omniture

Milestone akan Mendedahkan Kuasa Siri Perkakas Husky Baharu

Milestone Systems
2013-09-12 17:00 141

COPENHAGEN, Sept. 12, 2013 /PRNewswire/ -- Peneraju global bagi perisian pengurusan video memasuki pasaran penyelesaian penuh dengan keluarga lengkap yang terdiri daripada NVR berprestasi tinggi

Milestone Systems, syarikat platform terbuka dalam perisian pengurusan video (VMS) IP akan melancarkan siri baharu produk yang dinamakan Milestone Husky Series. Perkakas NVR ini akan mempunyai penyelesaian pengawasan tegap dan sedia digunakan yang menyediakan VMS maju Milestone sedia terpasang pada perkakas berprestasi tinggi.

"Milestone Husky ialah keluarga baharu penyelesaian dioptimum prestasi yang unik untuk pengawasan video di luar kotak. Apabila mereka siri perkakas Husky, kami berfikiran luas; mencipta rangkaian produk bagi memenuhi pelbagai keperluan, dengan produk tegap pasang dan pakai namun masih boleh dikonfigurasikan dan diskalakan," kata Lars Nordenlund, Naib Presiden Inkubasi dan Usaha Niaga di Milestone Systems. "Ini merupakan perkakas berkuasa dengan komponen yang andal dan berkualiti tinggi serta set ciri hebat, penyelesaian semua dalam satu yang memacu pemprosesan lebih pantas dan video serta analitik yang berkualiti lebih baik."

Milestone Husky Series yang sedia digunakan akan mempunyai Pelan Tatar Perisian untuk tiga tahun serta jaminan perkakas, boleh didapati dalam tiga faktor bentuk yang direka untuk keperluan pengawasan yang berbeza:

  • Husky M10, peranti anggun, kecil dan tiada kipas
  • Husky M30 perkakas komputer meja berprestasi tinggi
  • Husky M50 unit berkuasa tinggi yang dipasang sebagai rak

Siri Husky juga akan ditawarkan dalam versi binaan tersuai khusus dengan lebih 40 kombinasi individu untuk perisian yang disuaikan terlebih dahulu dan perkakas yang sesuai. Kotak ini menyediakan kuasa pemprosesan pantas i3/i5/i7, kapasiti penyimpanan besar sebanyak 1 ke 24TB, pilihan RAM dari 4GB ke 16GB, dan kad antara muka dwi rangkaian.

Mudah dan cepat dipasang, NVR Milestone Husky mempunyai penemuan peranti automatik dengan pembantu bestari bagi mengkonfigurasikan keseluruhan sistem, dan kekunci lesen peranti diaktifkan terlebih dahulu. Platform terbuka Milestone menyokong lebih 2,000 model kamera daripada lebih 100 pengeluar, serta keserasian dengan peranti yang mematuhi ONVIF dan PSIA. Penyepaduan pihak ketiga dengan proses analisis video dan kawalan akses menambah lagi nilainya.

Pelanggan akan mendapat akses serta-merta daripada jauh untuk video langsung dan dirakam melalui pilihan antara muka klien yang fleksibel: Milestone XProtect® Smart Client, XProtect® Web Client atau Milestone Mobile – semuanya boleh didapati dalam 26 bahasa.

Husky M30 dan Husky M50 sudah mempunyai Milestone VMS gred profesional dengan ciri-ciri penuh yang sedia terpasang. Peta menyediakan pandangan keseluruhan pemasangan dan Pengurus Penggera memberi pengesahan visual serta-merta sementara karousel kamera melakukan rondaan maya. Beban kerja diminimumkan melalui garis masa video, Peneroka Jujukan dan Pencarian Pintar – alatan penyiasatan canggih dengan pilihan perkongsian bukti dan eksport mudah.

"Kami telah mengambil kira pendapat pelanggan dalam julat kerumitan rendah ke pertengahan untuk pasaran pengawasan video – dan kini memenuhi keperluan mereka untuk penyelesaian yang bersepadu sepenuhnya dengan kualiti Milestone yang andal. Siri Milestone Husky ialah langkah serius daripada peneraju VMS dunia ke arah perniagaan perkakas," kata Nordenlund.

Siri Milestone Husky boleh didapati mulai November dan pesanan awal boleh dibuat daripada rakan kongsi saluran Milestone, dalam AS dan Kanada pada mulanya, bakal dikeluarkan secara besar-besaran di rantau dunia terpilih sepanjang tahun 2014. Demonstrasi akan diadakan di pertunjukan dagang ASIS International di Chicago pada 24-27 September di tapak pameran Milestone bernombor 2223.

Tentang Milestone Systems

Ditubuhkan pada tahun 1998, Milestone Systems ialah peneraju industri global bagi perisian pengurusan video IP platform terbuka. Menyediakan pengawasan berkuasa yang mudah diuruskan, andal dan terbukti dengan ribuan pemasangan pelanggan seluruh dunia, teknologi Milestone menyokong pilihan fleksibel dalam perkakasan rangkaian dan penyepaduan dengan sistem lain. Dijual melalui rakan kerja di lebih 100 negara, penyelesaian Milestone membantu organisasi yang 'dibolehkan video'- menguruskan risiko, melindungi orang dan aset, mengoptimumkan proses dan mengurangkan kos. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.milestonesys.com/.

SUMBER  Milestone Systems

Source: Milestone Systems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Trade show news