omniture

Jurugambar Terkemuka Dunia Bruce Weber dan David Bailey Menunjukkan Nokia Lumia 1020 dengan Imej Menawan Harlem

Nokia
2013-09-16 19:55 188

LONDON, 16 September 2013 /PRNewswire/ --

Dua jurugambar terhebat dunia mengabadikan semangat komuniti terkenal New York itu dalam kolaborasi unik

Dengan Nokia Lumia 1020, "anda berjaya menawannya". Itulah keputusan David Bailey dan Bruce Weber, dua jurugambar paling terkenal di dunia, yang menggunakan Nokia Lumia 1020 41 megapiksel dalam kolaborasi unik bagi mengabadikan semangat dan jiwa Harlem, New York.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130915/638865 )

Hari ini Nokia mempamerkan hampir 60 foto daripada sesi fotografi mereka berdua di Harlem, yang menunjukkan Nokia Lumia 1020 ialah kamera yang sempurna untuk membantu orang ramai mengabadikan detik dalam perincian yang tiada tandingan, dan dengan begitu mudah.

Foto yang menawan hati itu boleh dilihat di Bilik Fotografi Nokia dan kini sedang dipamerkan di Bangunan Nicholls & Clarke di Shoreditch, Timur London. Satu video dengan En. Weber dan En. Bailey semasa sesi fotografi itu akan ditunjukkan semasa pameran itu.

En. Bailey berkata: "Kamera Nokia itu [Nokia Lumia 1020] membantu anda mengabadikan detik itu, yang merupakan perkara paling penting."

En. Weber berkata: "Saya tidak tangkap gambar secara digital dan inilah kali pertama saya keluar ke dunia dan menangkap gambar dengan kaedah digital. Saya sangat kagum dengan resolusinya dan keindahan warnanya."

Pameran London itu, yang bertajuk "Weber X Bailey by Nokia Lumia 1020" akan dijalankan sehingga 21 September dan percuma untuk orang ramai.

Dengan 41 megapiksel, kanta ZEISS, dan penstabilan imej dioptimum – Nokia Lumia 1020 menetapkan tanda aras baharu dalam pengimejan telefon pintar. Ia memudahkan kawalan yang dahulunya digunakan oleh para profesional sahaja, dan mencipta semula zum bagi membantu orang ramai menangkap, menyunting dan berkongsi foto lebih cantik dengan lebih mudah.

"Foto daripada sesi fotografi Weber dan Bailey sangat mempesonakan", kata Mark Newton, Naib Presiden, Kreatif Pemasaran dan Jenama Nokia, Nokia. "Ia mencerminkan kepakaran Weber dan Bailey dalam seni fotografi, tetapi juga mewakili satu detik yang sangat simbolik dalam pembangunan pengimejan telefon pintar. Nokia Lumia 1020 memperkasakan orang ramai untuk mengambil gambar yang lebih baik."

Weber dan Bailey menghabiskan masa 24 jam dalam Harlem pada bulan Julai dalam usaha untuk menawan hati dan jiwa komuniti meriah New York. Itu merupakan kali pertama sahabat lama itu bekerjasama untuk satu projek. 

Tentang Nokia

Nokia ialah peneraju global dalam komunikasi mudah alih yang mana produk mereka sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan orang ramai seluruh dunia. Setiap hari, lebih 1.3 bilion orang menggunakan Nokia mereka untuk mengabadikan dan berkongsi pengalaman, mengakses maklumat, mencari arah jalan atau hanya untuk bercakap sesama sendiri. Inovasi teknologi dan rekaan Nokia telah membuatkan jenamanya antara yang paling dikenali di dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.nokia.com/about-nokia  

Ketahui lebih lanjut tentang projek itu di: http://www.nokia.com/global/experience/photography/

Tekan 'Suka' pada kami di Facebook di http://www.Facebook.com/Nokia

Ikuti kami di Twitter @Nokia

#NokiaWeberBailey

Sumber: Nokia

 

 

Source: Nokia
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services