omniture

Orbis Technologies Mengumumkan Pengambilalihan Innovasys Limited dan Operasi U.K.

Orbis Technologies
2021-12-16 07:11 37

ANNAPOLIS, Maryland, 16 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Orbis Technologies, Inc., sebuah syarikat peneraju global dalam menyampaikan penyelesaian dan perkhidmatan kandungan untuk organisasi kerajaan dan perusahaan besar di seluruh dunia, mengumumkan pengambilalihan Innovasys Limited yang berpangkalan di U.K., sebuah syarikat peneraju dalam membangunkan perisian untuk mencipta dan menerbitkan dokumentasi teknikal. Hasil daripada pembelian tersebut, Orbis telah memperluas operasi dengan merangkumi Torquay, England. 

"Pengambilalihan Innovasys ini diperoleh hasil daripada usaha untuk menyediakan pendekatan dengan harga yang lebih berpatutan dalam membangunkan dokumentasi teknikal," jelas Brian Ippolito, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Orbis Technologies. "Pasukan kami telah menggunakan aplikasi perisian Innovasys dan kami dengan segera melihat kesesuaian semula jadi dengan perisian pengurusan kandungan komponen dan perkhidmatan profesional bertaraf dunia kami. Innovasys menyediakan Orbis dan para pelanggan kami dengan satu lagi alat untuk mengurangkan kos pengarangan, pengurusan dan penerbitan kandungan."

"Bagi Innovasys, dengan menjadi sebahagian daripada Orbis membolehkan kami membawa produk kami ke pasaran yang lebih luas dan mempercepat pelaburan dalam dokumentasi canggih kami serta membantu alatan pengarangan," kata Richard Sloggett, Presiden Innovasys.  "Kami juga melihat peluang yang besar untuk menyampaikan keupayaan terkemuka dalam industri melalui penggabungan perisian kami dengan ramai penulis teknikal Orbis dan penyepaduan aplikasi kami dengan platform pengurusan kandungan RSuite."  Encik Sloggett akan kekal bersama Orbis sebagai Naib Presiden, Alatan Pengarangan dan Penerbitan.

Syarikat gabungan tersebut kini menyokong pelanggan yang merangkumi syarikat Fortune 500, ketenteraan dan organisasi kerajaan yang lain di 37 buah negara.  

Tentang Orbis Technologies, Inc.
Orbis Technologies, Inc. merupakan peneraju global yang terkenal dalam menyampaikan penyelesaian kandungan inovatif dan perkhidmatan profesional kepada syarikat-syarikat yang terdiri daripada Fortune 50 hinggalah Kerajaan Persekutuan A.S.  Orbis mempunyai ibu pejabat di Annapolis, Maryland serta beroperasi di Chennai, India; Torquay, United Kingdom; dan Sydney, Australia.

 

 

Source: Orbis Technologies
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion