Rangkaian DOOH Premium, Solmate, telah memilih Hivestack sebagai Platform Bahagian Bekalannya (SSP) untuk menawarkan sasaran khalayak yang tiada tandingan kepada pembeli programatik di seluruh Taiwan
TAIWAN dan MONTREAL, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Solmate Media, pemilik media DOOH perintis di Taiwan, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Hivestack, syarikat teknologi pengiklanan bebas bagi digital luar rumah (DOOH) programatik yang terkemuka di dunia. Kerjasama ini akan membentuk penyelesaian DOOH yang benar-benar programatik yang pertama di pasaran, menawarkan peluang kepada jenama tempatan dan global, agensi dan saluran omni DSP untuk membeli dan mengaktifkan inventori DOOH secara programatik dengan memanfaatkan SSP Hivestack melalui transaksi Pertukaran Terbuka dan Pasaran Swasta (PMP).
Solmate Media dimiliki oleh Eastern Media Group, salah sebuah kumpulan terbesar yang berpangkalan di Taiwan terutamanya dalam media dan e-dagang yang merangkumi ETtoday dan ETMall. Solmate kini mempunyai 6,000 skrin digital premium dalam salun-salun rambut mewah di seluruh Taiwan, dengan perancangan untuk meningkatkannya kepada lebih 10,000 menjelang akhir tahun 2022. Skrin Solmate yang sangat penting bagi rakan-rakan permintaan yang ingin mengaktifkan programatik di Taiwan, didayakan dan disepadukan dalam cermin pelanggan di salun-salun rambut terkemuka, yang bermaksud luangan masa melebihi 60 minit - peluang yang benar-benar unik bagi pengiklan untuk menyasarkan penonton dengan kandungan video terus menerus. Teknologi Solmate juga menyepadukan pengecaman wajah yang bermaksud para pembeli boleh mendorong keberkesanan tambahan.
Kerjasama ini merupakan yang pertama bagi pasaran Taiwan dan akan memainkan peranan penting dalam memacu penerimagunaan DOOH programatik yang dipercepat di pasaran Taiwan. Skrin digital Solmate yang sangat maju dan interaktif yang menghasilkan tera bulanan selama 60 minit akan memanfaatkan agensi dan DSP saluran omni dalam mengewangkan inventori DOOH premium mereka dengan memanfaatkan khalayak tersuai dan penyasaran saluran omni melalui SSP Hivestack.
Troy Yang, Pengarah Urusan Hivestack, Asia Utara berkata: "Ini merupakan detik yang menarik untuk mengumumkan kerjasama Platform Bahagian Bekalan (SSP) pertama kami di Taiwan - langkah awal dalam pelancaran pasaran kami yang mengagumkan. Solmate Media merupakan rakan kongsi yang ideal dengan rangkaian skrin dalam salun rambut premium yang menawarkan keupayaan sasaran yang tiada tandingan untuk pengiklan tempatan dan global. Hivestack mempelopori pasaran Taiwan untuk DOOH programatik dan kami teruja untuk meningkatkan bekalan inventori premium, memberikan peluang kepada rakan kongsi permintaan kami untuk pembelian luar masuk ke Taiwan dari seluruh dunia, secara global."
Yaw Ren Tsai, Ketua Pegawai Eksekutif Solmate Media berkata: "Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Hivestack di Taiwan dan berharap dapat memperluaskan kehadiran DOOH kami di pasaran tempatan. Dengan memanfaatkan teknologi Hivestack yang terkemuka di pasaran dan rangkaian skrin DOOH premium kami, kami boleh meningkatkan kesedaran terhadap saluran DOOH programatik dan berhubung dengan lebih baik dengan pasaran global."
Taiwan telah menjana pendapatan daripada pengiklanan luar rumah (OOH) berjumlah $172 juta pada tahun 2021 dan jumlah tersebut disasarkan akan meningkat sebanyak 12% tahun ke tahun bagi tahun 2022. Teknologi DOOH programatik akan memacu pertumbuhan dalam saluran ini dan telah berkembang pesat di seluruh rantau Asia Pasifik.
Tentang Hivestack
Hivestack ialah sebuah syarikat teknologi pemasaran global terbesar yang bebas sepenuhnya dan serba lengkap yang memperkasa sisi jual beli pengiklanan programatik digital luar rumah (DOOH). Hivestack telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan ibu pejabat di Montreal, Kanada dan beroperasi di lebih 25 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari hivestack.com atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter dan Facebook @hivestack.
Tentang Solmate Media
Solmate Media telah diasaskan di Taipei pada bulan Julai 2015, yang merupakan saluran Digital Luar Rumah (DOOH) yang sedang pesat membangun. Ia mengguna pakai teknologi untuk membantu pemasaran, menggabungkan analisis data raya dengan pangkalan datanya sendiri untuk mencipta perkhidmatan media baharu dan memecahkan batasan media tradisional. Dengan sokongan teknikal pasukan R&D, sistem ini dioptimumkan secara berterusan untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan lebih dekat dengan nadi pasaran, menukarkan industri media di luar rumah.
Keterangan Meta: Solmate Media, salah sebuah syarikat teknologi pengiklanan media terbesar di Taiwan telah memilih Hivestack sebagai Platform Bahagian Bekalan (SSP) syarikatnya untuk menawarkan sasaran khalayak bagi pembeli programatik di Taiwan.
Kata kunci Meta: Solmate Media, Digital Luar Rumah Taiwan, Pengiklanan Taiwan, platform Bahagian Bekalan Taiwan, Hivestack Taiwan, Hivestack China, sasaran Khalayak
Tajuk perkongsian sosial: Kerjasama antara Hivestack dan Media Solmate membawa DOOH programatik ke Taiwan buat kali pertama
Keterangan perkongsian sosial: Perkongsian ini menawarkan peluang kepada jenama tempatan dan global, agensi dan saluran omni DSP untuk membeli dan mengaktifkan inventori DOOH programatik di Taiwan dengan memanfaatkan SSP Hivestack.
Hubungan media: Ginny Bourne, Pengarah Komunikasi Global, Hivestack, ginny@hivestack.com; Hubungan media: Sandy Chen, Pengarah Projek, Solmate, sandy.chen@solmate.cc