omniture

Nobu Hospitality Mengumumkan Pembukaan Sebuah Hotel dan Restoran Baharu di Pusat Tumpuan Gastronomi di Sepanyol

Nobu Hospitality
2021-12-14 03:54 39

Hotel dan Restoran Nobu San Sebastián

NEW YORK, 14 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Nobu Hospitality, jenama gaya hidup global yang diasaskan oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, mengumumkan hotel dan restorannya yang keempat di Sepanyol – Hotel dan Restoran Nobu San Sebastián.

 

Dengan fokus yang tinggi terhadap masakan, budaya tempatan dan reka bentuk seni bina yang digabungkan dengan gaya selebriti, Nobu mungkin telah menemui impiannya di San Sebastián. Sebagai ibu negara Gipuzkoa, ia merupakan bandar yang memiliki bintang Michelin yang paling banyak bagi setiap meter persegi berbanding tempat lain di dunia, sebagai lokasi atelier Balenciaga yang pertama dan bandar raya yang dianggap oleh Hemingway dengan penuh kasih sayang sebagai rumahnya ketika menulis 'Fiesta'. Sebuah pusat kulinari yang sejati, budaya Desa Basque yang bergunung-ganang di tampilkan seluruh bandar pesisiran pantai ini, dengan para pelawat dijemput untuk berjalan dari bar ke restoran sambil merasai gastronomi bersaiz kecil yang dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai pintxo.

Hotel dan Restoran Nobu San Sebastián yang menghadap Teluk La Concha, dijadualkan bakal dibuka pada bulan Mac 2023, dengan 20 buah bilik dan suite tetamu yang direka secara mewah serta sebuah restoran Nobu berkapasiti 98 buah tempat duduk yang menawarkan pemandangan lautan dan bandar yang panoramik. Hotel yang diubah suai sepenuhnya ini terletak di lokasi Palacio Vista Eder yang terkenal telah dibina pada tahun 1912 dan direka oleh arkitek Sepanyol yang terkemuka iaitu Francisco Urcola.

Millenium Hospitality Real Estate SOCIMI ("MHRE") bekerjasama dengan Nobu Hospitality dalam pembukaan baharu ini. Dengan rangkaian hotel bertaraf lima bintang sedia ada yang berada di seluruh Sepanyol dan Portugal, strategi MHRE memberi penekanan pada pemilihan hartanah dan lokasinya secara teliti. Berdasarkan penjanaan nilai melalui pemerolehan dan penyusunan semula aset hotel, MHRE diuruskan oleh sebuah pasukan profesional pelbagai disiplin yang berprestij dengan pengalaman yang luas dalam pelaburan hotel yang menawarkan portfolio aset yang besar yang sedang beroperasi dan sedang dilakukan penyusunan semula.

Javier Illán Plaza, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Millenium Hospitality Real Estate menyatakan, "Kerjasama dengan Nobu Hospitality serta pelancaran Hotel dan Restoran Nobu San Sebastián seterusnya meletakkan rantau ini pada peta sebagai tempat tumpuan gourmet yang terulung. Saya teruja dapat bekerjasama dengan jenama ini untuk menjadikan pembukaan ini sebagai salah satu peristiwa yang paling menarik negara ini bagi tahun 2023, yang akan diingati oleh penduduk dan pelawat."

Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper berkata, "San Sebastián merupakan lokasi yang menarik untuk jenama ini disebabkan makanan berkualiti tinggi yang menjadi ciri destinasi ini. Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Javier Illán Plaza dalam projek ini serta membuka hotel dan restoran keempat kami di Sepanyol dengan membawa sajian Nobu kepada khalayak baharu penduduk dan pelancong."

Trevor Horwell, Ketua Pegawai Eksekutif Nobu Hospitality mengulas, "Kami benar-benar berbesar hati dapat memasuki Bandar San Sebastián yang terkenal dengan kepelbagaian budayanya dan mercu tanda kecemerlangan gastronomi di Sepanyol.  Hotel dan Restoran Nobu San Sebastián direka bentuk berdasarkan visi hebat daripada rakan kongsi kami, Millenium untuk mewujudkan pengalaman hospitaliti yang sangat istimewa.  Kami tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada komuniti tempatan yang kami hormati."

Video - https://www.youtube.com/watch?v=NFHpv3P9YVM

 

Source: Nobu Hospitality
Keywords: Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Corporate Expansion