 35

AUSTIN, Texas, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Doktor di Pusat Perubatan St. David baru-baru ini menjadi antara yang pertama di A.S. untuk mengimplan teknologi neurostimulator baharu bagi membantu merawat kegagalan jantung lanjutan. Sistem Barostim ialah satu-satunya teknologi yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) untuk menggunakan sistem saraf bagi mengawal kegagalan jantung dan meningkatkan fungsi sistem kardiovaskular.

Sistem ini menampilkan peranti boleh diprogramkan yang diletakkan di bawah tulang selangka pesakit dan menghantar denyutan elektrik kepada baroreseptor yang mengesan perubahan tekanan pada arteri karotid. Ini mencetuskan barorefleks iaitu refleks kardiovaskular utama badan yang menyebabkan tindak balas autonomi atau luar kawalan kepada jantung.

"Apabila peranti tersebut diaktifkan, ia menghantar impuls melalui elektrod ke reseptor dalam arteri karotid, " kata Dr. Jeffrey Apple, seorang pakar bedah vaskular berkelulusan Pakar Bedah Kardiotorasik dan Vaskular yang melakukan prosedur tersebut di Pusat Perubatan St. David. "Ini memperdayakan badan untuk berfikir bahawa sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik berfungsi dengan betul. Otak kemudiannya akan bertindak balas dan menghantar mesej kepada badan bahawa jantung berfungsi dengan baik. Ini mengendurkan saluran darah, memperlahankan kadar denyutan jantung dan mengurangkan bendalir di dalam badan."

Terapi ini direka untuk memulihkan keseimbangan bagi sistem saraf autonomi dan seterusnya mengurangkan gejala kegagalan jantung.

"Pendekatan terhadap kegagalan jantung ini direka untuk meningkatkan kualiti kehidupan pesakit, termasuklah mereka yang kekal bergejala walaupun mengambil ubat-ubatan dan tidak mempunyai pilihan bagi terapi berasaskan peranti yang lain," kata Andrea Natale, M.D., F.A.C.C., F.H.R.S., F.E.S.C., pakar elektrofisiologi jantung merangkap Pengarah Perubatan Eksekutif Institut Aritmia Jantung Texas di Pusat Perubatan St. David. "Ia membolehkan mereka menjalani kehidupan seharian mereka dengan batasan yang kurang lagi."

Hubungan Media:
Matt Grilli
Perhubungan Awam Elizabeth Christian
MGrilli@EChristianPR.com
512-498-3192

 

 

Source: St. David’s Medical Center
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services