- Sebahagian besar daripada 16 juta meter pintar British Gas akan dibekalkan oleh Landis+Gyr
- Hasilnya Landis+Gyr dijangka akan menggandakan tenaga kerjanya di UK
- 500 Pakar Tenaga Pintar British Gas akan direkrut bagi memasang meter
LONDON, 16 September 2013 /PRNewswire/ -- Pelanggan British Gas dijangka akan mendapat manfaat daripada persetujuan bernilai £600 juta antara British Gas dengan Landis+Gyr. Persetujuan penting yang telah diumumkan hari ini, bermakna Landis+Gyr akan membekalkan sebahagian besar daripada 16 juta meter pintar yang British Gas akan pasang dalam kediaman para pelanggannya.
Menjelang tahun 2020, meter pintar akan dikeluarkan secara besar-besaran sebagai standard untuk kediaman dan perniagaan seluruh negara sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan. Ia akan menggantikan meter gas dan elektrik semasa dan menawarkan faedah seperti:
British Gas menggunakan strategi bagi memperkenalkan meter pintar ke dalam kediaman dan perniagaan dengan awal bagi membawakan semua faedah ini kepada pelanggan seawal yang boleh, dan kini sedang menerajui industri dengan lebih sejuta meter sudah dipasang dalam kediaman dan perniagaan pelanggan.
Pengumuman hari ini menunjukkan skala dan kelajuan pelaburan British Gas bagi membawakan teknologi kepada semua pelanggannya secepat yang mungkin.
Christ Weston, Pengarah Urusan British Gas berkata: "Meter pintar membawa era baharu untuk pelanggan tenaga, membawa perubahan dalam cara mereka boleh mengurus penggunaan tenaga dalam kediaman dan perniagaan mereka. Pelaburan bernilai £600 juta dalam penyelesaian pemeteran pintar Landis+Gyr bermakna kami boleh menyediakan meter pintar yang berkesan kos kepada pelanggan kami, dan membawakan kepada mereka faedah untuk teknologi inovatif ini secepat yang boleh.
"British Gas sedang menerajui industri dalam pengaturan penggunaan meter pintar sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk membentuk semula industri tenaga bagi era digital, membuatkannya lebih mudah untuk para pelanggan memahami penggunaan tenaga mereka dan memastikan bil mereka di dalam kawalan."
Andreas Umbach, Ketua Pegawai Eksekutif, Landis+Gyr, berkata: "Kami telah bekerja dengan British Gas untuk tiga tahun lepas bagi membangunkan meter pintar untuk para pelanggannya. Ini merupakan perjanjian terbesar seumpamanya seluruh dunia dan menetapkan standard industri baharu untuk kerja perkongsian. Ia membenarkan kami mencapai ekonomi skala signifikan dalam pengeluaran meter, bagi memperluas operasi kami di UK dan untuk mengukuhkan lagi kedudukan UK sebagai pusat global untuk kecemerlangan tenaga pintar. Ini merupakan berita baik untuk industri dan untuk kakitangan kami."
Sebagai hasil persetujuan yang diumumkan hari ini, Landis+Gyr menjangka akan menggandakan tenaga kerjanya di UK seramai 600 orang dan melanjutkan kemudahan pembuatannya bagi memenuhi bukan sahaja permintaan pengeluaran besar-besaran British Gas, tetapi juga untuk pelanggan UK yang lain sambil pengeluaran besar-besaran ini semakin bertambah laju.
British Gas sudah mengumumkan lebih 1,000 peranan untuk Pakar Tenaga Pintar yang akan memasang meter pintar dan menyediakan nasihat kecekapan tenaga untuk kediaman. Pengumuman hari ini membuka jalan untuk perekrutan 500 Pakar Tenaga Pintar pada tahun 2014.
Nota kepada editor:
1. Kediaman Britain yang biasa akan menjimatkan lebih £65 setahun (£65.50) berdasarkan pengurangan sebanyak 5% dalam penggunaan tenaga seperti yang dikira oleh Oxford Economics, dengan bil dwibahan api tahunan purata sebanyak £1,310 menurut Ofgem. Ini tidak mengambil kira inflasi atau sebarang perubahan dalam harga tenaga.
2. Pengumuman hari ini adalah sejajar dengan penetapan harga yang dianggarkan pada asalnya dalam Penilaian Impak Kerajaan untuk pengeluaran besar-besaran meter pintar. Ini, bersama dengan pengumuman DECC baru-baru ini tentang pemberian kontrak untuk prasarana komunikasi pusat pada kos lebih rendah berbanding anggaran kerajaan, patut memberi keyakinan program industri keseluruhan ini akan disampaikan mengikut kos yang sudah diperuntukkan.
3. British Gas dan Landis+ Gyr telah bekerjasama rapat dengan pelbagai rakan kongsi, termasuk penyedia teknologi Trilliant dan GEO, bagi membangunkan prasarana pemeteran pintar yang sedia ada untuk pelanggan British Gas. Hasil kemajuan itu telah dimasukkan ke dalam kerja industri bagi menakrifkan spesifikasi dan standard yang akan menyokong pengeluaran besar-besaran meter pintar di Britain. Semua rakan kongsi yang terlibat akan bekerja bersama industri, DECC dan penyedia perkhidmatan industri baharu yang ia telah pilih bagi memastikan semua peserta dalam program pemeteran pintar Britain mendapat faedah daripada pengalaman yang didapati daripada pengaturan penggunaannya yang awal.
4. Meter pintar ialah bahagian penting untuk grid pintar yang berevolusi. Ia akan membolehkan tarif Masa Penggunaan, yang menyediakan untuk pemilik kediaman harga lebih rendah untuk tenaga elektrik yang digunakan pada masa bukan puncak. Dengan mengurangkan permintaan masa puncak, keperluan untuk membina kapasiti penjanaan tenaga baharu pada masa hadapan juga akan dikurangkan. Ia juga akan membolehkan penggunaan penjanaan mikro seperti tenaga suria dan perkongsian tempatan tenaga sedemikian dalam komuniti itu.
5. British Gas telah memilih untuk meneraju pengeluaran meter pintar secara besar-besaran ini. Dengan berbuat demikian, ia telah menetapkan satu rantaian bekalan meter pintar, menjalankan di dalam rumah dan memperhalusi operasi pemasangan meternya serta pusat panggilan khusus, dan sudah mencipta lebih 1,500 tenaga kerja dalam British Gas. British Gas juga telah menjalankan lebih 30,000 soal selidik pelanggan bagi memastikan pengalaman meter pintar terus diperbaiki. British Gas telah menerima rasa puas hati pelanggan meter pintar secara tekal sebagai 40% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menggunakan meter pintar.