omniture

Syntach AB dianugerahkan geran EU bernilai €2.5 juta

Syntach AB
2021-12-21 20:27 38

LUND, Sweden, 21 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Syntach AB di Lund, Sweden telah dianugerahkan sebanyak €2.5 juta sebagai geran dan sebahagian pembiayaan gabungan bernilai sehingga €17.5 juta daripada Majlis Inovasi Eropah (EIC) bagi menyokong pembangunan sistem sokongan jantung invasif minimumnya yang unik.

Lebih 60 juta orang mengalami kegagalan jantung dan ia merupakan salah satu punca kematian yang paling biasa di seluruh dunia. Sistem sokongan jantung boleh memanjangkan dan menyelamatkan banyak nyawa. Syntach AB sedang membangunkan sebuah sistem bantuan ventrikular kiri invasif minimum yang tidak memerlukan pembedahan jantung terbuka untuk mengimplankannya, yang berbeza daripada sistem sekarang. Selain itu, ia dikuasakan oleh bateri yang diimplan bagi mengelakkan tiub pacuan melalui kulit dan pelbagai kesan sampingan negatif yang berkaitan dengan peranti bantuan ventrikular kiri yang konvensional.

Sistem Syntach tidak menggantikan fungsi jantung tetapi ia menyokong dan meningkatkan pergerakan semula jadi permukaan injap mitral dalam jantung yang menjadikan setiap degupan jantung lebih berkesan. Dengan meminimumkan pendedahan darah kepada bahan asing membolehkan interaksi bioserasi dan fisiologi yang semakin mengurangkan kesan sampingan yang negatif.

EIC telah ditubuhkan dalam program Horizon Europe di Kesatuan Eropah. Matlamatnya ialah untuk mengenal pasti serta menyokong inovasi dan teknologi rintis baharu daripada peringkat penyelidikan awal hingga pelancaran pasaran dan peningkatan di peringkat antarabangsa. Pembiayaan yang dianugerahkan oleh EIC ini akan membolehkan Syntach mempercepat pembangunan sistem sokongan jantung invasif minimumnya yang boleh diimplan.

"Kami berbangga dan gembira kerana telah dianugerahkan dengan pengiktirafan dan sokongan ini terhadap rawatan baharu yang berpotensi membawa pembaharuan dan boleh membantu ratusan ribu pesakit dengan menambah kehidupan berkualiti selama bertahun-tahun," kata Prof. Jan Solem, Pencipta merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Syntach AB.

Tor Peters, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah berkata: "Adalah menjadi objektif kami untuk merevolusikan cara pesakit yang mengalami kegagalan jantung dirawat sambil mewujudkan sebuah syarikat dengan keupayaan untuk menawarkan rawatan ini pada skala global. Terdapat masih banyak kerja yang perlu dilaksanakan namun kami mempunyai sebuah pasukan yang hebat dan digabungkan dengan sokongan padu daripada para pesakit serta komuniti kardiologi intervensi dan pembedahan jantung global, kami sangat optimis tentang masa depan kami."

Syntach AB berpangkalan di Lund, Sweden dan membangunkan sistem sokongan jantung yang inovatif serta sistem intervensi injap mitral melalui kerjasama dengan beberapa pusat penyelidikan akademik. Syntach bekerjasama dengan Cardiac MR Group di Jabatan Sains Klinikal dan Fisiologi Klinikal, Universiti Lund. Pasukan akademik Universiti Lund telah mempelopori penyelidikan tentang fungsi jantung. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1712747/Syntach_Logo.jpg?p=medium600

Source: Syntach AB
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards Financing agreements