omniture

Agensi media terkemuka di dunia bekerjasama dengan Hivestack untuk menyampaikan digital luar rumah (DOOH) programatik untuk pengiklan di Hong Kong

Hivestack Inc.
2021-12-14 20:57 34

Hivestack mengukuhkan perniagaan Platform Sisi Permintaan (DSP) di Hong Kong melalui kerjasama baharu dengan GroupM, Xaxis, Publicis, Havas dan dentsu international Hong Kong 

HONG KONG dan MONTREAL, 14 Disember, 2021 /PRNewswire/ -- Hivestack, syarikat teknologi pengiklanan bebas bagi digital luar rumah (DOOH) programatik yang terbesar di dunia telah dipilih sebagai rakan kongsi digital luar rumah (DOOH) programatik oleh beberapa syarikat pengiklanan dan media global terkemuka termasuk GroupM, Xaxis, Publicis, Havas dan dentsu International Hong Kong.

Pengiklan yang berpangkalan di Hong Kong kini dapat memanfaatkan faedah pembelian programatik, mengaktifkan inventori DOOH programatik premium melalui DSP Hivestack melalui Pertukaran Terbuka dan urus niaga Pasaran Swasta. DOOH programatik merupakan salah satu saluran yang paling pesat berkembang di Hong Kong dan menyediakan peluang penting kepada pembeli media untuk merancang dan menyampaikan kempen mengikut konteks yang disasarkan dan boleh diukur pada skala besar pada seluruh inventori DOOH premium di rantau ini. 

Pengumuman tersebut menyusul selepas pengembangan utama Hivestack bagi bekalan inventori DOOH-nya pada bulan Jun 2021 yang memberikan 210 juta tanggapan bulanan dan seterusnya mengubah cara jenama berhubung dengan penonton pada OOH di seluruh Hong Kong. Sebagai tambahan kepada bekalan DOOH premiumnya di Hong Kong, Hivestack juga akan menawarkan peluang unik kepada rakan kongsi permintaan baharu untuk pembelian luaran dalaman di seluruh China dan dunia disebabkan oleh bekalan globalnya yang terkemuka di pasaran.

Troy Yang, Pengarah Urusan Hivestack Asia Utara berkata: "Kerjasama ini merupakan bukti pertumbuhan peluang DOOH programatik yang berterusan di seluruh Asia Utara, kami berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan pemimpin berpengaruh dalam media dan pengiklanan untuk merintis DOOH programatik di Hong Kong."

"Adalah bagus sekali dapat bekerjasama dengan Hivestack yang terus memacu digital luar rumah (DOOH) programatik di Hong Kong." Kenny Ip, Ketua Pelaburan Hong Kong GroupM

Andy Chung, Pengarah Urusan GroupM – Xaxis & INCA mengulas: "Selain daripada data penindihan & penyasaran semula, salah satu manfaat utama DOOH programatik untuk para pemasar ialah kami boleh menyampaikan iklan skrin digital secara programatik berdasarkan keadaan cuaca pilihan di seluruh himpunan papan iklan luaran digital dengan model penetapan harga CPM. Iklan tersebut boleh diprogramkan untuk berhenti secara automatik apabila hujan turun atau di bawah isyarat taufan yang seterusnya memberikan penjimatan kos kepada para pemasar. Kami dengan sukacitanya mengiktiraf bahawa Hivestack merupakan perintis dan pakar dalam bidang ini yang mampu menghasilkan penyelesaian & ciri-ciri canggih. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Hivestack dan membawa manfaat ini kepada pelanggan GroupM kami."

"Ini merupakan waktu yang sangat menarik bagi pasaran DOOH di Hong Kong. Kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan kongsi baharu kami di Hivestack untuk memanfaatkan teknologi programatik mereka yang terkemuka di pasaran dan menawarkan pelanggan kami cara untuk melibatkan khalayak di luar rumah secara tepat," kata Tammii Pang, Ketua PMX, Publicis Media, Hong Kong

Andrew Cawte, Pengarah Urusan Havas Media Hong Kong berkata, "Disebabkan oleh kerjasama kami dengan Hivestack, akhirnya kami berpeluang untuk membeli inventori DOOH programatik premium di Hong Kong pada skala yang besar. Ini adalah perubahan besar untuk para pengiklan di sini."

"Sebagai penyedia penyelesaian bersepadu, kami gembira dapat bekerjasama dengan Hivestack untuk menawarkan perjalanan pengguna yang lebih lancar dan inovatif kepada pelanggan kami ketika DOOH menjadi titik sentuhan media yang semakin penting." Anna Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Media LoB, dentsu International Hong Kong

Hivestack telah memantapkan kedudukannya sebagai peneraju dalam ruangan DOOH programatik di seluruh dunia dengan rangkaian penyelesaian teknologi dan pengiklanan proprietari yang merangkumi kedua-dua sisi bekalan dan permintaan DOOH programatik. Hivestack telah menyaksikan pertumbuhan yang signifikan pada tahun 2021 berikutan beberapa pengembangan global yang merangkumi China, Hong Kong dan Taiwan pada awal tahun ini yang menyertai perkongsian sisi bekalan premium baharu di Hong Kong baru-baru ini. 

Tentang Hivestack 

Hivestack ialah sebuah syarikat teknologi pemasaran global terbesar yang bebas dan serba lengkap yang memperkasa sisi jual beli pengiklanan digital luar rumah (DOOH) programatik. Hivestack telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan ibu pejabat di Montreal, Kanada dan beroperasi di lebih 25 buah negara di seluruh dunia.  Untuk maklumat lanjut, sila layari hivestack.com atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter dan Facebook @hivestack.

Tentang GroupM 

GroupM ialah syarikat pelaburan media terkemuka di dunia yang bertanggungjawab untuk lebih $60 bilion dalam pelaburan media tahunan melalui agensi Mindshare, MediaCom, Wavemaker, Essence dan m/SIX serta syarikat khalayak programatik yang dipacu hasil, Xaxis dan syarikat pemasaran pengaruh, INCA. Portfolio GroupM merangkumi portfolio Data & Teknologi (Koreograf), Pelaburan dan Perkhidmatan, kesemuanya bersatu di dalam visi untuk membentuk era media seterusnya di mana pengiklanan berfungsi dengan lebih baik untuk orang ramai. Dengan memanfaatkan semua faedah penskalaan, syarikat ini menginovasi, membezakan dan menjana nilai yang mampan kepada pelanggan kami walau di mana sahaja mereka menjalankan perniagaan.

Ketahui lebih lanjut tentang GroupM di www.groupm.com,  @GroupMWorldwide di Twitter dan @GroupMWorldwide di LinkedIn.

Hubungan: Andy Chung – Pengarah Urusan, GroupM Xaxis & INCA (andy.chung@groupm.com)

Source: Hivestack Inc.
Related Links:
Keywords: Advertising Contracts