omniture

Pegawai Bendera Kanan Daripada Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pengawal Pantai Vietnam yang Baru Ditugaskan akan Menyertai Persidangan Pengawasan Pantai Tahunan ke-10 di Singapura

Defence IQ
2013-09-11 15:03 159

SINGAPURA, 11 September 2013 /PRNewswire/ -- Berikutan operasi maritim berprofil tinggi terbaharu di luar pantai Timur Sabah, Laksamana Muda Dato' Pahlawan Mohammad Rosland Omar, Komander, Kawasan Tentera Laut Dua, Tentera Laut Diraja Malaysia, bakal memberikan ucapan dasar di Persidangan Pengawasan Pantai Tahunan ke-10 di Singapura mulai 11-13 November. Dato' Rosland Omar menyertai Kolonel Kanan Tran Van Nam, Timbalan Komander rantau daripada pasukan Pengawal Pantai Vietnam yang baru ditugaskan sebagai pegawai tentera laut kanan berprofil tinggi terbaharu yang menyertai acara itu.

Kerjasama antara agensi, keselamatan maritim, dan ancaman bukan tradisional merupakan antara titik perbincangan penting pada persidangan itu, dengan penyertaan dan kehadiran lebih 250 delegasi. Persidangan itu juga akan membawa bersama pembentangan pegawai bendera utama daripada organisasi penting termasuk MMEA, Tentera Laut Diraja Thailand, Tentera Laut Indonesia, Tentera Laut Filipina, Pengawal Pantai Filipina, Bakorkamla, Angkatan Tentera Laut EU dan Tentera Laut AS.

Persidangan Pengawasan Pantai itu juga akan membenarkan pemain industri mempamerkan penyelesaian mereka tahun ini untuk pasaran keselamatan dan pengawasan maritim yang semakin bertumbuh di rantau Asia Pasifik. Bercakap tentang acara itu, "[Pengawasan Pantai] telah bertambah baik tahun demi tahun…[Memang] bagus kalau dapat tahu tentang peralatan dan teknologi yang semakin canggih bagi mendapat MDA," kata Laksamana Muda Kruoch Kim Thon, Timbalan Ketua Kakitangan, Tentera Laut Diraja Kemboja. Antara pemain industri yang sudah menyertai untuk bercakap dan mempamer tahun ini termasuklah Cassidian, Kevin Hughes, SSC, SAAB, RUAG, Kongsberg, Thales, IAI, Damen, Esri, Navantia dan banyak lagi.

Sebagai sebahagian daripada pertunjukan tahun ini, Pengawasan Pantai juga akan melancarkan acara Pencarian dan Menyelamat Maritim untuk Satu Hari pada 11 November, membawa bersama sejumlah lebih 300 delegasi dalam masa tiga hari.

Untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh menyertai acara penting ini, sila e-mel kepada enquiry@iqpc.com.sg atau lawati www.coastalsurveillancemda.com

Susy Angryany
IQPC Worldwide Pte Ltd
61 Robinson Road #14-01
Robinson Centre Singapore 068893
Tel: +65-6722-9388

Source: Defence IQ
Keywords: Aerospace/Defense Maritime/Shipbuilding Transportation Trade show news