omniture

Turing Memperoleh Status Unikorn Setelah Siri D Memperoleh Dana Berjumlah Lebih $140 Juta

Turing
2021-12-21 01:44 37

Syarikat Awan Bakat Pintar, Turing Melepasi Penilaian $1 Bilion

PALO ALTO, California, 21 Disember  2021 /PRNewswire/ -- Turing, syarikat Awan Bakat Pintar yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai status unikorn setelah memperoleh sebanyak $87 juta dengan penilaian kira-kira $1.1 bilion. Pembiayaan Siri D ini diketuai oleh WestBridge Capital dengan penyertaan daripada Foundation Capital serta pelabur baharu, StepStone Group.

WestBridge Capital ialah sebuah syarikat dana bernilai $7 bilion yang memiliki kepakaran mendalam di seluruh perkhidmatan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) dan Teknologi Maklumat (IT) serta telah melabur dalam syarikat perkhidmatan IT global seperti Cognizant Technology Solutions dan Global Logic. Foundation Capital yang mengurus dana bernilai $4 bilion, telah melabur dalam syarikat-syarikat termasuk Netflix, Uber dan Solana. StepStone Group ialah sebuah syarikat dana ekuiti pertumbuhan peringkat akhir bernilai $22 bilion dengan pelaburan dalam syarikat awan bakat terkemuka sepert WorkRise (RigUp) dan Trusted Health.

Para pelabur lain dalam pusingan ini termasuk AltaIR Capital, HR Tech Investments LLC (syarikat sekutu Indeed), Brainstorm Ventures, Frontier Ventures, Modern Venture Partners dan Plug and Play Scale Fund. Pusingan unikorn ini menjadikan jumlah modal yang diperoleh Turing melebihi $140 juta. Pusingan ini telah terlebih langganan dengan banyaknya; sejak itu, Turing telah membuka SAFE pada had penilaian sebanyak $4 bilion yang kini turut terlebih langganan.

Turing telah mengembangkan kumpulan pembangunnya sebanyak lebih 9 kali ganda dalam tempoh 12 bulan yang lalu setelah memperoleh Siri B pada bulan Disember 2020 dan menambah pelanggan terkemuka seperti Johnson & Johnson, Coinbase, Rivian, Dell, Disney, Plume dan VillageMD. Dengan lebih satu juta pembangun daripada 140 buah negara, pertumbuhan Turing yang pesat telah membantu syarikat tersebut dianugerahkan tempat pertama dalam kategori B2B yang amat kompetitif untuk senarai 50 Syarikat Permulaan Paling Berpotensi Tahun 2021 oleh The Information.

"Misi kami adalah untuk memanfaatkan potensi manusia yang belum diterokai di dunia," kata Jonathan Siddharth, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Turing. "Kita kini tinggal di dunia yang mengutamakan kerja jarak jauh dan setiap syarikat sedang berlumba-lumba untuk meraih manfaat bakat kejuruteraan global. Masa depan akan menyaksikan pasukan jarak jauh tersebar di peringkat global."

Sebab-sebabnya adalah jelas. Syarikat-syarikat boleh mengakses kumpulan jurutera di seluruh dunia dan mengakses beratus-ratus ribu pembangun berkaliber Silicon Valley yang belum dimanfaatkan. Inspirasi Turing datang daripada Jonathan Siddharth & Vijay Krishnan, yang telah berulang kali menjadi usahawan, daripada pengalaman mereka meningkatkan syarikat permulaan pertama mereka iaitu Rover yang turut dibangunkan dengan mengutamakan kerja jarak jauh dan berjaya diperoleh pada tahun 2017.

"Pertumbuhan Turing merupakan sebuah fenomena," kata Sumir Chadha, Pengarah Urusan WestBridge Capital. "Sepanjang dua dekad yang lalu, kami telah melabur dan menyaksikan penubuhan syarikat secara besar-besaran dalam pembangunan luar pesisir di seluruh dunia. Turing mempelopori era baharu syarikat sedemikian dengan menjadikan pembelajaran mesin dan automasi sebagai teras."

Walau bagaimanapun, kerja jarak jauh adalah sukar. Secara ringkas, penyelesaian legasi tidak dibina untuk dunia yang mengutamakan kerja jarak jauh. Proses pengambilan pekerja secara tradisional mengambil masa beberapa bulan dan pemimpin kejuruteraan menghabiskan hingga 40 peratus daripada masa mereka dalam aktiviti pengambilan pekerja. Pilihan yang lazim ialah melalui syarikat perkhidmatan IT, agensi kakitangan atau pasaran pengambilan pekerja yang mendapatkan sumber secara manual daripada kumpulan tempatan tanpa saringan khusus untuk jurutera. Ini menyebabkan garis masa yang panjang untuk mengisi jawatan dan mengakibatkan syarikat tidak berjaya menarik bakat terbaik.

Awan Bakat Pintar Turing menyelesaikan masalah bakat teknologi bernilai berbilion dolar ini melalui gabungan jangkauan di seluruh dunia dengan AI untuk memberikan para jurutera yang ideal, dengan pengebilan dibuat setiap bulan. Sumber perisiannya menyaring bakat di seluruh dunia, mengoptimumkan padanan melalui AI, menghilangkan kerumitan pematuhan dan penyertaan serta memudahkan para pengurus dan pembangun untuk bekerjasama.

Perkara ini menghapuskan keperluan untuk pelanggan menugaskan sepasukan jurutera bagi menjalankan temu duga, menjimatkan masa temu duga kejuruteraan sebanyak lebih 50 jam bagi setiap pengambilan pekerja dengan kadar kejayaan padanan sebanyak 97 peratus. Malah, Turing membantu syarikat-syarikat membangunkan pasukan kejuruteraan impian mereka di awan semudah membangunkan pelayan di Amazon AWS.

