omniture

SENSORO dan Graphcore jalin kerjasama demi pekan dan bandar lebih selamat, lebih mesra alam

Beijing SENSORO Technology Co. Ltd.
2021-12-23 10:18 151

BEIJING, 23 Disember 2021 /PRNewswire/ -- SENSORO - peneraju seluruh dunia bagi sensor pintar dan teknologi bikon - telah memilih sistem Graphcore untuk menyampaikan pengkomputeran AI di sebalik sistem pemantauan persekitaran dan keselamatannya yang terkini.

IPU Graphcore akan memberi kuasa kepada pelbagai penyelesaian SENSORO, direka bentuk untuk membantu pekan dan bandar menjadi tempat untuk didiami yang lebih selamat, lebih mesra alam.

Sensor pintar semakin muncul sebagai alat penting dalam pengurusan persekitaran moden, bandar tatkala ia beralih kepada bentuk tenaga dan pengangkutan yang lebih lestari sekali gus turut menangani kesan perubahan iklim.

SENSORO smart city service system is applied in Yichang, Hubei Province
SENSORO smart city service system is applied in Yichang, Hubei Province

Kebakaran, banjir, penangkapan ikan 

Pada mulanya, SENSORO akan menggunakan pengkomputeran IPU Graphcore untuk:

  • Perlindungan kebakaran pintar: Pertumbuhan pesat dari segi penggunaan basikal elektrik turut menyaksikan peningkatan dalam kebakaran pengecasan e-basikal. Sistem pemantauan SENSORO dapat memberi amaran kepada pengurus bangunan mengenai ketibaan e-basikal di premis mereka, membolehkan mereka untuk membantu dari segi prosedur dan kemudahan pengecasan yang selamat.
  • Pencegahan banjir kecemasan: Graphcore bekerjasama dengan SENSORO untuk membangunkan sistem amaran awal berdasarkan kepada pemantauan kawasan risiko banjir bandar, bagi mengupayakan kesiapsiagaan menghadapi bencana dan tindak balas kecemasan yang lebih baik.
  • Tadbir urus ekologi pintar: Penangkapan ikan di sungai secara haram memutuskan rantaian ekologi dan memusnahkan integriti ekosistem. Sistem SENSORO berupaya untuk mengenal pasti senario penangkapan ikan yang berbeza, seperti penangkapan ikan dengan kaedah renjatan elektrik dan penangkapan ikan menggunakan pukat, menyediakan maklumat yang tepat mengenai kegiatan menangkap ikan secara haram.

Asas pengkomputeran 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SENSORO Tony Zhao mengalu-alukan perkongsian kami dengan berkata: "Sistem IPU Graphcore menyediakan platform pengkomputeran yang cekap dan mudah digunakan untuk penyelesaian ESG bandar yang dihasilkan secara bersama oleh kedua-dua pihak dan menyelesaikan sesakan kuasa pengkomputeran yang sudah lama kami hadapi. Kami akan terus bekerjasama dengan Graphcore dan menggunakan IPU untuk membawa perubahan yang positif dalam lebih banyak aspek kehidupan orang ramai."

From left to right: Graphcore Mk2 IPU, Graphcore IPU-M2000
From left to right: Graphcore Mk2 IPU, Graphcore IPU-M2000

YOLO 

Salah satu model AI utama yang digunakan oleh SENSORO, beroperasi mengunakan IPU Graphcore ialah YOLO.

YOLO (You Only Look Once) ialah rangkaian neural perlingkaran yang amat berkesan untuk pengesanan objek pada waktu sebenar. Sejak pelancaran versi pertama pada tahun 2015, ia telah menjalani beberapa penambahbaikan untuk meningkatkan kelajuan dan ketepatan.

SENSORO mendapati bahawa keupayaan pengkomputeran IPU yang sangat terperinci dan sangat selari memberikan keselarian kepada mereka yang diperlukan untuk memanfaatkan sepenuhnya YOLO.

Apabila menjalankan inferens pada imej resolusi tinggi (1920x1080px), SENSORO menyaksikan peningkatan prestasi 4X, berbanding dengan penyelesaian inferens berasaskan GPU yang telah digunakan oleh mereka sebelum ini.

Source: Beijing SENSORO Technology Co. Ltd.
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Semiconductors Telecommunications Corporate Expansion Data Analytics