omniture

SenseTime Jalin Kerjasama dengan Kiang Wu Hospital Macau Majukan Aplikasi Kesihatan Pintar dengan AI

SenseTime
2021-12-21 11:04 145

MACAU, 21 Disember 2021 /PRNewswire/ -- SenseTime, sebuah syarikat perisian kecerdasan buatan (AI) global yang terkemuka, telah memeterai kerjasama strategik dengan Kiang Wu Hospital, salah sebuah hospital paling besar dan paling lama di Macau untuk memajukan aplikasi dan penyelidikan kesihatan pintar dengan AI.

SenseTime menandatangani MoU dengan Hospital Kiang Wu di Ekspo BEYOND pertama di Macau
SenseTime menandatangani MoU dengan Hospital Kiang Wu di Ekspo BEYOND pertama di Macau

Hospital Kiang Wu terus memperluas penggunaan platform SenseCare dengan lebih banyak modul
Hospital Kiang Wu terus memperluas penggunaan platform SenseCare dengan lebih banyak modul

Diumumkan semasa Ekspo BEYOND Macau, perkongsian ini dibina berdasarkan penggunaan pelbagai modul AI daripada Platform Kesihatan Pintar SenseCare SenseTime pada tahun lalu, bertujuan untuk mempercepatkan lagi penerimaan dan penyelidikan teknologi AI dalam bidang rawatan kesihatan serta mewujudkan paradigma hospital pintar yang baharu.

Platform SenseCare proprietari SenseTime ialah platform bantuan diagnostik dan rawatan berprestasi tinggi yang menyediakan pelbagai alat berkuasa AI untuk jabatan-jabatan klinikal yang berbeza. Susulan penggunaan fasa satu modul-modul Angiografi Tomografi Berkomputer (CTA) Kardiak, Tomografi Berkomputer (CT) Peparu, Sinar-X Dada pada Disember 2020, Hospital Kiang Wu terus memperluaskan penggunaan platform SenseCare dengan CT Hati, CTA Karotid, Kontur Terapi Sinaran (RT), Pengimejan Resonan Magnetik Hati (MRI), Sinar-X Anggota Badan Bawah dan banyak lagi, mencapai hampir 100% kadar penggunaan untuk kebanyakannya, yang menunjukkan keandalan SenseCare dan keyakinan kukuh daripada para doktor.

Rekonstruksi 3D yang rumit dan intensif-tenaga kerja untuk CTA koronari telah lama menjadi cabaran yang besar untuk hospital dan mengehadkan daya pemprosesan pesakit harian secara serius. Dengan memanfaatkan SenseCare Cardiac, kini ahli radiologi dapat menggunakan kit alatan pintar untuk segmentasi dan rekonstruksi 3D yang automatik sepenuhnya dan berketepatan tinggi yang dapat membantu menganalisis dengan pantas plak dan stenosis dalam arteri koronari. Seluruh proses untuk menjalankan pasca-pemprosesan 3D telah disingkatkan daripada 15-20 minit kepada hanya 2-5 minit, mengurangkan beban kerja doktor untuk pengendalian manual dengan ketara. Perisian ini juga menyokong penghasilan filem automatik dan laporan berstruktur dalam pelbagai format. Berbanding dua tahun lalu tanpa bantuan AI, daya pemprosesan bulanan CTA kardiak hospital pada tahun 2021 mencecah hampir dua kali ganda.

Sementara itu, CT Peparu SenseCare meningkatkan dengan berkesan kadar pengesanan dan ketepatan dalam imej CT Peparu untuk diagnosis peringkat awal. Bantuan AI yang hebat telah membantu hospital ini mengekalkan kecekapan aliran kerja semasa wabak COVID-19. Setakat ini, platform SenseCare telah meningkatkan kecekapan pengimejan perubatan di Hospital Kiang Wu sebanyak sekitar 50% secara putara, menyediakan bantuan AI kepada puluhan ribu kes.

Sebagai hospital yang terkemuka di Macau, kejayaan Hospital Kiang Wu dalam memanfaatkan AI untuk menyokong aliran kerja klinikal dan operasi harian menetapkan paradigma hospital pintar yang baharu. Sejajar dengan prinsip pembangunan AI bertumpukan manusia, SenseTime berharap dapat membawa platform SenseCare ke lebih banyak wilayah seperti Asia Tenggara dan Timur Tengah, meningkatkan industri-industri seperti rawatan kesihatan dan pelancongan perubatan, menyumbang kepada ekosistem kesihatan pintar global dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang di serata dunia.

Latar Belakang SenseTime

SenseTime ialah sebuah syarikat perisian AI terkemuka yang memberi tumpuan untuk mencipta masa depan yang diperkasa oleh AI yang lebih baik melalui inovasi. Mendukung visi untuk memajukan kesalinghubungan antara dunia fizikal dan dunia digital menerusi AI, memacu pertumbuhan produktiviti yang berterusan dan pengalaman interaktif yang lancar, SenseTime komited untuk memajukan kecanggihan dalam kajian AI, membangunkan platform perisian AI yang boleh diskala dan berpatutan yang memberi manfaat kepada perniagaan, orang ramai dan masyarakat serta menarik minat dan memupuk bakat terbaik, lalu membentuk masa depan bersama-sama.

Dengan akar umbi kami dalam dunia akademik, kami melabur dalam penyelesaian asli dan termaju kami yang membolehkan kami menawarkan dan terus meningkatkan keupayaan AI tindanan penuh yang utama dalam industri, meliputi bidang-bidang penting merentas kecerdasan persepsi, kecerdasan keputusan, penghasilan kandungan didayakan AI dan peningkatan kandungan didayakan AI selain keupayaan penting dalam cip AI, sensor serta infrastruktur pengkomputeran. Infrastruktur AI proprietari kami, SenseCore membolehkan kami untuk membangunkan platform perisian AI yang berkuasa dan cekap yang boleh diskala dan boleh disesuaikan untuk pelbagai jenis aplikasi.

Hari ini, teknologi kami dipercayai oleh pelanggan dan rakan kongsi dalam banyak vertikal industri termasuk Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Kehidupan Pintar dan Auto Pintar.

Kami mempunyai pejabat-pejabat dalam pasaran-pasaran termasuk Hong Kong, Tanah Besar China, Taiwan, Macau, Jepun, Singapura, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Malaysia, Korea Selatan dan sebagainya selain hadir di Thailand, Indonesia dan juga Filipina. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang SenseTime serta halaman LinkedIn, Twitter dan Facebook.

Source: SenseTime
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements