omniture

Sean Combs Mengumumkan Panggilan Uji Bakat Global Untuk REVOLT TV

REVOLT TV
2013-09-12 01:45 158

- Penyertaan Video Diterima untuk Panggilan Uji Bakat Terbuka Global "We Want You" melalui Media Sosial Kini Sehingga 30 September

- Nama #1 Terbaharu dalam Muzik akan Dilancarkan pada Bulan Oktober di Time Warner Cable dan Comcast

LOS ANGELES, 12 September 2013 /PRNewswire/ -- Sean Combs, pengasas dan pengerusi REVOLT TV, mengumumkan panggilan uji bakat terbuka hari ini untuk bakat ke udara. Saluran televisyen berbilang platform baharu yang akan dilancarkan pada bulan Oktober sedang mencari peminat muzik antara usia tiga belas tahun hingga dua puluh lima tahun untuk menyertai rangkaian itu. Dalam satu video Instagram yang dimuat naik hari ini, Combs meminta calon menghantar pita uji bakat selama 15 saat yang menerangkan mengapa mereka merupakan REVOLT.

"Saya perlu individu yang berani dan bercakap benda yang benar. Bakat muda. Wajah segar. Sikap yang terbuka," kata Combs. "Saya mahu memperkasakan para pencipta generasi ini dan menunjukkan kepada artis yang ini merupakan saluran mereka."

Penyertaan boleh dimuat naik ke Twitter, Instagram, Vine, Vimeo, Facebook atau YouTube tetapi takkan diterima menerusi e-mel. Dalam penerangan video itu, peserta mesti menggunakan #iamrevolt dan satu lagi hashtag bagi menggambarkan gaya muzik mereka, contohnya #alternative, #EDM, #hiphop. Mereka juga boleh menggunakan ruangan deskripsi atau komen bagi menggambarkan gaya peribadi mereka dan apa-apa inspirasi muzik. Video itu mesti berakhir dengan menuturkan "I Am REVOLT."

Panggilan uji bakat terbuka itu akan ditutup pada 30 September dengan penyertaan semakin dikurangkan sepanjang bulan Oktober. Salah seorang daripada peserta terbaik boleh ditawarkan peluang seumur hidup untuk menyertai REVOLT sebagai hos ke udara. Pengumuman ini mengikuti berita terbaharu yang Amrit Singh telah dinamakan sebagai penyunting muzik dan budaya dan hos serta Sibley Scoles yang juga akan menyertai sebagai hos untuk rangkaian muzik baharu itu. Melalui video muzik, persembahan, temu bual dan berita yang dipilih dan disusun, pasukan bakat ke udara itu akan memberikan yang terbaik dalam muzik kepada rangkaian berbilang platform pertama untuk artis dan peminat – secara langsung, ke udara, dan dengan kepantasan media sosial.

Untuk maklumat lanjut tentang panggilan uji bakat global "We Want You" REVOLT TV, sila lawati: http://youtu.be/FT_VjD9osIE

REVOLT MEDIA & TV
REVOLT, www.revolt.tv, ialah nama #1 baharu dalam muzik. Dilancarkan pada Oktober 2013 di bandar utama termasuk New York, Los Angeles dan Chicago melalui Comcast dan Time Warner Cable, rangkaian berbilang platform itu akan menguatkan lagi pengaruh muzik terhadap seni, budaya dan masyarakat, mewakili berita yang paling penting buat generasi alaf ini.

Dipersembahkan oleh penjana idea hiburan serba boleh Sean "Diddy" Combs, REVOLT dipimpin oleh pasukan eksekutif yang terdiri daripada veteran media yang memenangi anugerah termasuklah Keith Clinkscales (ESPN, Majalah VIBE), Andy Schuon (Ticketmaster, Warner Brothers, MTV) serta Val Boreland (Comedy Central, Lifetime Television).

Berhubung dengan REVOLT sekarang melalui media sosial: Twitter, Instagram, YouTube, Facebook dan Tumblr.

Hubungi:
Kai D. Wright
Naib Presiden/Pengarah Komunikasi
kwright@REVOLT.tv
+1-212-500-2235

Sarah Rothman (42 West)
Sarah.Rothman@42West.net
+1-212-277-7555

Video dengan kapsyen: "Sean Combs Announces Global Casting Call for REVOLT TV". Video boleh didapati di: http://youtu.be/FT_VjD9osIE

Source: REVOLT TV
Related Links:
Keywords: Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Social Media Broadcast feed announcements