omniture

GenScript Terima "Inisiatif Pengurusan COVID Tahunan" menerusi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan 2021 Singapore Business Review

GenScript
2021-12-16 13:32 163

SINGAPURA, 16 Disember 2021 /PRNewswire/ -- GenScript menerima anugerah untuk Inisiatif Pengurusan COVID Tahunan, industri Bioteknologi menerusi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan 2021 Singapore Business Review (SBR). GenScript menunjukkan komitmen dan sokongan padu kepada pengurusan COVID-19 global termasuk penghasilan gen, protein dan peptida untuk pembangunan vaksin SARS-CoV-2 di serata dunia dan melancarkan kit ujian antibodi peneutralan EUA (Kebenaran Penggunaan Kecemasan) FDA yang pertama, kit pengesanan antibodi peneutralan SARS-CoV-2 cPass™.

Wakil GenScript, Dr. Li Yanfeng yang merupakan ketua pembangunan perniagaan IVD GenScript Asia Pacific menerima anugerah daripada Editor Penyumbang Singapore Business Review, Simon Hyett pada 14 Disember 2021 di Conrad Centennial Hotel Singapore.
Wakil GenScript, Dr. Li Yanfeng yang merupakan ketua pembangunan perniagaan IVD GenScript Asia Pacific menerima anugerah daripada Editor Penyumbang Singapore Business Review, Simon Hyett pada 14 Disember 2021 di Conrad Centennial Hotel Singapore.

Anugerah Kecemerlangan Pengurusan SBR dianjurkan oleh Singapore Business Review (SBR). Selama bertahun-tahun, Singapore Business Review membina reputasi dan kredibilitinya bukan sahaja sebagai syarikat penerbitan, tetapi juga sebagai badan pengiktirafan. SBR melancarkan program anugerah pertamanya pada tahun 2014 dan kini menjadi simbol kecemerlangan yang diiktiraf untuk syarikat-syarikat di Singapura dan rantau Asia Tenggara. Pemenang-pemenang tahun ini diadili oleh panel hakim elit daripada Ernst & Young Advisory Pte. Ltd, KPMG Singapore, Deloitte Southeast Asia, BDO Consultants Pte Ltd dan Baker Tilly.

GenScript melalui proses pemilihan yang intensif oleh hakim berdasarkan kepada inisiatif dan keberkesanan yang dilaksanakan daripada syarikat untuk mengemudi angin sakal (headwind) semasa ekoran pandemik ini dan kesan yang dibawa olehnya kepada pelanggan dan orang ramai. Pelancaran kit pengesanan antibodi peneutralan SARS-CoV-2 cPass™ merupakan pembeza penting kerana ia merupakan sebahagian daripada kunci untuk pengurusan COVID-19. Ujian antibodi peneutralan cPass™ boleh menganggarkan perlindungan yang dicetuskan oleh vaksin untuk penduduk. Di peringkat individu, hasil cPass™ turut memberi pencerahan sama ada vaksin berfungsi untuk individu tersebut. Induksi antibodi peneutralan yang tinggi dapat memberi perlindungan dan merupakan kejayaan penting untuk pembangun vaksin. Sejak pelancaran kit ini, banyak klinik di Singapura telah menyertakan ujian cPass™ sebagai sebahagian daripada pengurusan COVID-19 dan usaha pemantauan keberkesanan vaksin. 

"Ini merupakan satu penghormatan besar untuk menerima anugerah ini daripada SBR, ini merupakan bukti sebenar pelbagai usaha dan penyelesaian GenScript untuk memerangi pandemik ini, terutamanya cPass™ yang telah memberi keyakinan saintifik dan emosi yang kuat untuk kita hidup dengan covid-19," kata Dr. Li Yanfeng, ketua pembangunan perniagaan IVD di GenScript Asia Pacific.

Dengan varian yang membimbangkan (VoC) SARS-CoV-2 yang muncul baru-baru ini, Omicron, GenScript turut memainkan peranan untuk menyesuaikan cPass™ bagi mengesan antibodi peneutralan kepada Omicron, menyediakan protein & oligo RBD/S1/N Omicron untuk kajian vaksin, titisan sel disesuaikan untuk pembangunan kit ujian dan akhir sekali, untuk melengkapkan cPass™, cerakinan Pseudovirus bagi mengesan antibodi peneutralan kepada Omicron sebagai alternatif piawaian unggul.

GenScript Biotech Corporation 

GenScript Biotech Corporation (Kod Saham: 1548.HK) ialah penyedia teknologi dan perkhidmatan yang terkemuka di dunia bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains hayat serta pembuatan. Dibina berasaskan kepada teknologi sintesis gen yang mantap, GenScript Biotech dibahagikan kepada empat platform utama termasuk platform perkhidmatan dan produk sains hayat, platform organisasi pembangunan dan pengeluaran kontrak biologik (CDMO), platform terapi sel global dan platform produk biologi sintesis industri.

GenScript Biotech ditubuhkan di New Jersey, AS pada tahun 2002 dan disenaraikan di Hong Kong Stock Exchange pada tahun 2015. Operasi perniagaan GenScript Biotech mencakupi lebih 100 negara dan wilayah seluruh dunia dengan entiti undang-undang terletak di AS, Tanah Besar China, Hong Kong, China, Jepun, Singapura, Belanda dan Ireland. GenScript Biotech menyediakan perkhidmatan dan produk yang premium, mudah dan andal kepada lebih 100,000 pelanggan.

Setakat 30 Jun 2021, GenScript Biotech memiliki lebih daripada 4500 pekerja di seluruh dunia, lebih 40% daripadanya berkelulusan ijazah sarjana dan/atau Ph.D. Di samping itu, GenScript Biotech memiliki beberapa hak harta intelek termasuk lebih 160 paten, lebih 600 permohonan paten sedang menunggu dan sejumlah besar rahsia perdagangan.

Dipacu oleh misi korporat untuk "menjadikan orang ramai dan alam semula jadi lebih sihat melalui bioteknologi", GenScript Biotech berusaha untuk menjadi syarikat bioteknologi yang paling dipercayai di dunia. Setakat 30 Jun 2021, perkhidmatan dan produk GenScript Biotech telah dipetik oleh 64,700 artikel jurnal berwasit di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi GenScript Biotech

https://www.genscript.com

Source: GenScript
Related Stocks:
HongKong:1548
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Awards