"Visi Turing yang bercita-cita tinggi untuk mendayakan peluang yang hebat kepada pembangun di seluruh dunia adalah memberi inspirasi," kata John Avirett, rakan kongsi StepStone Group. "Awan Bakat Pintar ini benar-benar merupakan cara yang luar biasa untuk mendemokrasikan akses dan menjadikan hubungan berkekalan yang melangkaui pemeteraian kontrak; ia membentuk proses menjadi perancangan kerjaya jangka panjang untuk individu dan syarikat yang menggunakannya."

Pada masa ini, syarikat tersebut menyokong 15 jenis pekerjaan yang berbeza dan lebih 100 teknologi yang berbeza. Enjin saringan miliknya yang canggih membina profil yang mendalam dan dinamik untuk setiap pembangun. Kepintaran padanan mendalam menemui jurutera terbaik untuk setiap jawatan — dan menunjukkan sebabnya kepada anda. Selepas padanan tersebut, Turing menjadikan pembangunan jarak jauh adalah mudah, patuh dan selamat. Syarikat yang mengutamakan kerja jarak jauh ini menguruskan sumber manusia, gaji, sokongan pembangun dan penguatkuasaan global bagi setiap protokol keselamatan pelanggan.

"Turing sedang menghasilkan setiap peringkat industri besar-besaran dan telah mengubah penampilan dan persepsinya pada masa hadapan buat selama-lamanya," kata Ashu Garg daripada Foundation Capital yang mengetuai pusingan dana permulaan Turing pada tahun 2020 dan telah mengambil bahagian dalam setiap pusingan sejak itu.

"Cara kita bekerja telah berubah secara asasnya. Dengan peralihan dunia kepada kerja jarak jauh dan awan bakat, kami memasuki era keemasan industri teknologi. Anda kini boleh bekerja di Silicon Valley tanpa perlu tinggal di Silicon Valley. Bakat bersifat universal. Begitu juga dengan peluang pada masa kini," kata Siddharth.

Tentang Turing

Turing  ialah Awan Bakat Pintar iaitu sebuah platform AI automatik yang membolehkan syarikat "menekan butang" untuk menyaring, melantik dan mengurus pembangun perisian jarak jauh di seluruh dunia. Dengan lebih 1 juta pembangun daripada lebih 140 buah negara pada platform ini, Turing membolehkan anda membangunkan pasukan kejuruteraan impian anda di awan.

Para pelabur Turing termasuk WestBridge Capital, Foundation Capital, StepStone Group, Modern Venture Partners, HR Tech Investments LLC, Frontier Ventures, AltaIR Capital, PNP Scale Fund, Mindset Ventures, Founders Fund, Chapter One Ventures, Plug and Play Tech Ventures, UpHonest Capital, Ideas & Capital, 500 Startups Vietnam, Canvas Ventures, B Capital, Peak State Ventures, CapitalX, Stanford StartX Fund, Amino Capital, Spike Ventures, Visary Capital, Brainstorm Ventures, Joint Journey, Gaingels, Adam D'Angelo, Gokul Rajaram, Cyan Banister, Beerud Sheth, Dmitry Chernyak, Lorenzo Thione, Manish Narula, Aditya Jami, Artem Bosov, Sanya Ohri, Maxim Shipilov, Mikhail Fisher, Steven Hellman, William Hughes, Josh Browder, Nirav Shah, Andy Raskin, Bakht Niyazov, Anes Kaldybayev, Christopher Nguyen & Ruby Chen, Dave Franke, Eduard Galyamov, Elena Petrova, Evgenii Prensniakov, Shariq Rizvi, Kirtika Ruchandani, Maksim Matcin, Manik Gupta, Marina Polskaya, Mykhailo Raitsyn, Nikolai Guzakov, Nikolay Kaginyan, Oleg Bogumirskiy, Solovev Sergeevich, Stephen Osborn & Meredith Osborn, Tim Thompson, Valentine Zavgorodnev, Timofei Andrianov, Anna Mikhaylova, Yanovskiy Oleg, Alevtina Beloglazov, Siqi Chen, Yi Ding, Sunil Rajaraman, Parakram Khandpur, Kintan Brahmbhatt, Cameron Drummond, Kevin Moore, Sundeep Ahuja, Auren Hoffman, Greg Back, Sean Foote, Kelly Graziadei, Bobby Balachandran, Ajith Samuel, Aakash Dhuna, Adam Canady, Steffen Nauman, Gordon Chang & Victoria Sandin, Sybille Nauman, Eric Cohen, Vlad V, Marat Kichikov, Piyush Prahladka, Manas Joglekar, Vladimir Khristenko, Tim and Melinda Thompson, Alexandr Katalov, Joseph and Lea Anne Ng, Jed Ng, Eric Bunting, Rafael Carmona, Jorge Carmona, Viacheslav Turpanov, James Borow, Ray Carroll, Suzanne Fletcher, Denis Beloglazov, Tigran Nazaretian, Andrew Kamotskiy, Ilya Poz, Natalia Shkirtil, Ludmila Khrapchenko, Ustavshchikov Sergey, Maxim Matcin dan Peggy Ferrell.

Butiran Hubungan 
Media: turing@bulleitgroup.com

Jonathan Siddharth, Founder & CEO of Turing (left) and Vijay Krishnan, Founder and CTO (right) built Turing to let companies spin up their engineering dream team in the cloud.
Jonathan Siddharth, Founder & CEO of Turing (left) and Vijay Krishnan, Founder and CTO (right) built Turing to let companies spin up their engineering dream team in the cloud.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1711349/turing_Logo.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1711350/Turing_Co_Founders.jpg?p=medium600

 

 

Source: Turing
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Financing agreements