![]() |
LONDON, 15 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pada 9 Disember, Madagascar Time Limited, sebuah projek pelopor yang sedang meningkat naik, telah mengeluarkan token sampingan TLT (Times Lottery Takeover). Sistem loteri yang yang sangat cekap dan belum pernah dilaksanakan sebelum ini menggunakan teknologi blok rantai yang mewujudkan ketelusan supaya semua orang boleh melihat ganjaran dihantar secara adil. Disokong oleh pasukan antarabangsa, Madagascar Time memberi tumpuan pada usaha amal dengan menggabungkan kemahiran keusahawanan sosial dengan teknologi 'blok rantai' yang inovatif bagi mengubah perkara untuk generasi seterusnya.
TLT ialah suatu fungsi unik yang bertujuan untuk merevolusikan konsep dividen yang dipanggil oleh para peminat kripto sebagai refleksi. Sekiranya suatu kriptowang mempunyai 10,000 pemegang, sebarang peratusan refleksi yang diedarkan kepada semua pemegang menjadi tidak relevan kerana bilangan pemegang yang besar. Demi menangani isu ini, Madagascar Time telah mencipta 3% lotto dividen rawak yang bermaksud 3% daripada jumlah belian/jualan token dikumpulkan ke dalam satu dompet yang dipanggil 'pot'. Setiap jam, seorang pemegang diberikan ganjaran dengan peratusan token dalam 'pot' yang ditentukan secara rawak oleh robot dan berjumlah antara 15-50% supaya 'pot' tidak akan kehabisan.
TLT juga akan terdiri daripada undian mingguan untuk peringkat berbeza yang ditentukan oleh jumlah TLT yang anda miliki. Peluang untuk menang akan tetap sama untuk setiap peringkat namun berbeza daripada segi ganjaran. Cabutan ini akan disiarkan secara langsung dan terdiri daripada yang berikut:
Setiap peringkat mempunyai himpunannya yang tersendiri, 6% cukai hadiah daripada setiap belian/jualan dimasukkan ke dalam 3 himpunan hadiah yang berbeza bagi setiap peringkat:
Terdapat juga Cabutan Bulanan untuk kedua-dua pemegang TLT dan TIME yang berjumlah 15% daripada ketiga-tiga himpunan dan yang terakhir sekali ialah hadiah cabutan cepumas tahunan iaitu penerbangan ke angkasa lepas dengan Virgin Galactic/Blue Origins (apabila tersedia dan memenuhi syarat-syarat hadiah).
Ryan Bishop, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Pemasaran mengulas: "Sudah tiba masanya, sebuah organisasi seperti $TIME mula mengubah sistem loteri demi manfaat peserta sambil melakukan kerja amal. Bersama-sama $TIME, kita semua menyumbang kepada bumi dan generasi akan datang."
Setakat ini, Madagascar Time telah menyumbangkan lebih $75,000 kepada beberapa badan amal yang menangani pelbagai isu seperti kualiti kehidupan, kemiskinan, spesies terancam, pendidikan dan penanaman pokok. Sebagai contoh, suatu kerjasama telah dibentuk dengan Madagascar Seed dan melalui Projek Pasukan Pokok Mr. Beasts yang telah membantu menanam 41,000 pokok. Maklumat lanjut boleh didapati di www.madagascar-time.com.
Projek ini berkembang dan bertambah dengan pesat setiap bulan yang membantu mewujudkan aliran berterusan menuju persekitaran yang lebih baik, apabila semakin ramai penggiat kripto dan golongan pencinta alam mengetahui tentangnya. Sempena projek ini, Madagascar Time turut membuka kasino berlesen pada bulan Disember/Januari yang dikenali sebagai kasino timetobet.
Madagascar Time juga mengalu-alukan beberapa orang perintis baharu ke dalam pasukan ini seperti Terry Travers, Katie Richardson dan Samet Demir yang datang daripada latar belakang kemahiran saintifik yang tinggi dan telah memenangi anugerah untuk hasil kerja pengkomputeran dan kimia beliau.
Tentang Kami
Ditubuhkan pada bulan Ogos 2021, Madagascar Time Limited ialah sebuah syarikat sah yang beroperasi di UK. Pengasas Bersama Raymond Mullens, Armand Iancu, Ryan Bishop dan Corey Blanchette ialah para pemegang saham dengan pegangan yang sama rata. Pasukan ini disokong oleh rangkaian sukarelawan yang berdedikasi dan pelatih dari seluruh dunia, yang semuanya mempunyai minat yang sama berkenaan misi untuk menggunakan kripto bagi perubahan yang positif.
Nama "Madagascar" dan logo lemur dipilih untuk mencerminkan etos kesedaran alam sekitar para pengasasnya. Negara kepulauan ini ialah salah sebuah negara dengan iklim yang sangat rentan di dunia dan populasi lemur pada masa ini semakin menurun. Pasukan tersebut memilih "$TIME" sebagai nama kriptowang demi menekankan keperluan tindakan yang segera bagi menyelamatkan planet kita dan melindungi nyawa generasi akan datang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://madagascar-time.com dan ikuti pasukan melalui Facebook, Instagram, Telegram dan Twitter. Tip tambahan tentang cara membeli boleh didapati di sini.
Pautan lanjut:
https://github.com/TLTDEVS/Times-Lottery-Takeover-Contract- https://github.com/TLTDEVS/whitepaper
https://medium.com/@timeslottotakeover
https://github.com/interfinetwork/smart-contract-audits/blob/main/TLT_AuditReport_InterFi.pdf
https://www.reddit.com/r/timeslotterytakeover/
Butiran hubungan: Ryan Bishop, Ketua Pegawai Pemasaran, ryan@timeslotterytakeover.io, https://www.instagram.cohttps://mma.prnasia.com/media2/1709536/Madagascar_Time_Logo.jpg?p=medium600m/rysrecordings/
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1709536/Madagascar_Time_Logo.jpg?p=medium600