omniture

BANGUNAN EMPIRE STATE MELANCARKAN KURIKULUM STEAM DAN PENGAJIAN SOSIAL PERCUMA UNTUK PELAJAR, MELALUI KERJASAMA DENGAN KOLEJ PENDIDIKAN BANK STREET

Empire State Realty Trust, Inc.
2021-12-16 00:57 64

Dengan Bangunan itu mencapai umur 90 tahun pada tahun 2021, sebuah kurikulum yang dikemas kini untuk lawatan kumpulan pelajar ke Pengalaman Balai Cerap serba baharu menawarkan kerapian akademik baharu dalam kejuruteraan, sejarah, teknologi dan kelestarian

NEW YORK, 16 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB), melalui kerjasama dengan Kolej Pendidikan Bank Street, hari ini mengumumkan rancangan pelajaran interaktif yang dikemas kini untuk lawatan kumpulan pelajar ke Balai Cerapnya dengan naik taraf baharu bernilai $165 juta.  Kurikulum tersebut mengikuti Piawaian Pembelajaran Negeri New York untuk kurikulum STEAM (sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik) serta pengajian sosial dan mempunyai rancangan pelajaran peringkat gred yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah, pertengahan dan tinggi.  Rancangan pelajaran tersebut menawarkan pembelajaran sebelum, semasa dan selepas lawatan ke Bangunan Paling Terkenal di Dunia itu dan Pengalaman Balai Cerapnya yang baru direka semula.

"Kolej Pendidikan Bank Street telah mencipta kurikulum yang dikemas kini ini untuk membuatkan lawatan pelajar ke pameran digital dan sentuhan yang mengasyikkan daripada Pengalaman Balai Cerap kami bukan hanya sekadar satu pengalaman pelancongan," kata Jean-Yves Ghazi, Presiden Balai Cerap Bangunan Empire State.  "Kami sentiasa menawarkan rancangan pelajaran untuk kumpulan sekolah dan ketika kami meraikan ulang tahun ke-90 kami, kami telah mengemas kini penglibatan bilik darjah dengan keajaiban moden kami dalam kejuruteraan dan kecekapan tenaga."

Para guru dan pelajar akan menggunakan kurikulum baharu tersebut untuk mempelajari tentang kejuruteraan, proses reka bentuk, tenaga kerja, elemen teknologi utama dan naik taraf pemuliharaan tenaga yang terkemuka dalam industri bagi bangunan tersebut. Pengalaman Balai Cerap tersebut melengkapkan pembangunan bernilai $165 juta pada bulan Disember 2019 yang melengkapkan semua elemen programnya dan menawarkan peluang kepada pelajar untuk menikmati bangunan yang cekap tenaga dari bahagian bawah hingga ke atas. Pelajaran bermula dengan pameran digital interaktif di muzium tingkat kedua dan diteruskan sehingga ke Balai Cerap di tingkat 86 yang terbuka.

Pengubahsuaian bernilai $165 juta itu merangkumi langkah kualiti persekitaran dalaman yang terulung – seperti penapis udara MERV 13 dan pengionan dwi-kutub aktif – untuk keyakinan para pelawat dan membawa kepada pencapaian bangunan itu sebagai yang pertama di benua Amerika untuk mencapai Penilaian Kesihatan Keselamatan WELL.

"Lawatan ke Bangunan Empire State adalah sejajar dengan pendekatan pendidikan Bank Street yang mengiktiraf bahawa semua individu mempelajari dengan sebaiknya apabila mereka terlibat secara aktif dengan bahan, idea dan manusia," kata Joy Lundeen Ellebbane, Pengarah Pengajian Profesional Berterusan Bank Street. "Pengalaman dan pelajaran seperti ini menyediakan peluang yang sebenar untuk pembelajaran langsung yang mendalam dan kami gembira dapat menyumbang kepada tawaran Bangunan Empire State, terutama pada ulang tahunnya yang ke-90."

Kurikulum penuh boleh dilihat dan dimuat turun di sini. Pendidik yang berminat boleh menghubungi Kai-Ti Kao di kkao@esbonyc.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menetapkan lawatan kumpulan.

Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari http://www.esbnyc.com 

Tentang Bangunan Empire State  
Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia," dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. (ESRT: NYSE), menjulang setinggi 1,454 kaki di atas Pusat Bandar Manhattan daripada dasar hingga ke antenanya. Pengubahsuaian Pengalaman Balai Cerap Bangunan Empire State bernilai $165 juta mencipta pengalaman serba baharu dengan pintu masuk tetamu yang khusus, sebuah muzium interaktif yang mempunyai sembilan buah galeri dan Balai Cerap di Tingkat 102 yang direka bentuk semula dengan tingkap daripada lantai ke silingnya. Perjalanan ke Balai Cerap di Tingkat 86 yang terkenal di dunia sebagai satu-satunya balai cerap 360 darjah yang terbuka dengan pemandangan New York serta kawasan sekitarnya ini memukau pengunjung dengan keseluruhan pengalaman Bandar Raya New York dan merangkumi segala-galanya daripada sejarah ikonik bangunan ini hinggalah kedudukannya dalam budaya pop masa kini.  Ketahui lebih lanjut di www.esbnyc.com.  Tahun 2021 merupakan tahun sambutan ulang tahun ke-90 Bangunan ini yang dibuka secara rasmi pada 1 Mei 1931. Diisytiharkan sebagai "Bangunan Kegemaran Amerika" oleh Institut Arkitek Amerika serta destinasi pelancongan paling popular di dunia oleh Uber dan tarikan #1 Bandar Raya New York oleh Lonely Planet, ia menerima kunjungan lebih 4 juta pengunjung dari seluruh dunia setiap tahun. 

Sejak tahun 2011, bangunan ini telah dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh diperbaharui dan kebanyakan tingkatnya menempatkan pelbagai jenis penyewa pejabat seperti LinkedIn, Shutterstock dan Global Brands Group serta pilihan peruncitan seperti STATE Grill and Bar, Tacombi dan Starbucks. Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan tiket Pengalaman Balai Cerap, sila layari esbnyc.com atau ikuti Facebook, Twitter, InstagramWeiboYouTube, atau TikTok bangunan ini. 

Tentang Empire State Realty Trust  
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) memiliki, mengurus, mengendali, memperoleh dan menempatkan semula harta tanah pejabat dan peruncitan di Manhattan dan kawasan metropolitan New York termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Setakat 30 September 2021, portfolio pejabat dan peruncitan syarikat ini meliputi 10.1 juta kaki persegi ruang sewaan yang terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi ruang sewaan di 14 harta tanah pejabat termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi ruang sewaan dalam portfolio peruncitan.  

Empire State Realty Trust ialah peneraju kecekapan tenaga dalam ruang kelestarian dan alam sekitar yang dibina, dengan 76 peratus daripada portfolio berkelayakan yang diperakui ENERGY STAR dan 100 peratus dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh diperbaharui. Sebagai portfolio harta tanah komersial pertama di Amerika yang memperoleh Penilaian Kesihatan Keselamatan WELL yang berdasarkan bukti dan disahkan pihak ketiga untuk kesihatan dan keselamatan, ESRT turut memperoleh pengiktirafan 5 Star Rating dan Green Star GRESB yang tertinggi untuk prestasi kelestarian dalam harta tanah dan dinamakan sebagai Juara Fitwel untuk bangunan berprestasi tinggi dan bercirikan kesihatan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Empire State Realty Trust, sila layari esrtreit.com dan ikuti ESRT di FacebookInstagramTwitter dan LinkedIn

Tentang Sekolah Pendidikan Bank Street
Sekolah Pendidikan Bank Street merupakan peneraju yang diiktiraf dalam pendidikan awal kanak-kanak, persediaan guru dan pemimpin serta pembangunan amalan inovatif dalam sistem sekolah di seluruh negara. Selama seratus tahun, tumpuan Bank Street adalah menambah baik pendidikan kanak-kanak dan guru-guru mereka dengan menggunakan semua pengetahuan yang ada tentang pembelajaran dan pertumbuhan kepada proses pendidikannya dan dengan menghubungkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada dunia luar. Ketahui lebih lanjut tentang Program Kanak-Kanak Bank Street, Sekolah Siswazah Pendidikan dan Pusat Pendidikan Bank Street di bankstreet.edu.

 

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Education Travel New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)