omniture

Korea Ginseng Association Perkenal Sorotan Kajian mengenai Kesan Ginseng Korea ke atas Rawatan Kanser

The Korea Ginseng Association
2021-12-21 10:22 180

SEOUL, Korea Selatan, 21 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Kanser ialah salah satu penyebab utama kematian di seluruh dunia yang membawa kepada gejala-gejala seperti sakit, lesu dan sesak nafas, mengurangkan kualiti hidup pesakit dan mengakibatkan rasa sakit yang amat sangat. Korea Ginseng Association memperkenalkan sorotan kajian yang mencadangkan faedah-faedah berpotensi ginseng Korea untuk pesakit kanser berdasarkan kepada bukti saintifik.

photo provided : The Korea Ginseng Association
photo provided : The Korea Ginseng Association

Ginseng Korea merujuk kepada semua ginseng yang dihasilkan di Korea. Nama genus Panaz dalam nama saintifiknya (ginseng PANAX) bermaksud "sembuh sepenuhnya" dalam bahasa Greek – ia telah dianggap sebagai tumbuhan paling berharga antara herba-herba sejak zaman dahulu kala. Ginseng Korea diiktiraf terutamanya untuk kualitinya yang tinggi di seluruh dunia, sebagai negara asal yang menyumbang kepada hampir separuh daripada penghasilan seluruh dunia.

Profesor Kim Bong-Yi daripada Kolej Perubatan Ketimuran di Kyunghee University dan pasukan beliau telah merumuskan mengenai kesan ekstrak ginseng dan metabolit (sebatian K, ginsenosida Rh1, Rh2, Rh3 & F1) dalam rawatan kanser menerusi sorotan kajian mereka yang memainkan peranan penting kerana ia telah meletakkan asas untuk kajian yang telah diaplikasikan untuk rawatan dengan memfokuskan kepada kesan ekstrak ginseng dan metabolit dalam merawat setiap satu daripada lima kanser utama.

Pasukan penyelidikan menganalisis 10 eksperimen kultur sel dan 1 percubaan klinikal untuk mengetahui kesan ekstrak ginseng dan mekanismenya ke atas kanser. Ginseng menunjukkan kesan positif dalam membantu rawatan kanser dengan menggalakkan apoptosis sel tumor dalam kanser peparu, kolon dan gaster dalam eksperimen kultur sel; dan keadaan psikologi dan fizikal yang lebih baik diperhatikan daripada subjek yang telah mengambil 300 mg ekstrak ginseng selama 60 hari dalam percubaan klinikal seperti penyegaran dan pemulihan keletihan. Ia juga telah disahkan bahawa ekstrak ginseng mampu menyekat ketoksikan kemoterapi.

"Saya berasa sukacita dapat membuktikan sejarah dan kecemerlangan ginseng Korea dengan sorotan kajian yang telah meletakkan asas untuk pembangunan ubat-ubatan antikanser baharu menggunakan ginseng," kata En. Jang, Setiausaha Korea Ginseng Association. "Ginseng Korea sentiasa dianggap mampu membantu dalam kesihatan - kami berharap ia dapat meningkatkan lagi reputasi ginseng Korea dan memberi kehidupan yang sihat kepada orang ramai di serata dunia."

Untuk maklumat terperinci mengenai ginseng Korea: http://korean-ginseng.org/en2/

Source: The Korea Ginseng Association
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine