omniture

Advent International Memperoleh Pegangan Majoriti dalam Encora, Penyedia Terkemuka Perkhidmatan Kejuruteraan Digital

Encora
2021-12-21 22:00 74

BOSTON dan SCOTTSDALE, Arizona, 21 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Encora, sebuah syarikat perkhidmatan kejuruteraan digital global yang mengkhusus dalam perkhidmatan pembangunan produk perisian untuk perusahaan yang sedang berkembang pesat dan syarikat natif secara digital serta Advent International ("Advent"), sebuah firma ekuiti swasta global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Advent telah memperoleh pegangan majoriti dalam perniagaan Encora. Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Warburg Pincus iaitu pemegang saham majoriti Encora yang sedia ada akan mengekalkan pegangan minoriti.

"Kami teruja untuk menyertai kerjasama ini dengan Advent sambil kami terus meningkatkan tawaran perkhidmatan kejuruteraan perisian kami yang berbeza," kata Venu Raghavan, Ketua Pegawai Eksekutif Encora. "Kepakaran sektor perkhidmatan perniagaan dan teknologi Advent yang mendalam berserta jejak globalnya melengkapkan kekuatan Encora dan mewujudkan peluang untuk mengembangkan perniagaan kami di pasaran utama di seluruh dunia. Warburg Pincus telah menjadi rakan kongsi kami yang hebat selama dua setengah tahun yang lalu yang mempercepat pertumbuhan pesat kami ke arah penilaian bernilai kira-kira $1.5B. Kami berharap untuk terus bekerjasama dengan Warburg Pincus dalam fasa pertumbuhan yang seterusnya ini."

Encora merupakan peneraju yang mapan dalam perkhidmatan pembangunan produk perisian penyumberan luar dengan menggunakan kepakaran teknikal yang mendalam dalam pembelajaran mesin, AI, sains data, perkhidmatan awan dan bidang kejuruteraan digital generasi seterusnya bagi mempercepat inovasi strategik kepada syarikat yang didayakan teknologi yang mempunyai kedudukan dan pertumbuhan pasaran yang didorong oleh produk perisian proprietari. Sejak dijenamakan semula sebagai Encora pada tahun 2020, Syarikat ini telah memperluas fokusnya dalam sektor Teknologi Pengguna dan Teknologi Perusahaan serta mengembangkan kumpulan bakat globalnya kepada lebih 6,300 rakan sekutu di lebih 40 buah pejabat global di seluruh Amerika Latin, India, APAC dan A.S.

"Kami telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dalam sektor perkhidmatan teknologi digital sejak beberapa tahun yang lalu disebabkan keperluan terhadap produk teknologi yang kukuh telah meningkat di seluruh industri," kata Shweta Jalan, Pengarah Urusan Advent. Jan Janshen, Rakan Kongsi Pengurusan Advent turut berkata, "Kami percaya Encora berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pasaran perkhidmatan digital yang semakin berkembang dan kami teruja untuk bekerjasama dengan Venu, pasukan pengurusan Encora yang berbakat dan Warburg Pincus bagi menyokong pertumbuhan syarikat ini di pasaran utama di seluruh Amerika Utara, Eropah, India, Asia Pasifik dan Amerika Latin di mana Advent mempunyai kehadiran yang kukuh dan kepakaran domain."

Kerjasama baharu ini membolehkan Encora mempercepat pertumbuhan globalnya secara organik dan juga melalui peluang Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A) yang bersasaran, memperluas model penghantarannya yang berbeza dan memajukan perkhidmatan digital perhubungan pelanggannya. Encora terus memberi tumpuan dalam memenuhi keperluan kejuruteraan digital dan perisian bagi syarikat Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) perusahaan, syarikat teknologi pasaran pertengahan dan perusahaan besar.

"Encora telah membina kedudukan sebagai peneraju industri yang didorong oleh keupayaan dan fokus pelanggannya yang kukuh untuk menarik bakat teknologi berkualiti tinggi di seluruh dunia," kata Steven Glenn, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Operasi Warburg Pincus. "Advent merupakan tambahan yang hebat kepada pasukan ini dan kami berharap dapat terus menyokong masa depan Encora yang cerah." 

Advent yang memiliki aset bernilai $81 bilion pada 30 Jun 2021, telah melabur dalam lebih 380 buah syarikat di 42 buah negara di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia. Ia mempunyai pengalaman pelaburan yang luas dalam kedua-dua sektor perkhidmatan teknologi dan perniagaan serta dalam pasaran utama tempat Encora beroperasi.

J.P. Morgan bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada Encora yang berkaitan dengan urus niaga tersebut, manakala Wilson, Sonsini, Goodrich & Rosati LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang. Credit Suisse bertindak sebagai penasihat kewangan dan Weil, Gotshtal & Manges LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Advent.

Tentang Encora 

Encora yang beribu pejabat di Scottsdale, Arizona, merupakan sebuah syarikat peneraju yang mapan dalam perkhidmatan kejuruteraan digital dan perisian yang mengkhusus dalam pemecutan inovasi bagi syarikat teknologi canggih yang terkemuka. Encora mempunyai lebih 6,300 rakan sekutu di lebih 40 buah pejabat dan makmal inovasi di seluruh A.S., Mexico, Costa Rica, Brazil, Colombia, Peru, Bolivia, India dan Asia Pasifik. Kumpulan bakat global, kepakaran menegak industri mikro dan keupayaan kejuruteraan tangkas proprietari yang dimiliki Encora membolehkan para pelanggan meningkatkan kepantasan mereka mencapai kesan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
Laman Web: www.encora.com
LinkedIn: www.linkedin.com/company/encorainc

Tentang Advent International 

Ditubuhkan pada tahun 1984, Advent International merupakan salah sebuah syarikat pelabur ekuiti swasta global yang paling besar dan paling berpengalaman. Firma ini telah melabur dalam lebih 380 buah syarikat di 42 buah negara dan pada 30 Jun 2021, ia mempunyai pengurusan aset benilai $81 bilion. Dengan 15 buah pejabat di 12 buah negara, Advent telah menubuhkan sebuah pasukan bersepadu di peringkat global yang terdiri daripada lebih 245 orang profesional pelaburan di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia. Firma ini memberi tumpuan kepada pelaburan dalam lima sektor teras yang merangkumi perkhidmatan perniagaan dan kewangan; penjagaan kesihatan; perindustrian; peruncitan, pengguna dan percutian; dan teknologi. Setelah lebih 35 tahun menumpukan kepada pelaburan antarabangsa, Advent kekal komited untuk bekerjasama dengan pasukan pengurusan bagi menyampaikan pertumbuhan pendapatan dan hasil yang berterusan kepada syarikat-syarikat dalam portfolionya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
Laman Web: www.adventinternational.com
LinkedIn: www.linkedin.com/company/advent-international

Tentang Warburg Pincus

Warburg Pincus LLC merupakan pelabur pertumbuhan global yang terkemuka. Firma ini memiliki aset ekuiti swasta di bawah pengurusannya bernilai lebih $67 bilion. Portfolio aktif firma ini terdiri daripada lebih 215 buah syarikat yang sangat pelbagai dari segi peringkat, sektor dan geografi. Warburg Pincus ialah rakan kongsi berpengalaman bagi pasukan pengurusan yang ingin membina syarikat yang teguh dengan nilai lestari. Ditubuhkan pada tahun 1966, Warburg Pincus telah memperoleh 20 dana ekuiti swasta dan telah melabur lebih $97 bilion dalam lebih 960 buah syarikat di lebih 40 buah negara. Firma ini beribu pejabat di New York dan mempunyai pejabat di Amsterdam, Beijing, Berlin, Hong Kong, Houston, London, Luxembourg, Mumbai, Mauritius, San Francisco, São Paulo, Shanghai dan Singapura.

Untuk maklumat lanjut, sila layari 
Laman Web: www.warburgpincus.com
LinkedIn: www.linkedin.com/company/warburg-pincus/

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1223481/Encora_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Encora
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers