omniture

Casio bakal Lancar Model Kolaborasi G-SHOCK dengan siri dokumentari TV Matchday: Inside FC Barcelona

CASIO COMPUTER CO., LTD
2021-12-16 10:39 203

TOKYO, 16 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan penambahan terkini kepada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. GBD-H1000BAR dan GBD-100BAR merupakan model-model kolaborasi yang meraikan Matchday: Inside FC Barcelona, sebuah dokumentari yang menampilkan dunia dalaman kelab bola sepak Sepanyol yang terkenal ini.

GBD-H1000BAR (kiri), GBD-100BAR (kanan)
GBD-H1000BAR (kiri), GBD-100BAR (kanan)

Model-model asas untuk dua jam tangan baharu ini ialah GBD-H1000 dan GBD-100, kedua-duanya daripada barisan G-SQUAD. Model-model baharu ini menggunakan warna-warna biru dan garnet pasukan FC Barcelona. Tali jam, direka untuk menonjolkan pakaian seragam pasukan ini pada masa lalu dan masa kini ditera dengan moto kelab "Més que un club" ("Lebih daripada sebuah kelab") dalam bahasa Catalan tempatan. GBD-H1000BAR menampilkan bezel logam dengan saduran ion emas terang yang bersinar seperti piala trofi pemenang manakala gegelang gelung pada kedua-dua jam tangan ini menampilkan empat jalur berwarna merah bendera Catalan. Pempakejan direka khas juga dengan warna-warna pasukan FC Barcelona merupakan sentuhan terakhir yang sesuai dengan jam tangan tunggal ini.

GBD-H1000BAR / GBD-100BAR
GBD-H1000BAR / GBD-100BAR

Kedua-dua jam tangan baharu ini dilengkapi dengan akselerometer untuk mengira langkah dan mengesan jarak. GBD-H1000BAR turut didatangkan dengan pemantau kadar denyutan jantung dan penjejakan GPS. Kedua-dua model baharu ini turut menawarkan fungsi pautan mudah alih yang mana apabila digandingkan dengan aplikasi telefon pintar khusus, dapat menyokong pengurusan kesihatan harian dengan membolehkan pengguna menyemak log hayat dengan data mengenai kiraan langkah dan kalori yang dibakar, log aktiviti dan banyak lagi. Paparan LCD Memory in Pixel (MIP) untuk kebolehlihatan yang luar biasa dan tali jam uretana yang lembut untuk pengudaraan dan kefleksibelan cemerlang bagi memberi keselesaan dalam setiap situasi, bermula daripada penggunaan harian kepada senaman berat.

Pembungkusan khas (GBD-H1000BAR [kiri]; GBD-100BAR [kanan])
Pembungkusan khas (GBD-H1000BAR [kiri]; GBD-100BAR [kanan])

Matchday: Inside FC Barcelona 

Siri dokumentari lapan episod memfokuskan kepada musim 2018–2019 salah satu kelab bola sepak yang paling dipuja di dunia ini. Bermula daripada keterujaan kemenangan hinggalah penyesalan akibat kekalahan, siri ini menawarkan pandangan mengenai pemain, falsafah dan budaya FC Barcelona.

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sports New products/services