omniture

Adendum daripada Artmarket.com berkenaan mata wang kripto Artprice Coin di pasaran NFT

Artmarket.com
2021-12-15 16:52 32

PARIS, 15 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Susulan siaran akhbar Artmarket.com pada 7 Disember 2021: https://www.prnewswire.com/news-releases/artmarketcom-heres-why-the-art-market-via-the-nft-revolution-will-enjoy-exponential-growth-with-artprice-301438529.html

Artmarket.com telah menerima permintaan daripada para pemegang saham, pelabur, pemerhati dan komuniti mata wang kripto untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan, khususnya perenggan berikut dalam siaran akhbar tersebut:

'DNSnya iaitu artpricecoin.com, difailkan pada bulan Disember 2017 (serta semua nama yang berkaitan) menggambarkan kesedaran awal Artprice by Artmarket tentang peralihan paradigma ini kepada NFT dan mata wang kripto'.

Philip Zimmermann, Courtesy of Organe Museum / Abode of Chaos / La Demeure du Chaos
Philip Zimmermann, Courtesy of Organe Museum / Abode of Chaos / La Demeure du Chaos

Artmarket.com ingin menegaskan bahawa setakat ini, belum ada mata wang kripto khusus untuk kumpulan tersebut, tetapi kumpulan kerjanya yang setelah memikirkannya secara mendalam, mengunjurkan senario berbeza dengan penggubal undang-undang Perancis dan/atau Eropah dan/atau penggubal undang-undang Amerika akan mula membangunkan rangka kerja perundangan yang boleh dilaksanakan bagi budaya kripto yang telah pun mempunyai sejarah yang agak panjang dan kini diamalkan oleh lebih sebilion orang di seluruh dunia.

Pembangunan dan pelaksanaan rangka kerja ini (iaitu pelarasan undang-undang terhadap realiti sedia ada) ialah suatu proses yang sering dilihat berulang di sepanjang sejarah terutamanya dalam bidang ekonomi dan sains pada abad ke-20.

Strategi global Artmarket.com telah lama merangkumi penciptaan mata wang kripto khusus untuk pasaran seni seperti yang ditunjukkan oleh tarikh pemfailan DNSnya, artpricecoin.com (.net .org, dll. serta nama yang berkaitan).

Artprice telah mengkaji realiti sejarah dan ekonomi pasaran seni selama bertahun-tahun, pada teras dan juga sisinya serta ingin mengingatkan komuniti mata wang kripto baharu pada masa kini tentang titik permulaan sebenar budaya kripto: Manifesto anarki kripto mitos oleh Timothy C. May di Mesyuarat CypherPunk pada tahun 1992.

Groupe Serveur, perintis Internet di Eropah sejak tahun 1987 dan pemegang saham rujukan Artprice by Artmarket, sentiasa peka dengan komuniti CypherPunk yang merupakan pengguna tetap PGP (Pretty Good Privacy) sejak tahun 1991.

Menurut Thierry Ehrmann, Pengasas Server Group: 'Saintis komputer, Philip Zimmermann ialah seorang yang berwawasan dan dengan amat pantas memahami keperluan penting untuk melindungi data peribadi.'

Budaya Groupe Serveur amat berakar umbi dalam kriptologi dan amat sama dengan budaya Electronic Frontier Foundation. Buku The Code Book (1999) oleh Simon Singh merupakan penjelasan sempurna tentang sejarah kriptologi seperti yang dialami oleh Groupe Serveur.

Dengan undang-undang yang menggalakkan di Eropah dan/atau Amerika Syarikat, pengeluaran mata wang kripto ini oleh anak syarikat Artprice Inc. di Amerika (SoundView Press sejak tahun 1992) akan meneruskan satu objektif utama: untuk mengembalikan seniman ke kedudukan utama yang sepatutnya mereka miliki dalam pasaran seni.

Menurut Thierry Ehrmann: 'Dari segi sejarah, perkara yang paling hampir dengan kesan NFT terhadap dunia seni ialah anjakan paradigma yang kini kita panggil 'Renaissance' atau Zaman Pembaharuan. Sejak itu - apabila mesin pencetakan Johannes Gutenberg membolehkan para seniman mencetak edisi hasil karya mereka -adakah telah berlaku peralihan kuasa secara besar-besaran ke tangan para seniman.

Zaman Pembaharuan ini membolehkan para seniman menjana pendapatan dan mengawal pengeluaran mereka secara bebas di bengkel dan kilang mereka. Kini, dengan mata wang kripto menjadi penting untuk pasaran NFT yang sedang berkembang pesat, kita mengalami anjakan paradigma yang serupa.' 

Thierry Ehrmann, Ketua Pegawai Eksekutif Artmarket.com yang juga Pengasas Artprice, merupakan seorang pengarca dan seniman visual yang berdaftar selama lebih 36 tahun dengan syarikat hak cipta serta pencipta Abode of Chaos yang terkenal, CyberPunk yang luas dan metaverse distopia yang memiliki 6,300 buah karya di tapak seluas 9,000m² di Lyon, Perancis.

https://issuu.com/demeureduchaos/docs/demeureduchaos-abodeofchaos-opus-ix-1999-2013 

Thierry Ehrmann yang amat menyedari keadaan dan tanggungjawab yang dihadapi oleh para seniman pada hari ini, telah berkomunikasi setiap hari dengan pencipta lain dalam pelbagai disiplin seni dan menganjurkan perdebatan hangat dengan seniman yang tinggal di kediaman Abode of Chaos selama tiga dekad.

