omniture

Hong Leong Bank Menyifatkan Kemenangan Tahun Ketiga Berturut-turut 'Bank PKS Terbaik di Malaysia' kepada Kepercayaan dan Keyakinan Pelanggan

Hong Leong Bank
2021-12-20 13:57 100

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Buat tahun ketiga berturut-turut, Hong Leong Bank ("HLB" atau "Bank") telah dianugerahkan sebagai 'Bank PKS Terbaik' (Best SME Bank) menerusi Malaysia Awards 2021 oleh The Asian Banker, salah satu anugerah antarabangsa yang paling berprestij dalam industri perkhidmatan kewangan. HLB turut meraih anugerah 'Pengurusan Tunai Terbaik' (Best Cash Management) di Malaysia menerusi The Asian Banker Transaction Finance Awards 2021. Kedua-dua anugerah ini memberi penghormatan kepada pendekatan tumpuan pelanggan yang diamalkan oleh HLB, menjamin penawaran produk dan perkhidmatan perbankan dan kewangan yang terunggul kepada pelanggan PKS, Komersial dan Korporat di Malaysia.

Kevin Ng, Head of SME Banking; Yow Kuan Tuck, MD, Business Corporate Banking and Charles Sik, MD, Personal Financial Services of HLB
Kevin Ng, Head of SME Banking; Yow Kuan Tuck, MD, Business Corporate Banking and Charles Sik, MD, Personal Financial Services of HLB

HLB diiktiraf untuk kumpulan pelanggan PKSnya dan pertumbuhan rekod pinjaman walaupun dengan tahun 2020 yang mencabar. Dalam tempoh tiga tahun, portfolio pinjaman/pembiayaan Perbankan PKS HLB merekod purata pertumbuhan melebihi 30% setiap tahun; dengan momentum pertumbuhan berkenaan berterusan hingga tahun kewangan 2022.

Bank ini turut diiktiraf bagi produk dan perkhidmatan perbankan digital yang membantu transformasi digital PKS, serta untuk Program Bantuan Pelepasan Pembayaran ("PRAP") yang mantap bagi memastikan PKS memperoleh bantuan yang tepat pada masanya untuk meringankan beban kewangan dan mengekalkan perniagaan mereka semasa pandemik ini.

Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkata, "Kami amat berbesar hati dianugerahkan sebagai Bank PKS Terbaik di Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut dan diiktiraf mempunyai penyelesaian Pengurusan Tunai Terbaik untuk pelanggan Korporat. Ini merupakan bukti bahawa pelanggan kami melihat kami sebagai rakan yang boleh dipercayai, berdaya tahan dan pintar, terutamanya sepanjang tempoh dua tahun lalu yang sukar."

"Dengan pembukaan semula ekonomi, kami akan terus menyokong pelanggan sedia ada dan baharu secara proaktif, membantu mereka membina semula dengan lebih mantap dan mampan serta dengan mengukukahkan ketabahan perniagaan melalui inisiatif meluas yang dibina berasaskan keperluan pemulihan pelanggan kami. Ia termasuk program bantuan, akses kepada pinjaman/pembiayaan, bantuan dengan pelaburan modal dan penyelesaian perbankan digital untuk membantu perniagaan berubah secara digital secara ringkas dan mudah," tambah Fuda.

Bagi anugerah 'Pengurusan Tunai Terbaik', Bank dipuji atas usahanya menyediakan penyelesaian pembayaran dan kutipan yang inovatif dan baharu.

Didorong oleh sambutan positif daripada pelanggan, HLB akan meluaskan tawaran digital bagi memenuhi keperluan pelanggan, serta meluaskan pelaksanaan platform perbankan dalam talian dan mudah alih korporatnya HL ConnectFirst di Singapura, Kemboja, Vietnam pada tahun kewangan 2022.

Source: Hong Leong Bank
Keywords: Banking/Financial Service Awards Small Business Services