omniture

LotusFlare Bekerjasama dengan Globe Telecom Untuk Menyampaikan Pengalaman Saluran Digital GlobeOne Baharu

LotusFlare
2021-12-16 22:15 80

LotusFlare menyokong visi Globe dengan membangunkan Aplikasi Super GlobeOne Baharu dalam masa 6 bulan untuk membantu mewujudkan Rakyat Filipina yang bersedia untuk pengalaman digital. 

SANTA CLARA, Calif., 16 Disember 2021  /PRNewswire/ -- LotusFlare hari ini mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan Globe Telecom, pengendali mudah alih terkemuka di Filipina, untuk melancarkan Aplikasi Super GlobeOne Baharu, penggerak kehidupan melalui penyelesaian digital dan platform yang membina hubungan dengan pelanggan selain syarikat telekomunikasi. Dibina dengan visi satu aplikasi untuk semua pelanggan, Aplikasi Super GlobeOne Baharu ini memberi tumpuan utama kepada pengguna prabayar dalam keluaran awalnya pada 10 Ogos untuk menguasai pasaran besar Globe. Ciri-ciri pascabayar akan dilancarkan tidak lama lagi untuk melengkapkan pengalaman para pelanggan Globe. Dengan cara itu, para pelanggan Globe dapat mengakses perkhidmatan secara mudah, mengetahui tentang promosi dan mendapatkan ganjaran. Pasukan Pertumbuhan Digital Globe dan LotusFlare telah mereka bentuk, membangun, menguji dan melancarkan platform baharu ini dalam tempoh enam bulan.

LotusFlare telah dipilih oleh Pasukan Pertumbuhan Digital Globe untuk membangunkan dan menyampaikan platform pengalaman baharu tersebut berdasarkan kerjasama terdahulunya dengan Globe tentang pengecasan berasaskan aplikasi dan rekod prestasinya yang terbukti dalam membina platform pengalaman saluran digital berorientasikan pertumbuhan. LotusFlare membangunkan Aplikasi Super GlobeOne Baharu daripada asas menggunakan kerangka pembangunan Natif ke Natif untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang optimum. LotusFlare mereka bentuk platform pengalaman berdasarkan prinsip seni bina yang bersih untuk memudahkan kemajuan pengalaman pelanggan GlobeOne pada masa hadapan.

Mengulas tentang Aplikasi Super GlobeOne Baharu, Penasihat Kanan Pertumbuhan Digital dan Transformasi, Karthik Krishna, berkata, "Aplikasi Super GlobeOne Baharu ialah bahagian penting dalam strategi pengalaman digital Globe kerana ia menguatkan lagi keinginan kami untuk memberikan pelanggan kami pengalaman mudah alih pertama yang mengakses semua faedah yang ditawarkan oleh Globe. Sebagai rakan kongsi yang telah lama dipercayai di Globe, LotusFlare merupakan syarikat yang tepat untuk projek ini kerana ketangkasan penghantaran, rekod prestasi dalam mewujudkan pengalaman pelanggan yang optimum dan keupayaan digitalnya. Globe berharap untuk memajukan Aplikasi Super GlobeOne Baharu dengan kerjasama LotusFlare sebagai penggerak kehidupan melalui penyelesaian digital untuk semua rakyat Filipina."

Sam Gadodia, Ketua Pegawai Eksekutif LotusFlare, berkata: "Globe Telecom sedang menerajui penyediaan saluran digital yang boleh dipercayai pelanggan, menyumbang kepada rakyat Filipina yang bersedia menerima pendigitalan dan membantu mencipta masyarakat digital di Filipina. LotusFlare berbangga dengan penyampaian Aplikasi Super GlobeOne Baharu dalam tempoh enam bulan sebagai tonggak utama dalam strategi pertumbuhan digital Globe. Saya berharap dapat meneruskan kerjasama kami dengan Globe dan fasa seterusnya untuk membawa Aplikasi Super GlobeOne Baharu kepada pelanggan pascabayar. Seluruh pasukan LotusFlare mengucapkan selamat maju jaya kepada Globe sempena pelancaran Aplikasi Super GlobeOne Baharu ini."

Aplikasi Super GlobeOne Baharu menyediakan kaedah digital yang seragam kepada para pelanggan Globe untuk mengakses maklumat tentang tawaran promosi terbaharu, pembayaran bil dan tambah nilai yang mudah serta sistem sokongan pelanggan sehenti Globe. Globe dan LotusFlare mereka bentuk pengalaman Aplikasi Super GlobeOne Baharu untuk menjadi semenarik yang mungkin supaya ia dijadikan saluran "pilihan" yang utama untuk transaksi harian. Aplikasi Super GlobeOne Baharu bukan sahaja menyediakan transaksi dan pengurusan akaun yang lancar, tetapi juga ganjaran Globe yang mengutamakan gaya hidup yang menarik, tawaran aplikasi yang eksklusif, rundingan kesihatan melalui KonsultaMD, ciri permainan serta diskaun restoran yang istimewa.

Tentang Globe Telecom
Globe Telecom, Inc. ialah sebuah syarikat telekomunikasi perkhidmatan penuh yang terkemuka di Filipina dan disenaraikan di bursa saham Filipina dengan simbol saham GLO. Syarikat ini memberikan perkhidmatan kepada keperluan telekomunikasi dan teknologi pengguna serta perniagaan di seluruh rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk perkhidmatan mudah alih, talian tetap, jalur lebar, sambungan data, Internet dan perkhidmatan terurus. Ia amat berminat dalam teknologi kewangan, penyelesaian pemasaran digital, pembiayaan modal teroka untuk syarikat pemula dan penjagaan kesihatan maya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.globe.com.ph.

Tentang LotusFlare
Untuk berjaya dalam era digital, perusahaan memerlukan jenis rakan kongsi baharu - natif digital dengan

latar belakang Internet. LotusFlare telah diasaskan oleh pasukan yang membantu Facebook mencapai lebih satu bilion pengguna mudah alih. Rangkaian produk digital LotusFlare merupakan penghubung antara dunia perusahaan dan syarikat Internet untuk meningkatkan pengalaman pelanggan digital mereka, meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos dan mempercepat masa ke pasaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari lotusflare.com.

Berita LotusFlare: https://lotusflare.com/news/
LinkedIn: Twitter: https://twitter.com/lotus_flare

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1710355/LotusFlare_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: LotusFlare
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts New products/services