Artmarket.com ingin membebaskan para seniman daripada kekangan sistem yang tidak menggalakkan yang melambatkan kemunculan mereka. Para seniman yang sebelum ini bergantung pada pesanan daripada hierarki gereja, kemudian daripada keluarga diraja dan aristokrat, kini sering berhadapan dengan halangan ekonomi yang tidak dapat diatasi yang menghalang mereka menjadi terkenal dan mendapat ganjaran yang adil bagi hasil karya mereka.

Penciptaan mata wang kripto Artprice Coin yang sah oleh Artmarket.com akhirnya akan membolehkan pemulihan keseimbangan antara seniman dan pemain lain dalam pasaran seni – keseimbangan yang sering tidak memihak kepada para seniman – melalui pengedaran kekayaan yang lebih saksama antara mereka. 

Para seniman kemudiannya akan dapat melihat pendapatan dan kemasyhuran mereka berkembang, tanpa merosakkan reputasi dan hubungan mereka dengan pemain utama pasaran seni. 

Pada tahun 2022, seluruh komuniti sama ada seniman jalanan, alam semula jadi atau persembahan – yang sering diasingkan secara ekonomi daripada pasaran seni disebabkan oleh ciri khusus hasil karya mereka – akhirnya akan berpeluang untuk berdagang secara langsung dengan khalayak mereka menggunakan bursa Artprice Coin by Artmarket.com.

Imej: [https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2021/12/Philip-Zimmermann-IMG-7720.jpg]

Hak Cipta 1987-2021 thierry Ehrmann www.artprice.com  - www.artmarket.com 

Tentang Artmarket:

Artmarket.com disenaraikan di Eurolist oleh Euronext Paris, SRD Long Only dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Terokai Artmarket dan jabatan Artprice dalam video ini: www.artprice.com/video

Artmarket dan jabatan Artpricenya telah ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Ketua Pegawai Eksekutif, thierry Ehrmann. Artmarket dan jabatan Artpricenya dikawal oleh Groupe Serveur yang ditubuhkan pada tahun 1987.

Lihat biografi yang diperakui dalam Who's who ©:

Biographie_thierry_Ehrmann_2022_WhosWhoInFrance.pdf

Artmarket ialah peserta global dalam Pasaran Seni bersama-sama dengan jabatan Artpricenya, peneraju dunia dalam pengumpulan, pengurusan dan penerokaan maklumat pasaran seni masa kini dan masa lalu dalam bank data yang mengandungi lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan dan meliputi lebih 770,000 orang seniman.

Artprice by Artmarket, peneraju dunia dalam maklumat pasaran seni, telah menetapkan sendiri matlamatnya melalui Pasaran Terpiawai Globalnya untuk menjadi platform NFT Seni Halus yang terkemuka di dunia.

Artprice Images® membenarkan akses tanpa had ke bank imej Pasaran Seni terbesar di dunia: tidak kurang daripada 180 juta imej digital fotografi atau penghasilan semula karya seni ukiran dari tahun 1700 hingga ke hari ini yang diulas oleh pakar sejarah kesenian.

Artmarket dengan jabatan Artpricenya mengumpul data secara tetap daripada 6,300 Pusat Lelongan dan menghasilkan maklumat Pasaran Seni utama untuk akhbar-akhbar utama dan agensi media (dengan 7,200 penerbitan). 5.4 juta ('log masuk ahli' dan media sosial) penggunanya mempunyai akses kepada iklan yang disiarkan oleh ahli lain, sebuah rangkaian yang hari ini mewakili Global Standardized Marketplace® yang terkemuka untuk membeli dan menjual karya seni pada harga tetap atau harga bidaan (lelongan dikawal selia oleh perenggan 2 dan 3 Artikel L 321.3 Kod Komersial Perancis).

Artmarkets dengan jabatan Artpricenya, telah dianugerahkan label "Syarikat Inovasi" peringkat Negara oleh Bank Pelaburan Awam (BPI) (untuk kali kedua dalam bulan November 2018 bagi tempoh baharu selama 3 tahun) yang menyokong syarikat tersebut dalam projeknya untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pemain global dalam pasaran seni.

Laporan Pasaran Seni Kontemporari Artprice 2020/21 oleh Artmarket.com:

https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2021

Laporan Pasaran Seni Global Artprice by Artmarket 2020 diterbitkan pada bulan Mac 2021:

https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2020

Indeks siaran akhbar yang disiarkan oleh Artmarket dengan jabatan Artpricenya:

serveur.serveur.com/Press_Release/pressreleaseEN.htm

Ikuti semua berita Pasaran Seni dalam masa nyata dengan Artmarket dan jabatan Artprice di Facebook dan Twitter:

www.facebook.com/artpricedotcom/ (lebih 5.4 juta pengikut)

twitter.com/artketdotcom 

twitter.com/artpricedotcom 

Terokai keajaiban dan dunia Artmarket dan jabatan Artpricenya di https://www.artprice.com/video yang beribu pejabat di Muzium Seni Kontemporari Organe yang terkemuka, "The Abode of Chaos" (dixit The New York Times): https://issuu.com/demeureduchaos/docs/demeureduchaos-abodeofchaos-opus-ix-1999-2013

L'Obs - The Museum of the Future: https://youtu.be/29LXBPJrs-o

www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999 

(4.4 juta pengikut)

https://vimeo.com/124643720 

Hubungan untuk Artmarket.com dan jabatan Artprice - Sila hubungi: Thierry Ehrmann, ir@artmarket.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1707801/Artmarket_Philip_Zimmermann.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1009603/Art_Market_logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Artmarket.com
Related Stocks:
Berlin:AJP Bloomberg:PRC@FP Dusseldorf:AJP Euroclear:7478 EuronextParis:PRC Frankfurt:AJP ISIN:FR0000074783 LSE:0DM3 RICS:ARTF RICS:ARTF.PA Stuttgart:AJP
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Multimedia/Online/Internet Accounting news, issues Economic news, trends, analysis