LENZING, Austria, 23 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Menurut PBB, industri fesyen bertanggungjawab terhadap 8-10% emisi karbon global. Masalah ini diburukan lagi oleh Fesyen pantas karena meningkatkan pengguna membeli pakaian dengan hayat simpan yang lebih singkat. Dunia saat ini sedang berusaha untuk mencapai karbon sifar bersih, namun realitinya jenama-jenama fesyen tidak berusaha secukupnya. Sebagai respons kepada kebimbangan iklim yang semakin meningkat, jenama TENCEL™ menggiatkan semula kempen #MakeItFeelRight untuk terus meningkatkan kesedaran dan menginspirasikan tindakan untuk membawa perubahan. Dengan berikrar untuk #MakeItFeelRight, pengguna dapat memainkan peranan mereka untuk memacu industri ke arah masa depan yang lebih mampan dan menyumbang kepada usaha penghutanan semula.
Wajah baharu, tempat baharu dan lebih banyak cara untuk terlibat
Kempen #MakeItFeelRight dari jenama TENCEL™ ini telah mencapai kejayaan baharu dan meraikan perkongsian yang menarik dengan lebih banyak melibatkan pihak berpengaruh, jenama dan NGO di serata dunia. Dengan bantuan pihak berpengaruh seperti Xenia Adonts, Lily Cole, Chen Ai Ling dan jenama-jenama termasuk Boyish, Reformation dan Lavender Hill, gerakan ini telah menanam beribu-ribu batang pokok untuk memerangi emisi karbon daripada industri fesyen. Jenama TENCEL™ juga telah memulakan perkongsian yang menarik bersama artis terkenal, Bodil Jane untuk menghasilkan karya seni yang unik untuk kempen ini. Karya-karya ini digunakan di laman sesawang kempen dan merupakan bentuk penghormatan kepada mereka yang telah berikrar untuk #MakeItFeelRight.
Kongsikan di Instagram, persembahkan dan tunjukkan fesyen anda
Jenama TENCEL™ telah mencipta cara yang menyeronokkan untuk kempen ini penapis Instagram eksklusif dan pemberian kad hadiah daripada rakan-rakan jenama gerakan ini. Gerakan ini sudah menghadiahkan beribu-ribu dolar kepada individu yang bertuah yang telah berikrar.
"Kami berasa sangat gembira untuk menyokong gerakan yang begitu menarik, tepat pada masanya dan berkesan ini. Sebagai jenama mesra alam, Boyish telah bekerjasama dengan TENCEL™ selama beberapa tahun karena memiliki prinsip serupa dan pendekatan yang teguh terhadap kelestarian. Industri ini perlu menempuh perjalanan yang panjang untuk memerangi fesyen yang membazir dan pantas, namun dengan gerakan seperti #MakeItFeelRight, akhirnya orang ramai diberi kuasa untuk mengambil tindakan dan memilih jenama-jenama yang menjaga planet ini," kata Jordan Nordarse, Founder and CEO dari Boyish
"Emisi karbon merupakan satu masalah global dan dengan demikian perlu mempunyai penyelesaian global. Sebagai rakan kongsi kempen #MakeItFeelRight kami benar-benar percaya bahawa inisiatif kelestarian TENCEL™ yang didayakan oleh banyak-jenama dan didorong oleh pengguna, merupakan cara yang hebat untuk membawa impak positif melalui penghutanan semula. Kami menggalakkan lebih banyak jenama untuk terlibat dan memainkan peranan mereka," kata Diana Chaplin, dari One Tree Planted.
Tanam pokok anda
Gerakan ini sudah menanam lebih daripada 7,500 batang pokok, namun begitu, masih belum terlambat untuk ikut berikrar. Bersama-sama One Tree Planted, TENCEL™ menyediakan sijil ikrar kepada semua orang yang komited terhadap gerakan ini dan akan menanam sebatang pokok dengan nama mereka.
"Kita mempunyai kewajipan kolektif untuk lebih bertanggungjawab dengan pilihan fesyen yang lebih mampan. Tabiat kita dan cara kita memperlakukan tekstil memberi impak langsung kepada planet ini. Jenama TENCEL™ telah mencapai kejayaan penting dengan menanam ribuan pokok dan betapa banyak yang telah dicapai oleh kempen ini dalam tempoh yang singkat. Berikrar, berikrar, berikrar! Ini merupakan suatu cara yang baik untuk menyumbang kepada planet yang lebih mampan dan mencipta sesuatu yang lebih berimpak positif dan akan kekal selama beberapa generasi," kata Harold Weghorst, Global Vice President Marketing & Branding at Lenzing AG.