omniture

Realty ONE Group Akan Dibuka di Puerto Rico

Realty ONE Group
2021-12-16 20:07 2427

Pemilik Baharu akan Mengembangkan Jenama Popular ini di seluruh Caribbean Timur termasuk Bahamas, Kepulauan Turks dan Caicos hingga Amerika Selatan 

LAS VEGAS, 16 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu tujuan dan salah SATU francais yang paling pesat berkembang di dunia, telah menjual hak francais di Puerto Rico dan seluruh rantau Caribbean Timur hingga ke Amerika Selatan kepada seorang pemilik yang mempunyai pengalaman luar biasa dalam bidang hartanah yang juga merupakan seorang pemimpin yang mengembangkan Realty ONE Group di seluruh negara dan kini di dunia.

Greg Bardell ialah Broker/Pemilik Realty ONE Group Unlimited di Lancaster, Pennsylvania, pejabat Realty ONE Group yang pertama dibuka di bahagian timur Mississippi dan beliau juga merupakan Pengarah Serantau Atlantik Tengah bagi kawasan Pennsylvania, Maryland, Delaware dan Washington D.C. Bardell dan pasukannya telah memperluas perniagaan di rantau tersebut kepada lebih 1,000 ejen, 8,000 transaksi dan jualan bernilai $2 bilion dolar.

"Potensi pengembangan jenama Realty ONE di Caribbean tidak berpenghujung sekiranya anda mempunyai SESEORANG yang bermotivasi seperti Greg yang benar-benar menyayangi syarikat dan rantau yang indah ini," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group.

Bardell mempunyai lebih tiga dekad pengalaman dalam bidang hartanah dengan menjual dan menjadi broker untuk beribu-ribu buah rumah, membina rumah tersuai dan rumah teres serta membangunkan beberapa buah tanah belum diteroka di seluruh pusat bandar Pennsylvania. Beliau merupakan seorang pemimpin yang bersemangat bagi jenama Realty ONE Group sejak menyertai syarikat tersebut pada tahun 2014, menjual francais baharu pada kadar yang sangat pantas termasuk lebih satu dozen hartanah untuk tahun 2021 sahaja.

"Saya percaya COOLTURE Realty ONE Group yang dinamik serta penjenamaan dan bimbingannya akan berkembang maju di Puerto Rico dan di seluruh Caribbean," kata Greg Bardell. "Namun yang lebih penting ialah saya tahu bahawa model dan kecintaan kami terhadap apa yang kami lakukan akan menawarkan para profesional hartanah dengan peluang yang luar biasa untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dan melakukan dengan lebih baik."

UNBrokerage, seperti mana yang dikenali dalam industri ini, mempunyai lebih 17,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada dan akan dibuka di Singapura, Sepanyol dan Costa Rica, selain wilayah Puerto Rico di A.S.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group 

Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan merangkumi lebih 17,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C, Puerto Rico, Kanada, Sepanyol, Singapura dan Costa Rica. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Realty ONE Group
Keywords: Commercial Real Estate Real Estate Corporate Expansion Real estate transactions