omniture

918 Spyder Mengungguli Kemunculan Pertama Dunia dengan Rekod Pusingan Nurburgring

Porsche Holding SE
2013-09-11 15:23 104

STUTTGART, Jerman, 11 September 2013 /PRNewswire/ --

Kereta sport super yang dilengkapi dengan pemanduan hibrid melengkapkan litar Nurburgring Nordschleife dalam masa 6.57 minit

Sebagai kenderaan pertama dengan penghomologan jalan global, kereta Porsche 918 Spyder* telah berjaya melengkapkan pusingan sejauh 20.6 kilometer pada litar Nurburgring Nordschleife dalam masa kurang tujuh minit. Dengan masa sebenar enam minit dan 57 saat, kereta sport super itu yang dilengkapi dengan pemanduan hibrid mengambil masa 14 saat lebih pantas berbanding rekod terdahulu. Wolfgang Hatz, ahli Lembaga Pengurusan Porsche AG yang bertanggungjawab untuk Penyelidikan dan Pembangunan, berkata seperti berikut: "Banyak yang kami janjikan dengan kereta 918 Spyder ini, khususnya menakrif semula nikmat pemanduan, kecekapan dan prestasi. Kami telah mengotakan janji kami."

 (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130910/638615 )

Seperti kebiasaan Porsche, kereta 918 Spyder itu juga sedang meneraju arah untuk generasi masa hadapan sebagai yang terkini dalam rangkaian kereta sport super. Kini ia sedang membuat kemunculan pertamanya di Pertunjukan Motor Antarabangsa (IAA). Dengan rupa uniknya, model itu mengadunkan dinamik pemanduan maksimum dengan penggunaan bahan api minimum. Dengan menggenggam rekod Nurburgring, kereta sport itu sedang menunjukkan potensi besar yang terletak dalam konsep hibrid cucuk palam rintis Porsche, dan ia menguatkan lagi peranan peneraju yang dipegang oleh syarikat itu apabila bercakap soal pembangunan kenderaan hibrid bergaya. "Penghibridan radikal pada 918 Spyder sejak mula lagi ialah apa yang memungkinkan rekod pusingan ini" kata Dr. Frank Walliser, ketua projek 918 Spyder. "Masa pusingan pada litar Nordschleife ialah dan masih kekal sebagai ukuran paling sukar untuk kereta sport super. Dengan mencatat masa 6.57 minit, kami mencapai hasil keputusan yang membuat semua orang dalam pasukan pembangunan dan Porsche secara keseluruhannya layak berasa bangga."

Rekod itu, yang dipertahankan sebelum ini selama empat tahun, malah telah dipecahkan semasa percubaan pertama dalam pandu uji pada pagi 4 September. Kesemua tiga pemandu, bekas Juara Rali Eropah Walter Röhrl, pemandu pandu uji Porsche Timo Kluck dan pemandu kilang Porsche Marc Lieb – mencatat masa lebih pantas berbanding rekod sedia ada dengan setiap pusingan dan memandu dua model 918 Spyder yang digunakan, dan mencatat masa kurang tujuh minit sebanyak beberapa kali. Akhirnya, Marc Lieb yang mencatat masa terpantas paling unggul iaitu 6.57 minit, memandu pada kelajuan purata 179.5 km/j, seperti yang diukur oleh Wige Solutions. Marcus Schurig, ketua editor majalah kereta sport "sport auto", berada di tempat itu sebagai pemerhati objektif untuk pusingan yang memecahkan rekod itu. Kedua-dua kereta sport itu, yang memberikan output sebanyak 887 bhp (652 kW), dilengkapi dengan "pakej Weissach" pilihan bagi meningkatkan dinamik pemanduan dan memecut dengan tayar Michelin standard yang dibina khas untuk 918 Spyder.

* 918 Spyder: penggunaan bahan api tergabung: 3.3-3.0 l/100 km; penggunaan tenaga tergabung: 12.5-13.0 kWh/100 km; pengeluaran gas CO2: 79-70 g/km

Nota:  Imej yang berkaitan dengan pusingan rekod oleh 918 Spyder disediakan untuk wartawan diakreditasi daripada pangkalan akhbar Porsche di https://presse.porsche.de.

Gambar boleh didapati melalui agensi foto akhbar epa european (http://www.epa.eu/) dan boleh dimuat turun secara percuma di: http://ots.de/NWlVc

Gambar yang disertakan dengan siaran ini juga boleh didapati di suapan AP PhotoExpress menggunakan ref# PRN14

Perhubungan Awam dan Akhbar

Pengarah Produk & Akhbar Teknikal, Thomas Becki, Telefon: +49-(0)711-911-24-628, E-mel: thomas.becki@porsche.de

Sumber: Porsche Holding SE

Source: Porsche Holding SE
Keywords: Auto Sports Transportation Awards